CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8530|Reply: 65

Fauziah Latiff Rancang Konsert Tahun Depan, Belum Sedia Kongsi Butiran Lanjut

[Copy link]
Post time 9-12-2023 11:52 AM | Show all posts |Read mode
“Mahu saya buat konsert? Beri saya enam bulan!”


Itu antara ayat spontan yang terpacul keluar daripada mulut penyanyi bertaraf legenda ini ketika diaju pertanyaan mengenai hasratnya untuk menghadiahkan peminat dengan sebuah konsert.


Sebagai anak seni, dia tidak melihat dirinya sebagai cuma seorang penyanyi atau pelakon, tetapi lebih selesa meletakkan diri sebagai seorang penghibur.






Malah, katanya, jika ditanya kepada mana-mana artis terutama penyanyi, siapa sahaja yang tidak pernah mengimpikan untuk mempunyai sebuah konsert yang hebat.


“Kalau Allah SWT izinkan, siapa saja yang tak nak buat konsert bukan? Mana-mana penghibur akan cakap mahu, tipulah kalau cakap tak nak.


“Tetapi buat konsert bukan sekadar untuk berseronok ya. Kena fikir tanggungjawab yang digalas. Kita sebagai penghibur, tentunya tak mahu mengecewakan peminat. Kita mesti nak orang yang datang akan pulang dengan sesuatu yang istinewa dan dikenang sepanjang hayat.


“Kalau saya sendiri tahu bahawa diri tak bersedia lagi nak buat persembahan, tak akanlah saya nak ambil risiko itu? Bagi saya, kalau betul nak buat, kena buat betul-betul.


“Bukan tujuh lapan lagu sahaja nyanyi dan kemudian awak gelarkan itu sebagai konsert,”katanya.


Kata Fauziah, pintu hatinya kini sedikit demi sedikit telah mula terbuka untuk meneliti beberapa tawaran daripada pihak tertentu untuk dirinya mengadakan sebuah konsert khas buat peminat.


Sedar bahawa mungkin tindakannya itu akan menjadi pertikaian ramai, terutama apabila melihat kini satu persatu artis seakan berlumba-lumba mahu mengadakan konsert, Fauziah sda sebab tersendiri.






“Apabila saya katakan bahawa kini sudah terbuka hati nak buat konsert, itu tidak bermakna saya terburu-buru nak buat hanya kerana rasa tersaingi bila melihat artis lain ramai yang adakan konsert.


“Kalau betul saya fikir begitu, sudah lama sepatutnya saya dah buat konsert. Apa yang boleh saya beritahu, ya memang ada yang bertanya dan Insya-Allah, saya rancang untuk merealisasikannya sekitar pertengahan tahun hadapan.


“Sebab itu saya minta supaya berikan masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk saya menyediakan diri. Sudah begitu lama tak menyanyi pada persembahan berskala besar, saya semestinya kena buat persiapan yang sangat rapi,”katanya.


Pun begitu, penyanyi yang popular dengan lagu Teratai Layu Di Tasik Madu dan Dia ini awal-awal memberi ‘amaran’ secara usikan bahawa peminat harus bersedia untuk tidak meletakkan harapan besar untuk melihat dia mampu menyanyikan lagu-lagunya yang bernada tinggi sama seperti tiga dekad yang lalu.


“Saya tahu, kalau buat persembahan, tentunya peminat akan minta dan nak dengar lagu-lagu lama saya. Kalau siapa yang tahu, lagu-lagu hits saya banyak juga yang bernada tinggi.


“Memandangkan usia saya pun bukan lagi 20-an, saya harap peminat pun tak letak jangkaan tinggi lah untuk saya bawa lagu sama macam dulu-dulu. Kakau tak lepas nyanyi, boleh gigit jari saya nanti.


“Mungkin untuk konsert itu kelak, akan kita buat sedikit penyesuaian dari segi susunan lagu dan sebagainya. Saya akan cuba sedaya upaya yang boleh.


