CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8881|Reply: 91

[Jenayah] Tak Semak Dengan Teliti Latar Belakang Kakitangan, Pekerja Roti Viral Bukit Bintang Pakai Salib Sah Diberhentikan!

  [Copy link]
Post time 19-11-2023 02:46 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.



KUALA LUMPUR: Pengurusan Restoran Mon Chinese Beef Roti di Bukit Bintang, di sini mengakui kesilapan pihaknya kerana terlepas pandang dengan isu pemakaian rantai salib membabitkan individu yang didakwa seorang daripada kakitangannya.

Pengurus restoran itu yang dikenali Sofia, 27, mengesahkan individu berkenaan sebelum ini adalah seorang daripada kakitangannya.

Bagaimanapun, lelaki itu sudah tidak lagi bekerja di restoran selepas diberhentikan dan pihak pengurusan memohon maaf kepada mereka yang tersinggung serta berasa kurang senang selepas menonton video tular itu.

Sofia berkata, pihaknya juga berjanji akan lebih peka supaya tidak terlepas dengan pandang dengan perkara menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Saya akui ia adalah kesilapan pihak pengurusan kerana tidak memeriksa dengan teliti latar belakang bekas kakitangan kami itu. Dia (bekas kakitangan) sudah diberhentikan oleh pengurusan sebelum saya dapat tahu lagi mengenai isu tular dan mohon maaf sangat atas kesilapan itu.

"Jujurnya, saya tak boleh tidur lena memikirkan isu berkenaan kerana terkejut apabila dapat tahu video berkenaan tular dengan begitu cepat," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Sofia berkata, buat masa ini, restoran berkenaan masih beroperasi dengan bantuan empat pekerja dari China dan seorang warga tempatan yang semuanya Cina Muslim.

Berhubung status halal pula, Sofia berkata, perkara itu memang menjadi keutamaan pihak pengurusan kerana menyedari ramai dalam kalangan pelanggan mereka adalah Muslim.

"Sebelum buka restoran di sini lagi, kami sudah berhubung dengan ejen dilantik bagi membantu dalam menguruskan proses mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

"Cuma proses mendapatkan sijil halal itu mengambil masa kerana banyak dokumen diperlukan dan saya pula masih muda dalam menguruskan perniagaan tapi akan cuba sehabis baik (bagi mendapatkan sijil halal)," katanya.

Mengenai sambutan diterima pula, Sofia tidak menyangka restoran diusahakannya akan tular hingga dikunjungi ramai pelanggan setiap hari kerana baru dua bulan dibuka di negara ini.

"Di China ada 52 cawangan dan memang popular hingga pelanggan berbaris panjang di semua premis di sana.

"Di sini pula adalah cawangan pertama dan sangat baru tapi tak sangka kerana sambutannya luar biasa. Terima kasih kepada semua yang datang," katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial video dimuat naik seorang pengguna TikTok mengenai pengalamannya berkunjung ke Restoran Mon Chinese Beef Roti di Bukit Bintang, di sini yang tular hingga ramai pelanggan sanggup berbaris panjang di luar premis.

Bagaimanapun, isu timbul apabila tersebar tangkap layar video berkenaan menunjukkan salah seorang kakitangan restoran memakai songkok dengan rantai salib di leher.

Ia sekali gus mengundang tanda tanya netizen yang mempersoalkan adakah restoran itu cuba mengaburi pelanggan meminta pekerja bukan Muslim memakai songkok.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2023 02:46 PM | Show all posts

Tangkap layar video tular di TikTok.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2023 02:46 PM | Show all posts

Sofia ketika ditemui di Restoran Mon Chinese Beef Roti, Bukit Bintang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2023 02:46 PM | Show all posts

Restoran Mon Chinese Beef Roti di Bukit Bintang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2023 02:47 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2023 02:48 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-11-2023 02:49 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2023 02:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2023 02:50 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2023 02:50 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2023 02:50 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2023 02:50 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Boikot.. boikot
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Gmbr hiasan tu bkn joe lee reporter nst ke star yg bnyk review psl af awal2 dulu

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
CARI-Author replied at 19-11-2023 02:49 PM

Sendiri order sendiri xtau daging ke ayam
Tp hujung2 bgs la die pesan not worth it utk q smpi sejam stgh for that kind of dish
Can I say a dish or ape lbh sesuai ye
Tp mcm tu lh

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
apa kaitan salib dgn pekerjaannya..hingga dia 'DIBERHENTIKAN' pihak pengurusan????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2023 04:06 PM | Show all posts
x kuasa la saya nak beratur just nak rasa roti ni..also mcm berminyak je
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
abih tu yg pi makan kat hotel melantak buffet tu takde org beragama buddha/christian/hindu yg kerja ke?

Ko kena makan makanan yg disediakan oleh org pakai kopiah and tudung je ehh?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Abis tu kedai no pork no lard korang makan gak.. xtau halal ke haram. Ni takat rantai salib boleh menggelupur.

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2023 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
i tak tahu pulak org tak islam tak boleh sediakan makanan . yg kilang2 tu yg sediakan makanan ready to eat bukan semua muslim pun kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-12-2023 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.075787 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list