CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32284|Reply: 0

[Tempatan] Kaji selidik UUM: Inisiatif Ekonomi Madani dapat markah A

  [Copy link]
Post time 8-12-2023 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kaji selidik UUM: Inisiatif Ekonomi Madani dapat markah A

Disember 8, 2023 @ 10:34am

nooratiqah.sulaiman@bh.com.my



KUALA LUMPUR: Inisiatif Ekonomi Madani yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat markah A hasil kaji selidik dibuat sekumpulan penyelidik Universiti Utara Malaysia (UUM) serta dua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) baru-baru ini.

Kaji selidik selama 34 hari dari 1 November 2023 ke 4 Disember 2023 itu yang bertajuk 'Inisiatif Madani: Penerimaan Rakyat' menunjukkan semua soalan yang ditanyakan mendapat lebih 50 peratus tanda sokongan dengan tindakan diambil kerajaan.

Tujuan kaji selidik ini dijalankan adalah bagi membolehkan satu rumusan objektif dibuat mengenai tahap penerimaan rakyat ke atas berbagai-bagai Inisiatif Ekonomi Madani yang telah diumumkan oleh Anwar dan Kerajaan Perpaduan sejak beliau mula menjadi Perdana Menteri pada 24 November 2022 dan Menteri Kewangan pada 3 Disember 2022.


Inisiatif Ekonomi Madani yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat markah A hasil kaji selidik dibuat sekumpulan penyelidik Universiti Utara Malaysia (UUM) serta dua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) baru-baru ini. - foto BERNAMA

Seramai 4,606 responden dipilih dengan menggunakan teknik persampelan rawak berstrata daripada sejumlah 21,473,409 pengundi berdaftar yang diwartakan pada 3 Oktober 2023 merangkumi semua kaum, jantina dan peringkat umur di kesemua 222 Parlimen di 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan.

Mereka telah dihubungi secara dalam talian menggunakan applikasi WhatsApp dan Telegram serta melalui panggilan telefon) dan/atau ditemubual secara tatap muka.

Responden telah ditanya mengenai tahap penerimaan mereka ke atas 30 Inisiatif Ekonomi Madani yang telah diumumkan Perdana Menteri. Hasil maklum balas yang diberikan oleh responden menunjukkan Inisiatif Ekonomi Madani ini mendapat markah A, iaitu sebanyak 82 peratus (2457/3000).

Secara spesifiknya, 11 Inisiatif Ekonomi Madani mendapat markah A+ (90-100), 13 Inisiatif Ekonomi Madani mendapat markah A (80-89), 2 Inisiatif Ekonomi Madani mendapat markah A- (75-79), 1 Inisiatif Ekonomi Madani mendapat markah C- (45-49), 1 Inisiatif Ekonomi Madani mendapat markah D+ (40-44), 1 Inisiatif Ekonomi Madani mendapat markah D (35-39) dan 1 Inisiatif Ekonomi Madani mendapat markah F (0-34).

Antara soalan lain yang dikemukakan dalam kaji selidik berkenaan adalah tahap penerimaan responden kepada inisiatif memotong 20 peratus gaji pokok menteri.

Dari segi tahap penerimaan responden kepada inisiatif memotong 20 peratus gaji pokok menteri, didapati 55 peratus responden sangat menyokong diikuti 39 peratus menyokong berbanding tiga peratus yang tidak menyokong, satu peratus yang sangat tidak menyokong dan dua peratus yang menjawab tidak pasti.

Secara keseluruhannya inisiatif berkenaan mendapat 94 peratus sokongan berbanding 4 peratus bantahan.

Bagi inisiatif mendorong BERNAS menyumbang RM60 juta kepada pesawah miskin, didapati 50 peratus responden sangat menyokong, 46 peratus menyokong serta masing-masing dua peratus yang tidak dan tidak pasti.

Secara keseluruhannya inisiatif ini mendapat 96 peratus sokongan berbanding dua peratus bantahan.

Tahap penerimaan responden kepada inisiatif mewajibkan projek cakna rakyat dan berimpak tinggi dilaksanakan secara tender, secara keseluruhannya inisiatif ini mendapat 86 peratus sokongan berbanding empat peratus bantahan.

Inisiatif mengurangkan kos projek MRT3 dari RM50 bilion kepada RM45 bilion pula mendapat 81 peratus sokongan berbanding lapan peratus bantahan.

Inisiatif menaikkan pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak daripada RM260 juta kepada RM300 juta pula mendapat 86 peratus sokongan dengan lima peratus bantahan.

Inisiatif lain yang mendapat sokongan melebihi 50 peratus adalah memperkenalkan skim perubatan Madani; pemotongan cukai bagi mereka yang berpendapatan tahunan RM35,000 hingga RM100,000 serta menaikkan cukai mereka yang berpendapatan melebihi RM100,000.

Turut ditanyakan adalah mengenai tahap kepuasan hati rakyat terhadap Anwar menguruskan ekonomi Malaysia, didapati 16 peratus responden sangat berpuas hati dan 50 peratus berpuas hati berbanding 15 peratus yang tidak berpuas hati, empat peratus yang sangat tidak berpuas hati dan 15 peratus menjawab tidak pasti.

Secara keseluruhannya kepuasan hati dengan prestasi Perdana Menteri menguruskan ekonomi Malaysia berada pada tahap 66 peratus berbanding 19 peratus ketidakpuasan hati.

Kaji selidik turut membabitkan inisiatif menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 membabitkan pembayaran RM1.67 bilion di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pemberian sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin, mewujudkan wakaf Madani melalui penerimaan komitmen swasta bagi menyediakan aset bernilai RM1Bilion dan menaikkan pemberian dan bantuan kewangan kepada Perlis, Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Kaji selidik berkenaan turut membabitkan lebih 30 soalan lain merangkumi pelbagai isu lain termasuk pendidikan, pemberian atau penarikan subsidi dan gaji progresif.

Menurut UUM dalam kenyataan itu, dapatan kaji selidik itu sekali gus menidakkan kenyataan sesetengah pihak bahawa dasar-dasar ekonomi di bawah konsep Malaysia Madani tidak mempunyai hala tuju yang jelas serta bahawa ramai rakyat yang tidak berpuas hati dengan usaha Kerajaan Perpaduan membantu golongan yang memerlukan, memerangi rasuah dan menjana pertumbuhan ekonomi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-3-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.050806 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list