“Itu sebab saya nak betul-betul jalani latihan intensif untuk vokal dan persembahan. Saya pun tak naklah menyanyi berdiri saja di depan orang, kena ada elemen seorang penghibur itu,”katanya.


Bagaimanapun, Fauziah ketika ditanya Utusan Malaysia, mengakui, masih belum bersedia untuk memaklumkan butiran mengenai perancangannya untuk mengadakan konsert tersebut secara terperinci.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2023 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Seyes ah? Lgu dia mmg sdap tp dia dh xleh nynyi.. seksa nengoknya
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
I love kk gee sbb no gossip bkn2
But can sheols nyanyi live huwaaa
Also byk ke lagu sheols

Buat showcase Kecik2 kt club je la kk gee
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak Gee kena mula exercise training cardio dah.

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Suara sheols dh rosak. Dh ghuper mesin tebu. Nyanyi live pon hauk.  Better batalkan cita2 tu, sebab memalukan diri jah hujung2.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
missyL replied at 9-12-2023 01:18 PM
I love kk gee sbb no gossip bkn2
But can sheols nyanyi live huwaaa
Also byk ke lagu sheols

Lagu sheols byk kot... X perlu nyanyi lagu org utk konsert 2 jam.. hehe.. cuma live dh x sedap cm dulu.. seksa nengoknya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2023 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 9-12-2023 01:58 PM
Lagu sheols byk kot... X perlu nyanyi lagu org utk konsert 2 jam.. hehe.. cuma live dh x sedap cm  ...

Hey. Biadab. Sempat carut penyanyi no 1 di hati ponen-ponen axiata arena yach.

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lucky_peace at 9-12-2023 02:11 PM
missyL replied at 9-12-2023 01:18 PM
I love kk gee sbb no gossip bkn2
But can sheols nyanyi live huwaaa
Also byk ke lagu sheols


Lagu dia byk, dulu masa femes tetiap tahun keluar album.. kebanyakan lagu evergreen skg ni, cuma bak kata uols semua, mampukah lagi dia nk nyanyi lagi2 utk tempoh yg panjang..

Kan, nyanyi kt showcase skala kecil pon dah okay utk peminat2, sbb iols mmg minat lagu2 kak gee..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2023 02:14 PM | Show all posts
6mos tak cukup....kena a year or two......pernafasan dah semput....walaupun nampak kurus, slim, tak semestinya fit
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Showcase okey lah kalau konsert mybe x boleh dh nyanyi kak gee ..aku suka lagu2 kak gee sume menyedihkan
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu dia banyak je yg best2 sedap didengar.. tapi tu suara dulu2 la.. skrg ni mcm payah je.. tapi serius lagu dia banyak sedap2
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Try la buat showcase dulu kecik2. Test market. Macam lah ahmad, newboyz, nabila razali, ernie semua buat showcase kecik2 dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Belas2 tahun dulu dia nyanyi live pun semput, lg pulak skrg. Giler konfiden. Penyanyi tua yg aku baru dgr nyanyi live sedap, si erra muka altered tu. Tu pun lagu yg x mencabar sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
I love kak gee & her songs. Tapi kak gee boleh ke nyanyi live?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Entahla… nak cakap pun serba salah
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Miming je la kak Gee. Fokus dengan physical perfomance ala2 acik Britney.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2023 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh jee buat akustik rendahkan semua key lagu. Aku akan datang. Lagu jee semua sing along. And jee cantik
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
September14 replied at 9-12-2023 01:16 PM
Seyes ah? Lgu dia mmg sdap tp dia dh xleh nynyi.. seksa nengoknya

Kan. Dah bertahun kita sbg pndengar ni mderita dgr sheol nyanyi. Sempat ke ejas balik suara dia
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Live mmg xboleh laa.. terseksa kami yg mendengar. Klo miming ok je.

Lagu2 dia memang best. Lagi2 lagu kau merubah segalanya.. meremang dengar
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Suara dah haussssssk
Tak blh nyanyi live
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.057296 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list