CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30375|Reply: 5

Fatin Afeefa Risau Nak Tayang Anak-Anak, Takut Dengan AI, "Boleh Bogelkan Anak Awak"

[Copy link]
Post time 8-12-2023 03:32 PM | Show all posts |Read mode
Fatin Afeefa risau nak kongsi foto kedua-dua anaknya, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia di media sosial.


Katanya dia takut dengan zaman teknologi Artificial Intelligence (AI) yang semakin hangat dan menjadi trend masa kini.


Foto: IG




Dia sebaliknya lebih gemar menyimpan setiap kenangan bersama anak-anak di telefon bimbitnya sahaja.


“Kalau tengok live saya hari-hari pun memang tak akan nampak anak-anak saya. Sejujurnya, saya memang tak nak tunjuk anak-anak saya.




  



“Sebab sekarang ni zaman teknologi AI, takutlah. Mereka boleh ambil gambar anak awak, boleh buat anak awak jadi besar, bogelkan anak awak.


“Memories dengan anak-anak tu saya simpan dalam phone saja. Saya tak post sangat di media sosial,” katanya.




  



Fatin berkata demikian ketika menjawab persoalan netizen di sesi siaran langsung tersebut yang kerap bertanya mengenai keberadaan anaknya, Adam dan Ivy.


Sekadar info, Fatin pernah berkahwin sebanyak dua kali namun perkahwinan pertamanya tidak didedahkan perinciannya. Menerusi perkahwinan pertama, dia memiliki seorang anak, Adam Aisy Arrian.




  



Pada 21 Disember 2013, Fatin berkahwin dengan Adam dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivy Herra Sophia sebelum memfailkan perceraian pada 30 Mei 2017 dan berpisah dengan baik. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2023 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantak kau la nyahhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 10:35 PM | Show all posts
Naluri ibu selalu tepat utuk keselamatan anak2nya, maka itulah langkah yg terbaik untuk dilakukan.  Kehidupan ibu dg anak2, biarlah ianya menjadi memori bahagia peribadi dn tak perlu dimegah2kan kpd ramai. Untuk apa? adakah untuk mengharapkan pesona, pujian dn sanjungan ramai atau sebaliknya mengundang sindirian dn fitnah pula.  
Ibu2 tentu apa yg terbaik untuk anak2nya, maka lakukanlah.  
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp dia posing mcm2 pose tu tak takut pulak dia yang ‘dibogelkn’ thru AI?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Hak dia nak lindungi anak dia. Mekap sentiasa on point i like!
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus lah macam tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.054942 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list