View: 7033|Reply: 45
|
Nur Nilam Kembali Taat, Lafaz Cerai Azlan Komeng Tak Sah
[Copy link]
|
|
Azlan Komeng bersyukur apabila lafaz cerai yang dilakukan terhadap isteri iaitu Nur Nilam Ortiz tidak sah di sisi undang-undang syariah.
Azlan atau Muhammad Azlan Kamiran, 47, berkata dia tidak berniat semasa melafazkan penceraian tersebut memandangkan keadaan isterinya ketika itu tertekan kerana terlalu memikirkan mengenai kewujudan orang ketiga.
Foto: IG
"Alhamdulillah kami masih lagi suami isteri... perkara itu berlaku tanpa niat cuma ada salah faham terhadap perkataan. Saya tak lafazkan dengan ayat yang nyata.
"Saya pun memang tak berniat, saya kasihan lihat keadaan isteri saya ketika itu," katanya kepada mStar.
Menurut Azlan, individu yang disebut orang ketiga oleh Nur Nilam itu telah wujud lama sebelum dia berkahwin dengan isterinya.
Kata Azlan, dia percaya individu berkenaan mempunyai niat untuk menjatuhkan dirinya memandangkan dia tidak pernah menjalinkan hubungan dengan orang baharu selepas berkahwin.
"Ramai yang tidak tahu cerita sebenar... isu yang masih berlaku bukan kerana saya masih ada hubungan dengan orang lain tapi ia kisah lama yang datang semula.
"Mereka ada komplot mahu merosakkan rumah tangga saya tapi mereka tidak berdepan dengan saya dan serang orang rumah," katanya lagi.
Sementara itu, Nur Nilam pula berkata dia sudah bersedia untuk mengheret individu yang menganggu rumah tangga mereka ke mahkamah.
Nilam, 45, berkata dia dan suami sudah lama bersabar sehingga mendatangkan tekanan terhadap rumah tangga mereka.
"Saya masih menerima gangguan, video lucah masih ada gambar perbualan dan macam-macam. Saya sebenarnya telah ambil tindakan undang-undang hanya tunggu masa kumpul bukti dan heret ke mahkamah.
"Isu ini timbul sebab PP (pelacur peribadi) benda ini dah lama ganggu dalam dua tahun juga, dengan sihir dan sebagainya.
"Saya manusia biasa mana boleh tahan, malam semalam kami bergaduh besar dan abang (Azlan) terlafaz," ujarnya.
Sebelum ini, Nilam mengesahkan dia sudah bercerai dengan aktor berkenaan pada pagi Khamis.
Tidak menyatakan secara jelas mengenai perceraian mereka itu bagaimanapun memberitahu bakal hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis bagi membuat pengesahan lafaz cerai.
Untuk rekod Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni menceceh lg kisah zina laki ko. Netizen malaysia mmg dahagakan kisah2 cmni |
|
|
|
|
|
|
|
sesuai sangat, laki bini sama sewel |
|
|
|
|
|
|
|
Laki REMPITS Bini tingtong!
Latok David Teo sila buat filem..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ala.. Kasi je tunjuk siapa yg PP ko kabo tu.. Dia x malu share gmbar aib dia.. Nape nak cover? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku lagi rela benang jah kat bodgos dari benang korang laki bini |
|
|
|
|
|
|
|
bighah la tu pp |
|
|
|
|
|
|
|
Laaa…belum ke?
Igt dah abis episod, tutup panggung, xpayah hadap watak2 whoareyous ni lg dah |
|
|
|
|
|
|
|
Astaga, dunia2. Lakibini kepam ni acah pelakon gred A dan netizen kisah sgt pasal korang ke? Lantak korang la nak melingkup camana pun who cares |
|
|
|
|
|
|
|
Alvida replied at 30-11-2023 07:49 PM
bighah la tu pp
|
|
|
|
|
|
|
|
perangai hape2 aje dia ni..retard.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sampah. Kalau si jantan x buat onar dengan pelakor, xde la aib. Sendiri cari pasal. Yg perempuan pon kalau nak jadi murah, cari la yg berjenis sikit. Ni muka nan hado jugak yang dikejarkan. Nak kata popular, syenduuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Nilam ni lah contoh terkini bini/pompuan paling bodoh. Desperate nak kawen. Pekejadah nak berebut jantan hodoh taguna cam azlan komeng, nama pun bau hanceng. Kejis. |
|
|
|
|
|
|
|
Gara2 terpalit dgn adk angkat c komeng tu terus jd popular konon kan nilam.. Lain kali selesaikam msalah rumh tangga scara berhemah. |
|
|
|
|
|
|
|
Muka jantan musibat yg mcm todak lumpur ni yg kau rebut2?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiba tiba... Karya takde award takde reputasi takde tiba tiba muncul kisah rumahtangga. Takde value utk difollow. |
|
|
|
|
|
|
| |
|