Edited by maklukpenggoda at 21-11-2023 11:35 AM
KUALA LUMPUR : Maestro muzik terkenal negara, Datuk Ramli MS, berpandangan, banyak perkara perlu dipertimbangkan sekiranya terdapat desakan membatalkan konsert berskala besar seperti Coldplay.
Menurut Ramli, pihak yang meminta konsert ini dibatalkan perlu melihat dalam konteks menyeluruh agar ia dilihat lebih signifikan.
“Sebenarnya yang nak konsert ini dibatalkan adalah mereka yang tak beli tiket. Bila kita anjurkan sebuah konsert, ia melibatkan banyak pihak. “Sejujurnya sukar untuk saya menjawab tentang isu ini kerana seperti yang saya cakap ia melibatkan banyak pihak.
“Kita kena lihat dari konteks apa mereka ingin batalkan konsert ini. Adakah dari segi agama? Budaya? Tingkah laku? Bisnes? Ekonomi?
“Jika semua ini memberikan respon yang negatif, barulah boleh dipertimbangkan untuk dibatalkan,” katanya ketika ditemui selepas selesai program All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Ahad lalu.
Menurut Ramli, dia yakin peminat yang membeli tiket konsert Coldplay : Music Of The Spheres World Tour yang bakal berlangsung pada Rabu ini juga berkemungkinan sudah menempah hotel dan pengangkutan.
Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Lukman Abdullah menasihati agar penganjur membatalkan konsert Coldplay.
Menurutnya konsert tersebut bertentangan nilai murni dan budaya masyarakat negara ini.
|