View: 924|Reply: 0
|
Kontroversi bayangi pertemuan AC Milan, Lecce
[Copy link]
|
|
GIROUD dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan. -FOTO AFP
Milan: Olivier Giroud digantung dua perlawanan kerana melakukan serangan ke atas pegawai pada penghujung perlawanan ketika AC Milan melakarkan keputusan seri 2-2 dalam perlawanan yang dramatik dan penuh kontroversi di Lecce, kata Serie A.
Penyerang Perancis, Giroud dibuang padang pada masa kecederaan di Stadio Via del Mare selepas melemparkan "ungkapan kesat" kepada pengadil Rosario Abisso kerana membantah keputusan.
Giroud yang menjaringkan lapan gol musim ini itu kemudiannya dilayangkan kad merah dan akan terlepas perlawanan di tempat sendiri menentang Fiorentina dan Frosinone selepas rehat antarabangsa.
Abisso menjadi sasaran selepas Lecce dinafikan kebangkitan menakjubkan bangkit daripada ketinggalan dua gol dan hampir mendahului selepas Giroud di buang padang.
Roberto Piccoli merembat masuk ke gawang yang kelihatan seperti pemain luar biasa dari jarak jauh bagaimanapun rembatan itu dibatalkan.
Keputusan itu mencetuskan kemarahan presiden kelab, Saverio Sticchi Damiani serta pemain dan kakitangan latihan Lecce.
Saverio Sticchi Damiani digantung sehingga 4 Disember kerana "melakukan tindakan yang tidak wajar" dan mengancam mereka di bilik persalinan selepas perlawanan.
Dia kemudian merujuk kepada konspirasi yang berlaku dan menuduh Abisso dan pegawai VAR "melakukan keputusan tidak wajar" untuk membatalkan gol berkenaan.
Pengarah sukan kelab itu Stefano Trinchera juga digantung tiga perlawanan dan didenda €10,000 (RM51,365) atas kesalahan serupa manakala Ketua Pegawai Eksekutif, Sandro Mencucci digantung sehingga 27 November.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... muan-ac-milan-lecce |
|
|
|
|
|
|
| |
|