CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1226|Reply: 3

Ayu Puteh Selar Sikap Pengurus Artis Berperangai 'Sampah'

[Copy link]
Post time 14-11-2023 09:43 PM | Show all posts |Read mode
Penerbit, Datuk Ayu Puteh, menasihatkan golongan artis agar berhati-hati meletakkan kepercayaan kepada pengurus mereka.




Dedah Ayu, atau Normashayu Puteh, terdapat pengurus yang sengaja menolak tawaran kerja tanpa berbincang atau memaklumkan kepada artis mereka terlebih dahulu.







“Saya pernah berdepan dengan situasi di mana artis itu terkejut kerana tidak tahu pernah menerima tawaran berlakon daripada kami kerana tidak dimaklumkan oleh pengurusnya.


“Saya enggan bercakap lebih kerana tidak mahu hubungan pengurus dan artis itu renggang.




“Biarlah artis itu tahu sendiri perangai pengurusnya yang ‘sampah’, ” katanya.



Menurut Ayu yang juga pemilik Pencil Pictures, terdapat pengurus yang bercakap buruk mengenai artis mereka kepada orang lain dalam industri seni hiburan.


Bukan itu sahaja, pengurus terbabit turut mencadangkan nama lain iaitu seorang pelakon yang bukan di bawah jagaannya untuk mengisi karakter tersebut.




“Ada juga pengurus yang bercakap dengan kami seolah-olah ingin menjatuhkan artis mereka.




“Bukan itu sahaja, dia turut mencadangkan artis lain untuk menggantikan tawaran yang diberikan kepada artis mereka. Rupanya tidak lama selepas itu, kami terima berita mereka sudah berpecah.




“Jadi kepada artis, berhati-hatilah mempercayai pengurus anda,” katanya.




Sebelum Ayu, penerbit dan pelakon Dr. Ahmad Idham pernah menegur tindakan pengurus artis yang lebih diva.




Ahmad Idham turut mengatakan beberapa pengurus tidak layak dipanggil pengurus sebaliknya hanyalah seorang pembawa baju dan pemandu kereta sahaja.





Sumber: Utusan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2023 09:22 AM | Show all posts
jadi pengurus nie patut naikkn artis ko.. artis dpt byk job.. ko pn hidup senang.. sama2 kje.. sama2 untung,..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg busuk la dpt pengurus mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 03:59 PM | Show all posts
i rasa mesti dia nak bayar ciput lepas tu bengang pengurus tak nak buat. iyer la pengurus makan commission. rendah artis tu dapat rendah la commission deme.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.039367 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list