View: 4939|Reply: 11
|
Ramai Mula Install Semula Mysejahtera Lepas Kes Covid-19 Melonjak Naik
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Ekoran jangkitan kes Covid-19 kembali meningkat sejak beberapa minggu lalu, orang ramai dilihat kembali memuat turun aplikasi MySejahtera dalam telefon pintar masing-masing.
Rata-rata pengguna yang sebelum ini sudah memadamkan aplikasi tersebut, terpaksa menggunakannya semula bagi mengetahui perkembangan terkini berkaitan kes Covid-19 termasuk mengemaskini status kesihatan.
Seorang pengguna Facebook, Ayuni Najhan berkata, dia telah memuat turun semula MySejahtera minggu lalu selepas disahkan positif Covid-19.
Foto: The Star
“Hampir setahun dah ‘delete’ (padam) MySejahtera dalam telefon, nampaknya kena guna semula. Minggu lepas demam saja-saja buat ‘Covid-19 test’, nampaknya ‘double line’ (positif Covid-19). Jaga-jaga semua, pakai pelitup muka, jaga kebersihan, elak pergi tempat ramai. Virus semakin menular,” pesannya dalam hantaran dimuat naik di Facebook semalam.
Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Idris Jang memaklumkan dia dan isteri sekali lagi dijangkiti Covid-19 buat kali keempat.
“Buat naya…kali keempat kena lagi Covid-19, habis cucuk vaksin dah badan ini, tumbang juga. MySejahtera kena ‘on’ (muat turun) semula.
“Penangan pergi majlis kenduri minggu lepas, dah jadi kluster kenduri kahwin. Setakat hari ini, aku okey gejala tak teruk sangat, isteri aku la sampai lembik badan,” katanya dalam hantaran hari ini.
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Radzi Abu Hassan berkata walaupun kes Covid-19 sudah melepasi 12,000, namun keadaan dalam negara masih terkawal dan kemudahan penjagaan kesihatan beroperasi dalam kapasitinya.
Dalam pada itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan menjangkakan peningkatan kes Covid-19 akan bertambah selepas sambutan Krismas dan Tahun Baharu, selain disebabkan cuti sekolah yang bermula Sabtu ini. –CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menteri Kersihatan yg baru dilantik bole le enterframe bagi nampak buat keje kali ini.
Dengo citer, beliau jarang turun padang betoi kah? huhuhuhuh
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku punya my sejahtera x pernah delete.. tapi bila update, tiba2 semua info pasal vaksin hilang.. dah lah ckp account tak verified lagi.. tapi bila nk verify, tak boleh… |
|
|
|
|
|
|
|
tak delete pun biar jer sebab memang tahu covid akan sentiasa ada
pergi balik kerja pakai mask ..
dah jarang keluar rumah ... banyak spend masa kat rumah
barang pun kebanyakkan beli online sebab lagi murah
tempat kerja dah 2 orang kena covid ... yang seorang tu sampai satu family kena covid
minta diorang report kat mysejahtera dengan bagi covid test masa kena dan hari terakhir kuarantin |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah uninstall.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kena install balik le ni. Lupa password le pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Tak delete sbb kkm skrg dah store record kesihatan dlm mysj bila buat blood or urine test. Ada record psl derma darah juga. Nak buat appointment ke klinik kesihatan pun boleh guna mysj |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah uninstall...kot2 nak buat appointment... |
|
|
|
|
|
|
|
Koserlah...macam lah boleh scan nampak virus tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|