CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27915|Reply: 0

[Kelantan] Mangsa banjir di Kelantan kembali meningkat

[Copy link]
Post time 30-11-2023 10:32 PM | Show all posts |Read mode
Mangsa banjir di Kelantan kembali meningkat


BERNAMA



Sebahagian kenderaan mengharungi air yang melimpahi Jalan utama di Kampung Sri Sentosa berikutan banjir kilat susulan hujan lebat yang berlaku sejak pagi tadi ketika tinjauan hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR



Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di Kelantan kembali meningkat, manakala di Terengganu menurun malam ini.

Di KELANTAN, berikutan hujan lebat sejak semalam, beberapa kawasan dinaiki air menyebabkan jumlah mangsa banjir bertambah kepada 795 orang daripada 235 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 317 orang daripada 101 keluarga pagi tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kesemua mangsa berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan Pasir Mas, Bachok dan Kota Bharu.

Kota Bharu menjadi jajahan terbaharu terkesan banjir apabila PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sering dibuka tengah hari tadi menempatkan 177 mangsa daripada 52 keluarga, manakala di Pasir Mas sebanyak 227 mangsa daripada 78 keluarga sedang berlindung di PPS SK Gual To'Deh.

Di Bachok, PPS SK Jelawat menempatkan 109 orang daripada 31 keluarga, manakala 282 orang daripada 74 keluarga lagi berada di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor.

Di TERENGGANU, hanya tiga mangsa daripada satu keluarga masih berada di PPS daerah Kuala Terengganu setakat 8 malam ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) seramai 17 mangsa yang berlindung di PPS sama iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol telah pulang ke rumah masing-masing pada 6 petang tadi.



Disiarkan pada: November 30, 2023 @ 10:17pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.045758 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list