CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10528|Reply: 0

Gangguan mistik 'hantui' pawagam

[Copy link]
Post time 9-12-2023 01:55 PM | Show all posts |Read mode
Gangguan mistik 'hantui' pawagam


Anak Perjanjian Syaitan 2 berkisar perjalanan Azlinda iaitu watak yang dibawa Eyka dalam perjuangan menentang pertarungan mistik yang menghantuinya sejak kecil. Foto Ihsan Grand Brilliance Studio


KUALA LUMPUR : Selepas kejayaan versi pertama yang ditayangkan pada Oktober 2019, Grand Brilliance Studio tampil dengan filem seram, Anak Perjanjian Syaitan 2 yang bakal menemui peminat tempatan dan Brunei, mulai 4 Januari depan.

Sutradara terkenal, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang diberi tanggungjawab menghasilkan Anak Perjanjian Syaitan 2 teruja kembali ke kerusi 'Mr Director' selepas empat tahun berehat daripada dunia seni.

Ahmad Idham berkata, filem yang diilhamkan daripada pengalaman sebenar serta menggabungkan sudut rohani dan mistik itu mempunyai cabaran tersendiri.

"Ini disebabkan isu dan elemen emosi yang amat mendalam dan berat. Jadi, ia memerlukan ketelitian saya untuk melakukan transkripsi secara relevan mengenai kerakusan manusia dalam mengejar kehidupan di dunia.

"Filem ini berbeza daripada pengarahan genre drama dan romantik. Naskhah ini menggunakan unsur ritual, di mana ia mempunyai kekangan tersendiri untuk tidak mencetuskan polemik dan menjaga sensitiviti.

"Saya harap garapan saya kali ini dengan penulisan skrip yang kuat, didukung barisan pelakon hebat dapat diterima ramai, sekali gus menarik penonton ke pawagam.

"Kalau mahu dilihat, sebelum ini, Anak Perjanjian Syaitan 1 mendapat sambutan baik biarpun pada masa itu kita terjejas akibat pandemik COVID-19.


Filem Anak Perjanjian Syaitan 2 bakal menemui peminat tempatan dan Brunei, mulai 4 Januari depan. Foto Ihsan Grand Brilliance Studio


"Namun, filem itu masih mendapat kutipan memuaskan. Jadi, saya yakin untuk menerbitkan naskhah ini sebagai kesinambungan," katanya.

Anak Perjanjian Syaitan 2 berkisar perjalanan Azlinda iaitu watak yang dibawa Eyka Farhana dalam perjuangan menentang pertarungan mistik yang menghantuinya sejak kecil.

Walaupun Azlinda disahkan secara perubatan mempunyai penyakit keresahan atau 'anxiety', dia yakin gangguan yang menghantuinya sejak kecil berkait rapat dengan sejarah hitam ibu bapanya yang menyebabkan bapanya tidak sanggup lagi membesarkan dirinya dan bertekad menyerahkan Azlina ke pusat kebajikan.

Dengan hasrat menyembuhkan diri, Azlinda perlu melawan perjanjian malapetaka yang menjadi sebahagian dari darah dagingnya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) dan Primeworks Studios (PWS), Nini Yusof teruja dengan projek kerjasama menghasilkan filem Anak Perjanjian Syaitan 2 yang diyakini mampu menarik ramai penonton ke pawagam.

"Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Dr Ahmad Idham dalam karya baharunya. Saya yakin genre 'dramatic horror' ini akan mendapat perhatian penonton di Malaysia dan Nusantara," katanya.

Sementara itu, Puteri Khareeza dipilih untuk mendendangkan runut bunyi filem ini yang diberi judul Murka atau Cinta.

Lagu itu dihasilkan Amer Munawer Yusoff, iaitu komposer dan penulis lirik berpengalaman yang juga bekas anggota Ruffedge.

Lagu yang disiapkan dalam tempoh sebulan ini mengangkat unsur kerohanian yang berkisar perjalanan insan dalam memilih antara jalan benar atau menyesatkan.

Inspirasi bagi lagu dan lirik ini tercetus apabila Amer diberi tugas mencipta lagu spiritual yang relevan dalam konteks masa kini.

Puteri Khareeza sebelum ini pernah popular dengan lagu Duka Sebalik Tawa, yang juga lagu bagi drama rantaian Melur Untuk Firdaus yang sehingga kini, single terbabit meraih 4.9 juta tontonan di YouTube dan merekodkan capaian 380 juta di TikTok.

SumbeR:https://www.bharian.com.my/hibur ... stik-hantui-pawagam

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.156018 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list