|
Anggota APM mengusung Che Som untuk menaiki lori sebelum dipindahkan ke PPS SK Sering, Kota Bharu hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI
KOTA BHARU – Seorang wanita yang terlantar akibat menghidap ketumbuhan pada kepalanya antara 37 keluarga mangsa banjir yang dipindahkan ke ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sering, di sini hari ini.
Che Som Abdul Latif, 48, yang terlantar sejak lebih setahun lalu dibantu oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) selepas rumahnya di Kampung Pasir Kasar, Sering di sini dimasuki air setinggi 0.3 meter sejak pukul 3 pagi tadi.
Suami Che Som, Raja Anuar Raja Khalid, 48, berkata, melihat air banjir masuk ke dalam rumahnya, dia terus meminta bantuan anggota APM membawa isterinya ke PPS.
Menurutnya, dia terpaksa berjaga sejak malam tadi kerana memantau paras air di dalam rumah selepas hujan lebat tidak berhenti sehingga pukul 7 pagi.
“Saya bersama isteri dan lima anak berusia antar 6 hingga 23 tahun dibawa ke PPS kira-kira pukul 2 petang,” katanya ketika ditemui di PPS SK Sering, di sini hari ini.
Sementara itu, menurut APM, seramai 149 orang daripada 37 keluarga dipindahkan ke PPS SK Sering setakat pukul 4 petang ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... dipindahkan-ke-pps/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|