|
KERETA merempuh kedai makan di Taman Meranti, Bahau. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap
Jempol: Akibat tertekan pedal minyak, kereta dipandu lelaki 78 tahun merempuh sebuah kedai makan di Taman Meranti di sini, sehingga menyebabkan seorang wanita warga emas maut.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kejadian 8.50 pagi tadi menyebabkan Tan Joo Lan, 75, maut di tempat kejadian.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu warga emas dari arah Taman Satelite menuju ke Taman Meranti.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, ketika hendak parkir kereta di hadapan kedai makan itu, pemandu tiba-tiba tertekan pedal minyak sebelum kereta bergerak ke hadapan dan melanggar dua orang awam yang makan di kedai berkenaan.
"Seorang lagi mangsa wanita berusia 35 tahun mengalami sakit di bahagian belakang badan dan menerima rawatan di Hospital Jempol," katanya dalam kenyataannya, hari ini.
Hoo berkata, pemandu kereta ditahan bagi siasatan selain polis meminta saksi di tempat kejadian tampil membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|