CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6882|Reply: 0

[Johor] Amah, suami 'cangkul' warga emas dipenjara 35 tahun

[Copy link]
Post time 11-12-2023 10:57 AM | Show all posts |Read mode

Tertuduh seorang amah, Ekalia, 23, dan suaminya Bartolomeus Fransceda, 23, dijatuhkan hukuman penjara 35 tahun manakala suaminya diperintahkan hukuman 12 kali sebatan atas tuduhan membunuh majikan dijaga mereka, tiga tahun lalu di Mahkamah Tinggi, Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Johor Bahru: Seorang amah warga Indonesia dan suaminya yang membunuh majikan dijaga mereka, tiga tahun lalu, dijatuhkan hukuman 35 tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tertuduh pertama, Bartolomeus Fransceda yang juga tukang kebun di kediaman warga emas itu turut diperintahkan disebat 12 kali, manakala isterinya, Ekalia yang juga tertuduh kedua hanya diperintahkan hukuman penjara.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar dalam penghakimannya berkata, keputusan itu mengambil kira dan menimbangkan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

"Mahkamah ini turut mengambil kira kenyataan impak mangsa dan fakta kes yang dibentangkan pendakwaan serta prinsip-prinsip penghukuman, mahkamah ini menjatuhi hukuman.



"Oleh itu, tertuduh pertama dijatuhkan hukuman penjara 35 tahun mulai tarikh tangkap dan sebatan rotan 12 kali, manakala tertuduh kedua dihukum penjara 35 tahun mulai tarikh tangkap dan tiada sebatan rotan," katanya.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh dilihat tenang dan hanya memandang ke lantai apabila hakim membacakan keputusannya itu.

Bagaimanapun, keluarga mangsa yang hadir dilihat bergegas meninggalkan mahkamah selepas keputusan dibacakan hakim.

Pada 29 November lalu, Ekalia dan Bartolomeus Fransceda, yang kedua-dua berusia 23 tahun, menukar pengakuan mereka kepada bersalah, atas tuduhan membunuh majikan dijaga mereka, tiga tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh dituduh secara bersama-sama membunuh Lau Yen Na, 73, di sebuah rumah di Palm Resort, Senai, Kulai, kira-kira jam 2 petang, 17 Mac 2020.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan 12 sebatan.

Pada prosiding minggu lalu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian mengerikan itu turut disiarkan pada menyebabkan ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak.

Mengikut fakta kes, berdasarkan siasatan dan analisis CCTV itu tertuduh pertama dan kedua membunuh mangsa dengan menggunakan cangkul kecil mempunyai dua mata tajam.

Tertuduh pertama dan kedua telah memukul mangsa dengan cangkul kecil itu pada kepala ketika mangsa sedang berehat, sebelum mereka mengambil Toyota Alphard serta telefon bimbit mangsa untuk ke Kuala Lumpur dan bertemu rakan bagi mencari kerja baharu.

Kedua-dua tertuduh ditahan di sebuah restoran di Damansara sebelum hasil analisis patologi mendedahkan punca kematian mangsa adalah kerana luka tetak berganda di kepala.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali manakala dua tertuduh diwakili peguam, Ooi Pen Lyn dan S Selvi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dipenjara-35-tahun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.346730 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list