CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4385|Reply: 0

[Johor] Gangguan bekalan elektrik di CIQ BSI, proses manual lambatkan perjalanan

[Copy link]
Post time 6-12-2023 01:39 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN lorong motosikal CIQ yang sesak dipercayai MBIKE turut terjejas akibat ketiadaan bekalan elektrik sejak malam tadi. FOTO Ihsan pembaca

Johor Bahru: Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor di sini mengalami gangguan bekalan elektrik lebih 12 jam.

Gangguan dipercayai terjadi pada jam 8 malam tadi dan berlarutan hingga jam 10 pagi.

Pekerja sektor pembersihan di Singapura, Amalina Omar, 37, berkata gangguan elektrik itu menjadikan bangunan terbabit gelap dan panas serta proses cap pasport juga dilakukan secara manual.

"Malam tadi saya balik kerja dalam jam 8.30 malam, keadaan CIQ sudah gelap. Jadi pagi ini saya keluar bekerja awal kerana bimbang akan berlaku kesesakan, memang betul sesak dengan gelap gelita dan panas.

"Biasanya dalam 20 minit sudah lepas untuk proses cap pasport. Tapi hari ini 3 jam saya beratur dengan panas dan gelap kerana dilakukan secara manual.
"Lif, tangga bergerak, mesin pengimbas pasport automatik juga tidak berfungsi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu di laman sosial Malaysia-Singapore Border Crossers, isu itu menjadi kebimbangan mereka kerana terlewat untuk masuk kerja berikutan kesesakan akibat ketiadaan bekalan elektrik di CIQ.

Rata-rata pekerja juga mengeluh kerana kaunter MBIKE yang beroperasi secara automatik juga terkesan.

"No electricity at CIQ (tiada elektrik di CIQ) !! Manually chop passport (cap pasport secara manual) ..!! 5am (5 pagi)," komen Muruga Vell.

"Motor MBIKE shut down (tidak beroperasi) ya semua," komen Akiem.

Harian Metro sedang berusaha mendapatkan maklum balas daripada pihak bertanggungjawab.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.045859 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list