|
TINJAUAN beberapa kawasan serta laluan utama ke Pekan Rantau Panjang, di sini, mula dilanda banjir susulan limpahan air Sungai Golok, sejak malam tadi. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Rantau Panjang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terpaksa menutup pintu pemeriksaannya di Banggol Kulim, di sini selepas laluan keluar masuk ditenggelami air lebih satu meter (m).
Selain kawasan itu, beberapa jalan di pekan Rantau Panjang turut tenggelam selepas berlaku limpahan air Sungai Golok sejak malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Shapawi Stapa berkata, keadaan di dalam pekan bagaimanapun masih terkawal.
"Hanya laluan melalui Pintu Satu dan Dua Pemeriksaan JKDM boleh dilalui setakat ini, tetapi jika hujan berterusan dan Sungai Golok naik, jalan itu juga dijangka tutup.
"Pada pagi ini, paras Sungai Golok mencatat bacaan 10.33m, jika ia mencecah sehingga 11m, berkemungkinan besar keseluruhan pekan akan digenangi air," katanya ketika ditemui hari ini.
Sementara itu, peniaga, Mazlan Saidi, 42, berkata, dia melihat kedainya pagi ini dan gelisah apabila mendapati kawasan sekitar sudah dinaiki air.
Katanya, dia masih membuka kedai hari ini, memandangkan jalan Pintu Satu masih boleh dilalui, namun tetap ambil langkah berjaga-jaga termasuk menyimpan barang ke tempat tinggi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-pintu-pemeriksaan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|