CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4963|Reply: 40

[Tempatan] Takkan hari ni kahwin esok beranak:Saya tahu ada yang terus melalak mana hasil’ - Rafizi bengang dengan korang

  [Copy link]
Post time 3-12-2023 09:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 4-12-2023 12:23 AM

SHAH ALAM – Kementerian Ekonomi dan Jabatan Perangkaan (DOSM) akan memulakan Banci Pertanian 2024 (BP 2024) sebagai usaha mengumpulkan data secara menyeluruh.

Menterinya, Rafizi Ramli berkata, data yang lengkap membantu merungkai masalah keterjaminan makanan dan kestabilan penawaran serta permintaan makanan dari tahun ke tahun.
Menurutnya, bagi memodenkan industri pertanian negara memerlukan lebih banyak guna tenaga untuk membangunkan sektor tersebut.
IKLAN



“Saya tahu ada yang terus melalak mana hasil, Insya-ALLAH perancangan yang baik dan data yang lengkap akan disusuli pelaksanaan berfokus bagi merungkai masalah ini dengan lebih baik.
“Semua ini tidak akan berlaku melalui slogan atau arahan dasar sahaja. Ia memerlukan data yang lengkap dari seluruh negara.
“Selain itu, kita perlu mengambil kira berapa banyak tanah yang digunakan untuk pertanian, tanaman apa yang diusahakan, mutu tanah berbeza-beza, topografi bumi, jumlah pekerja, kos menghasilkan produk pertanian dan sebagainya,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Jumaat.
Pada 20 Oktober lalu, DOSM menyasarkan semua aktiviti pertanian di seluruh negara terlibat dalam BP 2024 yang akan dilaksanakan pada tahun depan.
Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron berkata, semua negeri terlibat dalam BP 2024 yang dijalankan terhadap isi rumah dan pertubuhan terbabit dalam aktiviti pertanian.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, dapatan tersebut akan membantu merancang aktiviti pertanian moden untuk 10 tahun akan datang.
Ulasnya, sebelum ini Banci Pertanian hanya dijalankan sebanyak tiga kali sahaja, iaitu semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman pada 1960, Tun Hussein Onn (1977) dan Tun Abdullah Ahmad Badawi (2005).
Menurutnya, Malaysia terdedah dengan risiko kenaikan mendadak harga makanan kerana skala industri tersebut tidak besar seperti aktiviti pertanian yang lain.
“Memang betul kita ada sumbangan yang besar kepada ekonomi daripada sektor pertanian, tetapi ia lebih kepada industri perladangan besar-besaran untuk kelapa sawit.
“Bancian ini langsung tidak dijalankan semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad atau Datuk Seri Najib Tun Razak menyebabkan perancangan pertanian tidak menggunakan data terkini dan tepat.

“Kementerian Ekonomi adalah perancang dan penyelaras kepada semua kementerian dan agensi dalam perkara-perkara yang berkait ekonomi,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2023 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bang piji.. kami swasta pon ada KPI every year. KPI jatuh.. x dak bonus
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 11:31 PM | Show all posts
tak habis2 lagi dengan data.

kebodohan apakah ini.

zaman kegemilangan uthmaniyah, tun mutahir, industrial revolution bagai pakai data apa?



Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MissYouSayang at 4-12-2023 12:09 AM

Sendiri yang hauk, data plak dipersalahkan...bangang punya lapuji kunyit.tu la kuat sgt main jubur sampai otak pun dah mereng
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Awat pulak takde piji...yg dh termengandung tu ler..mcm parti korg tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 3-12-2023 11:31 PM
tak habis2 lagi dengan data.

kebodohan apakah ini.

Walaupun ramai yg meluat dgn rafizi ni, tapi kita kena akui sekrg ni zaman data driven. Pertanian dah tak boleh dah diusahakan secara semborono.
Baca kat paper org tanam cili, cendawan, rock melon dll boleh dapat hasil beribu2, kita pun tanam jugak. Tgk2 bila hasil nak dituai, harga jatuh sbb org lain pun ramai yg tanam benda yg sama jugak. Then masuk yg import yg lagi murah. Klu x percaya, tengok la lagi 3, 4 tahun, harga musang king akan jadi harga marhaen. Semua pakat dok tanam sekrg, kononnya harga tinggi boleh eksport ke China. Siap buat ladang beribu2 ekar.
Sbb tu data ni penting. Boleh tahu jenis sayur yg ditanam & ternakan, expected hasil, bila nak dituai, etc. So gomen boleh la start planning jumlah utk import etc. Nanti takda la org dok complaint harga mahal la, tak dak stock la etc.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2023 09:48 AM | Show all posts
dulu sapa suruh sembang macam babi boleh terbang
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 09:50 AM | Show all posts
org macam rafizi diyakini mati dalam keadaan munafik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2023 10:14 AM | Show all posts
Nak complete set data & formula ko tu mmg kena cantas la dgn negara lain. Bila tak boleh deliver ko meroyan plak. Hujung2 salahkan previous leadership....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Peribahasa baru,
Bodo mcm lapiji
Bangang mcm mat sabun
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 12:32 PM | Show all posts
bila ada data nanti, kluaq alasan lain pulak.. camtulah orang pandai pidato ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 12:48 PM | Show all posts
tak payah nak bising la, korang juga yg undi dia sebelum ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 12:51 PM | Show all posts
Apoo replied at 4-12-2023 07:14 AM
Walaupun ramai yg meluat dgn rafizi ni, tapi kita kena akui sekrg ni zaman data driven. Pertanian  ...

Tahniah mampu komen tanpa disaluti kebencian dan politaik. Banyak yang kecam tu species yang ikut emosi even nak berniaga pun guna sentimen bukan data macam mana nak succeed.

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 01:45 PM | Show all posts
estimate.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde data ko salahkan mahathir & najib, dulu ko salahkan diorg x pandai tadbir negara? Kt siam sana xde data  pun tp diorg tanam blkg rumah siap blh export lg.....Ckp je la ko mmg x kompeten
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ctaz replied at 4-12-2023 09:48 AM
dulu sapa suruh sembang macam babi boleh terbang

Aku yg tak tau psl ekomomi pun phm ekanomi dunia pun tak brp ok.. cuma skrg aku nak hasil sbb duluuuuuuuuu ko ckp wowww magic..

Babi boleh terbang
Gajah boleh terbang
Org mati boleh idup balik

Semuanyaa veryyyyyyy simple ujung ujung ko lg teruk dr menteli ekomomi terdahuluuuuuu.. menteli ekonomi dulu ckp dibumi yg nyata... Tp ko sanggah ko kata menteli tuu bodo jahak rasuah.. laaa nii buktikanleee babiiii tuuu mmg boleh terbang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2023 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 4-12-2023 03:12 PM
Xde data ko salahkan mahathir & najib, dulu ko salahkan diorg x pandai tadbir negara? Kt siam sana x ...

Nak ckp tak kompeten maluuu tp mmg tak kompeten pun..

Duludulu pukul canang ex mckk laa.. eksekutif hebak petronas laa ujung ujung puihhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 05:25 PM | Show all posts
Haku tertipu dgn resume hebat double degree, Tn Manajer termuda Petronas.....huk2
Bila dah dilantik..indah khabar dari rupa.  
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 05:31 PM | Show all posts
baru tahu tingginya langit kan
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Koyak nampak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-3-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.661299 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list