"
ersembahan Ahad ini kena teruskan. Takkan tarik diri,” ujar penyanyi berusia 44 tahun itu.
Sementara itu, Zulaikha berkata, mereka sedang mencari rawatan terbaik bagi memulihkan vokal Jaclyn atau mesra disapa Jac dengan kadar segera.
“Ikutkan doktor maklumkan dia tak boleh menyanyi atau membuat persembahan dalam tempoh terdekat kerana kondisinya agak membimbangkan.
"Minggu ini pun Jac ada dua persembahan, kita tak dapat jangka apa yang berlaku nanti. Mungkin akan dapatkan suntikan, tengok macam mana.
“Kiranya ini situasi paling teruk sepanjang saya menguruskan kerjaya nyanyian Jac,” ulasnya lagi.
Menurut Zulaikha, masalah membabitkan pita suara itu dipercayai berpunca daripada kurang rehat sejak menyertai program realiti GV10.
Ahad ini Jaclyn bakal menyampaikan lagu popular
All I Ask nyanyian asal Adele di pentas GV10.
Sumber: Kosmo! Online