|
Kar Wei ketika dibawa ke mahkamah hari ini.
SEREMBAN – Seorang along mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan khianat melempar sos cili di pekarangan rumah seorang peminjam wang, pada 30 Oktober lalu.
Tertuduh, Kok Kar Wei, 23, yang juga merupakan seorang mekanik membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.
Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas dengan sengaja melakukan khianat iaitu melemparkan plastik yang mengandungi cecair cili merah ke rumah seorang lelaki berusia 55 tahun yang merupakan peminjam wang.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Laman Dahlia Nilai Impian, Nilai kira-kira pukul 9 malam, 30 Oktober lalu.
Terdahulu, peguam Amirul Hakim Ahmad Mahazir yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda paling minimum dengan mengambil kira kerjasama tertuduh yang datang dari Johor Bharu, Johor.
Ahmad Mahazir berkata, tertuduh telah menyerah diri di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai selain menanggung isteri serta seorang anak berusia dua tahun.
Dalam prosiding yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M.Pusppa itu, mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM3,000 terhadap tertuduh, jika gagal bayar boleh dipenjara selama lima bulan.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... r-sos-cili-didakwa/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|