CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10620|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Noor Azmi akhirnya hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah

[Copy link]
Post time 14-12-2023 04:30 PM | Show all posts |Read mode

NOOR Azmi keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Seremban selepas dua kali gagal hadir membuat pengesahan nikah dengan bekas isteri kedua, Norhaya Ramli yang dilangsungkan pada 27 Julai lalu. FOTO Azrul Edham

Seremban: Selepas dua kali gagal hadir dan dikeluarkan waran tangkap, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pertang, Noor Azmi Yusof, 56, akhirnya tampil di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini, bagi menghadiri kes pengesahan nikah dengan bekas isteri keduanya.

Terdahulu, Hakim Ruzita Ramli terpaksa menangguhkan prosiding selama 15 minit selepas Noor Azmi tidak muncul dan hanya diwakili peguam Asmawi Ismail.

Ruzita tidak menerima alasan peguam yang memaklumkan anak guamnya baru pulang dari menunaikan umrah dan menganggap tindakannya gagal hadir sebagai tidak menghormati mahkamah.

"Saya arahkan waran tangkapkan? Hari ini perlu hadir, saya dah arahkan hadir, perlu hadir. Saya tidak mahu dengar alasan.



"Jadi dia hadir atau tidak? Kenapa peguam tidak pastikan dia hadir bersama-sama peguam? Peguam tak boleh hormati mahkamah, bagaimana masyarakat nak hormati mahkamah?," katanya.

Asmawi kemudian mengakui Noor Azmi hadir dan meminta prosiding ditangguhkan selama 15 minit.

Ruzita turut menegaskan mahu prosiding kes itu dijalankan dan tidak ditangguhkan lagi kerana ia membuang masa mahkamah dan pihak-pihak lain.

Sejurus bersambung, Noor Azmi memohon kepada mahkamah agar prosiding kes itu dijalankan secara tertutup.

Sementara itu, bekas isterinya, Norhaya Ramli, 50, ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia lega kerana Noor Azmi mengakui dan mengesahkan pernikahan mereka berlangsung di sebuah resort di Seremban pada 28 Julai lalu.

"Saya lega kerana dia akhirnya hadir selepas cuba mengelak beberapa kali. Saya hanya mahu kerjasama daripadanya saja untuk mengesahkan pernikahan kami.

"Lagi pun dia telah ceraikan saya melalui WhatsApp pada 17 Ogos lalu," katanya.

Pada 30 Oktober lalu, media melaporkan Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan waran tangkap terhadap Noor Azmi kerana gagal hadir ke mahkamah untuk pengesahan nikahnya bersama bekas isteri kedua yang dilangsungkan pada 27 Julai lalu.

Ruzita mengeluarkan arahan berkenaan selepas Noor Azmi tidak hadir pada prosiding itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... amah-tinggi-syariah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.468174 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list