CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5399|Reply: 0

[Johor] Jumpa bom ketika bersih sungai

[Copy link]
Post time 6-12-2023 12:39 PM | Show all posts |Read mode

SEBUTIR bom lama dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ditemukan di bawah Jambatan Kampung Parit Selangor, Pontian.



PONTIAN: Sekumpulan pekerja yang membersihkan Sungai Pontian Kecil di bawah  Jambatan  Kampung Parit Selangor, dekat sini dikejutkan dengan penemuan sebutir bom dipercayai peninggalan Perang Dunia kedua, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, bom jenis Hand Grenade Spl HGR 79 berukuran 57 milimeter itu dalam keadaan berkarat, namun dipercayai masih aktif.

Ekoran penemuan tersebut, pasukan Unit Pemusnah Bom dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian dikejarkan ke lokasi kejadian diketuai oleh Sarjan Mohammad Nazri.

“Pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB)  telah memeriksa sekitar kawasan penemuan tetapi  tiada menjumpai sebarang objek lain disyaki bahan letupan.

“Sebagai langkah keselamatan, UPB telah membawa balik bom tersebut ke bilik simpanan sementara sebelum dimusnahkan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Bom tersebut telah dibawa ke Ladang United Pineapple Malaysia di Pekan Nanas untuk dimusnahkan bersama UPB dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, tengah hari semalam.

Mohammad Shofee meminta orang ramai sekiranya menjumpai objek yang mencurigakan atau dipercayai bom dapat melaporkan segera di mana-mana balai polis berhampiran.

“Diingatkan supaya jangan diusik, dialih atau digerakkan objek tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... tika-bersih-sungai/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.080824 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list