CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6770|Reply: 19

Azrel Ismail Tak Jadi Kahwin, Kembali 'Single'

[Copy link]
Post time 9-12-2023 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon, Azrel Ismail, 39, mengakui status hubungan cintanya bersama seorang wanita bukan artis sejak setahun lalu sudah berakhir.


Ditanya lanjut berkenaan perkara itu, Azrel mengakui dirinya kini berstatus 'single' dan masih tiada perancangan atau persiapan untuk mendirikan rumah tangga.







"Mungkin kami tiada jodoh, dan sekarang pun saya tidak ada hubungan dengan sesiapa. Jadi rancangan untuk berkahwin itu akan ditangguhkan.


"Kami juga berpisah dengan cara baik dan tidak berlaku pergaduhan pun. Mungkin ada seseorang yang lebih bagus dan sesuai," katanya.


Menurut Azrel, dia juga masih menunggu dan pastinya akan memberitahu berita berkenaan hubungannya jika sudah menemui pilihan hati.


"Memang saya ada ramai kenalan dan masih lagi dalam proses mencari. Cuma belum dapat putuskan pilihan tu," katanya ketika ditemui pada pembukaan hab fesyen dan lifestyle Mimpikita di The Exchange TRX di sini, hari ini.


Dalam pada itu, Azrel turut memberitahu dia akan mula menjalankan penggambaran drama bersiri terbaharu bermula tahun depan.


"Buat masa sekarang saya hanya pergi ke acara-acara untuk memastikan 'branding' dan nama saya terus kekal dalam 'market'.


"Karier sekarang baik je walaupun semakin ramai artis baharu yang masuk dalam bidang ni. Persaingan itu ada, tapi kita jalankan bahagian kita sebaiknya," katanya.


Sebelum ini, Azrel pernah memberitahu dia sudah merancang untuk menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya tahun depan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2023 11:48 AM | Show all posts
Sebaya aku rupenye die ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Klo lelaki xpe kawen lmbt pn.
Carik yg muda..
Klo perempuan ssh sket la Risiko klo nk mengandung
Klo xnk ank ok je nk kawen bile2 pn
Or xnk pn hahaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
39 dah ye.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
xpe achik ada..meh sini
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergi kau kawin dengan kemut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2023 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling takleh blah berlakon drama tv1 bulan puasa bila tah, jadi anak beranak dgn dynas mokhtar. Dynas tu tua tak sampai 365 hari dgn si azrel ni. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
phalanx: Paling takleh blah berlakon dr ...




Hahahaha kan. Sian dynas. Tak masal. Kot ye pon, ameklah anak muda . Adeke ambik beza tak sampai setaun. Sorang born 83. Heols 84.

Tu pon kalau reporter x slh. Silap2 same taun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2023 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 9-12-2023 11:48 AM
Sebaya aku rupenye die ni

Sebaya anne ngasr...sari yanti... nabila huda
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la takyah kawen dengan jejaka.perasan Ni..hahaha
Iols pernah nampak dia Ni kt paradigm.mall...
Dia BZ pandang keliling konon igt orang nak serbu dia la...
Padahal pengunjung situ entah kenal ke idak Kau tu..hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
aku terkonpius dia ni dgn suami si zizi kirana tu
muka ada iras2
lepas ni bang tak yah bgtau apa...dah jadi kawen baru bgtau kalau tak asyik ni je la citer kau bang
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
phalanx replied at 9-12-2023 03:22 PM
Paling takleh blah berlakon drama tv1 bulan puasa bila tah, jadi anak beranak dgn dynas mokhtar. Dyn ...

Lah dynas beza setahun ke dgn dia ni? More like beza 10thn. Dynas nmpk tua 10thn++ dari dia
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawen dgn kurex jah
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 9-12-2023 04:53 PM
Elok la takyah kawen dengan jejaka.perasan Ni..hahaha
Iols pernah nampak dia Ni kt paradigm.mall...
...

Yang ni kelakar. Setakat pelakon freezer nak perasan. Kalau meerkat ke nadhir nak perasan macam tu faham jugak lah
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Hoshhi replied at 9-12-2023 03:17 PM
Pergi kau kawin dengan kemut

Kemut tk nk kat dia kan..

Kisah dia dgn kemut ni buat aku teringat kisah pojiah gos & ikram dazzelwashington..mcm sama je ujung2 dazzlewasington jd gila
Harap2 mamat ni tk ikut jejak dazzle la...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 09:58 PM | Show all posts
39 masih bujang?
rare niii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2023 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Hoshhi replied at 9-12-2023 09:15 PM
Yang ni kelakar. Setakat pelakon freezer nak perasan. Kalau meerkat ke nadhir nak perasan macam tu ...

Itu lah..
Situ ramai acik2 pencen dan bbnu.cina je jenjalan.
Kalau ziana Zain atau siti nurhaliza tu layak.la nak pandang Sana sini sebab mmg orang kenal...acik2 kan..hahahaha

Tapi tu la..dok sembang cakap kuat kuat..
Mujur laki.iols.cakap mamat Ni berlakon Korban kasih...kalau tak iols.pung tak perasan
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
39 dah? Kenapa iols ingat dia baru gak la berlakon. Ceh ckp mcm la rajin tgk drama kat tv.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 07:37 AM | Show all posts
muka dia kacukan muka arel zafrel dan remy ishak. herlok jer iolls tgk ni, single lg eh
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 07:41 AM | Show all posts
memula dulu meols ingatkan heols ni gayah hurkeh sebab muka heols ada pesen2 muka gegayah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.273091 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list