CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6662|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Hampir setengah juta ringgit lesap angkara 'ejen kurier, polis'

[Copy link]
Post time 7-12-2023 11:17 AM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.

Seremban: Pesara guru wanita kerugian hampir RM500,000 apabila diperdaya sindiket menyamar sebagai ejen syarikat kurier dan polis mendakwa terdapat bungkusan atas nama mangsa mengandungi bahan terlarang.

Wanita berusia 56 tahun itu menerima panggilan pertama pada 15 November sebelum mendapati wang di dalam akaunnya lesap dan membuat laporan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita itu yang mendakwa ditipu membabitkan kerugian RM480,000.

"Pada 15 November lalu, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek menyatakan kononnya terdapat bungkusan mengandungi buku cek dan kad pengenalan yang didaftarkan atas nama mangsa



"Mangsa yang ketakutan mengikut segala arahan dengan menekan pautan yang diberikan menerusi telefon bimbit selain berkongsi maklumat akaun banknya bagi tujuan menyelesaikan masalah itu," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian curiga dengan urusan itu sebelum membuat semakan akaun banknya dan mendapati terdapat pengeluaran sebanyak RM480,000 sebelum membuat laporan polis.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-ejen-kurier-polis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.065293 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list