CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5135|Reply: 9

Mat Sentol Dah Uzur, Perlu Penjagaan Rapi

[Copy link]
Post time 21-11-2023 07:25 PM | Show all posts |Read mode
Mat Sentol, 90, kurang sihat sejak beberapa hari lalu berikutan faktor cuaca tidak menentu terutama hujan setiap hari.


Mat Sentol atau nama sebenarnya Abd Rashid Yahaya yang kini terbaring, tetap bertenaga kerana masih berselera makan dan dijaga dengan baik serta teliti pada aspek pemakanan oleh anak lelakinya, Roslee Rashid, 61.


Roslee amat menjaga pemakanan harian bapanya dengan memastikan penyediaan makanan berkhasiat yang dapat membentuk tenaga dan menolak hidangan berminyak.




Foto: Harian Metro




"Bapa saya sekarang sangat berumur dan uzur. Jadi, saya kena pastikan pemakanan hariannya berkhasiat agar dia ada tenaga menggerakkan badan walaupun terbaring. Alhamdulillah, setakat ini kesihatannya okay.


"Cuma, faktor cuaca tidak menentu akibat hujan setiap hari ketika ini, bapa ada kurang sihat sedikit. Tapi, dia masih mahu makan dan saya masakan hidangan sesuai mengikut saranan pakar pemakanan," katanya kepada Harian Metro.


Roslee berkata, dia juga memasak sendiri hidangan untuk bapanya dengan menggunakan produk-produk makanan berkhasiat seperti minyak omega yang dilengkapi vitamin.


"Saya pastikan bapa makan sayur-sayuran, ikan, roti tanpa yis, sup tulang yang diambil sup saja campur nasi, kemudian kisar hingga lumat. Semua makanan bapa kena kisar dulu untuk mudah dimakan.


"Setakat ini, selera makan bapa saya sangat bagus terutama suka makan pisang dikisar. Saya juga pastikan bawa bapa keluar bersiar-siar kerana dia suka jalan-jalan dan tak mahu berkurung di rumah saja," katanya.


Ditanya juga mengenai kewangan, Roslee berkata, bapanya menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500, manakala, barangan keperluan kesihatan seperti susu formula, vitamin, lampin pakai buang dan sebagainya diperoleh daripada Baitulmal.


"Setakat ini, bantuan yang diterima bapa saya daripada JKM dan Baitulmal sangat membantu kami. Malah, kalau ada kurang pun (kewangan) saya sendiri akan usaha cari untuk tambahan kerana rezeki Allah sangat luas.


"Walaupun keadaan saya ini boleh dikatakan 'warga emas jaga warga emas', saya okay dan rasa masih kuat lagi demi bapa saya. Sebagai anak, saya akan usaha memberi keselesaan kepadanya.


"Jadi, soal bantuan sebenarnya saya tidak mahu meminta-minta. Kalau ada pihak nak beri sumbangan untuk bapa, saya terima, jika tiada, tidak mengapa sebab faham situasi ekonomi sekarang.


"Tapi, setakat ini bantuan bapa saya terima daripada kerajaan, manakala menerusi persatuan seni rasanya belum ada lagi, termasuk pencen daripada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), bapa saya bukan penerima," katanya.


Terdahulu, Mat Sentol cukup dikenali sebagai pelawak dan pelakon sejak era 1950-an serta pernah membintangi beberapa filem antaranya Mat Tiga Suku, Mat Bond, Mat Toyol, Mat Karong Guni dan Mat Magic.


Kini menetap di Larkin, Johor, seniman berkaliber ini juga pernah aktif menyumbangkan suaranya dalam penyiaran iklan televisyen dan radio seperti Jojo, Tora, Ding Dang dan Apollo. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2023 07:47 PM | Show all posts
90 panjang umurnya....
alhamdulillah ada anak lelaki yang jaga
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnya anak dia. Rezeki seniman Mat Sentul ada waris jaga dia elok2 tak melarat..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah org tua yg sihat..anak pun jaga elok..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 08:59 AM | Show all posts
antara seniman di zmn p.ramlee yg masih hidup..selalu jugak layan cite2 MAT dia..mat bond, mat 3 suku, mat karung guni
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
nama dia tkde MAT langsung rerupanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2023 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdullillah anaknya bertanggunggjawab. Semuga dipermudahkan urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka tengok aksi mat yoyo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2023 09:15 AM | Show all posts
oh patut lar dah lama tak nmpk di pasar larkin
semoga Allah izinkan hari2 yg tinggal ni dlm kesihatan yg baik
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 10:01 AM | Show all posts
Semoga kedua-duanya terus diberikan kesihatan yg baik..
iols tak boleh klu ada anak2 yg dah berusia masih menjaga mak ayah yg uzur, cepat sangat tersentuh dan bangga dengan insan2 yg sedemikian.
Sbbnya iols belum diberikan kesempatan untuk berbuat demikian dek kekangan jarak dan keadaan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

11-12-2023 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.056219 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list