View: 7579|Reply: 9
|
Meerqeen Guna Duit Tabung Untuk Beli Kereta Mewah
[Copy link]
|
|
Meerqeen mengaku membeli kereta mewah idaman jenis Mercedez Benz G-Class dengan menggunakan duit menabung yang disimpan sejak mula bekerja.
Meerqeen berkata, dia mula menyimpan keinginan membeli kenderaan terbabit sejak di bangku sekolah dan bersyukur apabila segala usaha kerasnya mendatangkan hasil yang baik.
Foto: IG
"Sejak di bangku sekolah lagi saya sudah memasang impian membeli kereta dan apa yang diperoleh ini adalah hasil kerja keras. Alhamdulillah saya berjaya capai impian itu.
"Semua ini adalah hasil duit menabung sejak mula bekerja. Apa yang saya usahakan adalah untuk diri dan keluarga," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Meerqeen, dia bagaimanapun menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan nilai sebenar kereta yang dibeli mencecah RM1.79 juta.
"Saya beli kereta itu bukan untuk memuaskan hati orang lain. Saya ada impian atau 'goals' yang saya tetapkan dalam perjalanan hidup saya.
"Namun nilai harga kereta itu tidaklah mencecah RM1.79 juta seperti yang diperkatakan orang," katanya.
Terdahulu Meerqeen berkongsi beberapa foto bersama kereta baharu miliknya di media sosial sehingga ada yang memperkatakan nilai kenderaan kereta itu mencecah RM1.79 juta selepas melakukan beberapa carian di laman sesawang. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau recon berapa ratus ribu dekkk? dah bawak dirafdias bersiar-siar belum dalam kereta tu?
cc @Kurex |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh gang daiyan ni… kaya raya masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
Confirm ke ori g63? Selalu org beli kereta untul convert g63. Memang dia mampu tp Mustahil dia pakai ori g63. Iols rasa convert jerrr. Cam nabil pun convert. |
|
|
|
|
|
|
|
Artis mmg kayas...cuma kena pandai beringat Dan menyimpanlah...antara yg pandai menyimpan Dan beringat..klpp...dato alip pun pandai gak |
|
|
|
|
|
|
|
Bgusla ada duit beli je apa yg nak…. Yg suh beringat tu blum tentu ada 3k pun dlm simpanan |
|
|
|
|
|
|
|
Themilo replied at 30-11-2023 02:59 PM
kalau recon berapa ratus ribu dekkk? dah bawak dirafdias bersiar-siar belum dalam kereta tu?
cc @Ku ...
Sanggup dirap tunggu dekat lot parking semata nak naik kereta baru. Habis kereta baru merqeen bau hanyir dek peluh2 dirap |
|
|
|
|
|
|
|
pakailah kalau mampu....sementara tengah laku banyak job
dah tak laku nanti, pandai2 lah kau nak hidup
macam zamani dulu zaman tengah laku, pakai sport car gah ke hulu ke hilir
sekadar memberi contoh |
|
|
|
|
|
|
| |
|