CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13751|Reply: 9

[Tempatan] Gerai Pok Die hidang menu eksotik untuk sarapan - Sup Kepala kambing, testis lembu goreng kunyit -Anda nak cuba?

  [Copy link]
Post time 3-12-2023 12:08 PM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU - Seorang peniaga kedai makan di Batu 11, Ketereh di sini menampilkan menu unik untuk sarapan iaitu lidah bakar, testis lembu goreng kunyit dan sup serta kari kepala kambing sekali gus mencetuskan kelainan daripada sedia ada di negeri ini iaitu nasi berlauk.
Lebih menarik lagi, air asam perut, singgang daging dan daging bakar lembu turut turut dijual bersama sup kaki kambing dan ikan rebus goreng.
Selain itu, menambah lagi kelainan Md Rusmadi Mamat, 46, berkata, kehadiran sambal buah cupu serta mangga membuka lagi selera untuk menikmati hidangan istimewa di kedai makan yang dikenali sebagai Pok Die.

Beliau mencuba kelainan tersebut apabila melihat ramai yang menjual nasi berlauk, kerabu dan sebagainya pada sebelah pagi
Beliau mencuba kelainan tersebut apabila melihat ramai yang menjual nasi berlauk, kerabu dan sebagainya pada sebelah pagi.
"Saya mula menjual menu unik ini pada tiga tahun lalu untuk meneruskan kehidupan selepas negara diserang Covid-19.
"Sebelumnya saya bekerja sebagai tukang masak di atas kapal selama 20 tahun dan sudah merantau lebih 20 negara, tetapi disebabkan pandemik punca rezeki itu terpaksa dilupakan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.jarnya, lidah lembu bakar akan dihidangkan dengan pencicah yang terdiri daripada kicap bersama campuran bawang dan cili.
Tambahnya, untuk testis lembu, ia akan digoreng kunyit dan kepala kambing pula dibuat sup atau kari mengikut kehendak pelanggan.
Bagaimanapun, Md Rusmadi memberitahu, menu tersebut perlu ditempah awal oleh pelanggan kerana penyediaannya rumit serta menggunakan lembu dan kambing tempatan yang disembelih setiap hari.
"Lidah lembu bakar, perut air asam, sup kaki kambing, ikan rebus goreng boleh didapati setiap hari.
"Setiap hidangan dijual pada harga serendah RM6 hingga RM10 bagi seorang makan," katanya.
Beliau berkata, kedainya beroperasi seawal jam 7.30 pagi hingga 2.30 petang dan ditutup pada setiap hari Jumaat.
https://www.sinarharian.com.my/article/628594/edisi/kelantan/kepala-kambing-testis-lembu-menu-unik-sarapan-di-kelantan


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2023 12:18 PM | Show all posts
daging babi akak geli tapi testis kambing akak suka

- Rokiah (bukan nama sebenar)
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok ke makan mende² organ dalaman ni?
Tanya je.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 02:22 PM | Show all posts
pandai Pok Die pilih ingredients dari bahan 'sisa'. Confirm tak berebut raw material dari org lain
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 3-12-2023 12:26 PM
Elok ke makan mende² organ dalaman ni?
Tanya je.

Apa pulak dalaman sissy? Telor kan kat luar elok tergantung gayyytuh sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 3-12-2023 03:09 PM
Apa pulak dalaman sissy? Telor kan kat luar elok tergantung gayyytuh sissy.



Sistuurrrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2023 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 3-12-2023 03:09 PM
Apa pulak dalaman sissy? Telor kan kat luar elok tergantung gayyytuh sissy.

Bab kote laju je ekauu.. hahahaha.. kote org ko ckp.. ni kote lembu pun ko sepantas kilat
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 3-12-2023 03:09 PM
Apa pulak dalaman sissy? Telor kan kat luar elok tergantung gayyytuh sissy.

Telor jer yg ko nampak kann?
Perut tu amende, duk luar kulit gak ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2023 07:32 PM | Show all posts
tak selera la menu pelik2 tu

tp ikan rebus goreng sedap
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman dulu² iye, segala anggota/bahagian tidak dibazirkan. Zaman dulu.

Zaman now dah ada Ayam Taki, Texas Cikin, A&W, McD. Tu semua pemudah cara.
Nikmat apa lagi yg kau dustakan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-3-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.077970 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list