CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6060|Reply: 0

[Johor] Guru tak mengaku cabul murid lelaki dalam perpustakaan

[Copy link]
Post time 30-11-2023 02:37 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Fauzi dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar atas pertuduhan amang seksual terhadap tiga muridnya. FOTO Alias Abd Rani

Muar: Seorang guru didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas lima pertuduhan amang seksual fizikal terhadap tiga murid lelaki di perpustakaan sebuah sekolah agama di Tangkak pada 2019 dan 2020.

Mohd Fauzi Musa, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang murid lelaki yang ketika itu berusia 10 tahun dalam perpustakaan sekolah terbabit pada jam 4 petang, 2 Januari 2020.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa melakukan perkara sama terhadap seorang lagi murid lelaki ketika itu berusia 11 tahun, pada Oktober 2019 dan Januari 2020.



Pertuduhan keempat dan kelima pula, dia sekali lagi melakukan perkara sama terhadap murid lelaki lain yang ketika itu berusia usia 11 tahun pada jam 3 dan 4 petang antara November 2019 dan 2 Januari 2020 di tempat sama.

Bagi kesemua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Manakala hukuman bagi Seksyen 16 akta berkenaan tertuduh boleh dipenjara lima tahun dan boleh dikenakan sebatan tidak kurang dua kali.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu pihak pendakwaan memohon mahkamah tidak dibenarkan tertuduh diikat jamin kerana kesalahan serius yang membabitkan mangsa adalah muridnya.

Bagaimanapun, tertuduh memohon mahkamah memberikan ikat jamin paling rendah memandangkan perlu menanggung tiga anak berusia satu hingga enam tahun.

Selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan serta rayuan tertuduh, mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi kesemua pertuduhan.

Mahkamah juga menetapkan tertuduh perlu melapor diri di Balai Polis Sungai Mati setiap bulan dan tidak boleh berhubung atau mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Kes disebut semula pada 16 Januari depan untuk lantikan peguam serta serahan dokumen.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dalam-perpustakaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.053314 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list