|
Penyanyi Iman Troye menasihat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia agar tetap mementingkan kesihatan walaupun sibuk dengan ulang kaji.
Pemilik nama sebenar, Siti Nur Alyssa Sahabudin itu tidak mahu kesihatan diri terjejas akibat terlalu belajar hingga mengabaikan masa makan dan rehat.
Iman mendedahkan kisah adik saudaranya pernah mengalami koma selama empat bulan akibat kurang menjaga kesihatan ketika melakukan persediaan menghadapi peperiksaan.
"Jangan belajar kuat sangat. Saya nak kongsi cerita pasal kawan atau adik saudara saya. Dia pernah koma empat bulan.
"Dia penat belajar. Waktu tu, dia tak makan dan tak ada tenaga. Badan dia tak kuat. Dia jatuh tangga sampai kepala terhentak dan pengsan.
"Sebab itu kena jaga kesihatan dan makan kena seimbang ketika persiapan nak ambil peperiksaan nanti.
"Keputusan SPM penting, kesihatan diri pun jaug lebih penting," katanya.
Iman turut menegaskan bahawa jika pelajar enggan menitikberatkan kesiharan, pelajar tersebut akan berdepan kesan yang lebih teruk ketika peperiksaan berlangsung.
Sumber: Xtra |
|