CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2086|Reply: 17

'Promote' Produk 3 Saat Catat Jualan RM65 Juta

[Copy link]
Post time 14-11-2023 08:59 PM | Show all posts |Read mode
Beijing: Seorang peniaga online di China mengundang perhatian netizen kerana  kaedah uniknya mempromosikan produk jualan dalam masa hanya tiga saat tanpa menunjukkan sebarang reaksi wajah, lapor portal berita Must Share News kelmarin.


Zheng Xiangxiang menggunakan platform Douyin untuk mempromosikan pelbagai jenis produk.






Dengan teknik luar biasanya itu, wanita tersebut berjaya menjana jualan sebanyak 100 juta yuan (RM64.7 juta) dalam masa hanya tujuh hari.


Taktik pemasaran Xiangxiang amat mudah, iaitu pembantunya menghulurkan kotak mengandungi produk kepadanya, yang kemudian disambut wanita itu dan membukanya.





Dia kemudian menyebut harga produk yang ditunjukkan sebelum menyimpan kembali dan menolak kotak tersebut. Semua pergerakan itu berlaku dalam masa tiga saat.


Menurut portal berita 8Days, meskipun kotak-kotak yang digunakan menyerupai kotak jenama mewah, produk yang dijual berharga kurang daripada 10 yuan (RM6.47).




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2023 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk bideo bole?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada tgk video dia smlm
Cara buka kotak pun special ada style
Kalau baju dia angkat sekejap je, pastu kotak tepis ke tepi
Kalau barang, mcm iron ke, baru dia angkat tunjuk 360° gitu
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Cmnilah best..pantas tnjuk barang sebut harga.
Tak merepek meraban cakap banyak2 macam kebanyakan live melayu..pahtu cakap ulang2..
Tapi yela kena tgk jugak nak tarik viewer
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Menda punya tektik? 65 juta? Sure Chinks ni takda memakai (i.e. pelaris)?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
brg nampak cantik, praktikal dan murah. so kalo dia ganas2 pon xde hal kot haha tp nice cara jualan.stylo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2023 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
ckp pon nada ilex je xyah trjerit² bagai
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 14-11-2023 09:44 PM
Menda punya tektik? 65 juta? Sure Chinks ni takda memakai (i.e. pelaris)?

Produk yang dijual berharga kurang daripada 10 yuan (RM6.47). Ini kot pelarisnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2023 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah satu nya sebab dia lawa!.
Kurus tinggi ramping.
Muka pun lawa.
Baju pun cantik.
Cakap pun tak jerit jerit.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 08:19 AM | Show all posts
buat la button like pastu dpt 3krdt..mls la nk komen2...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 08:27 AM | Show all posts
Selain muka dan body lawa, dia berjaya menjawab persoalan yg paling utama dlm hal jual beli iaitu hargaaaa. Ni kadang nak tanya harga pun dia punya pusing sampai sejam. Kalau bagi pun sipi-sipi...hujung-hujung aaa check inbox ya. Kami dah piyem. Pundek!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 08:56 AM | Show all posts
cuba tukar penyampai berkulit itam
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Sazreena replied at 15-11-2023 08:27 AM
Selain muka dan body lawa, dia berjaya menjawab persoalan yg paling utama dlm hal jual beli iaitu ha ...

Bethol sgt. Angkat barang bagitau harga. Sudei kan senang. Product dia bnyk mcm2 plak tak mustahil la sale lajusss. Suara dia bagi i soothing sedap didengar pastu cara tunjuk brg pun bersahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 09:35 AM | Show all posts


Amenderrr niiiiiiii
Weh aiols pun nak ler. Pelik2 manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kepompong at 15-11-2023 09:57 AM

baju pesen gini ada pearl kat bahu mmg diminati org sana ke? nampak seksi? Sbb kat movie2 chinese kalau pompuan cantik dipakaikan baju gini
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 09:57 AM | Show all posts
allshares replied at 15-11-2023 09:05 AM
Bethol sgt. Angkat barang bagitau harga. Sudei kan senang. Product dia bnyk mcm2 plak tak mustahil ...

Yeszaaa...ni kira pakej dan profesional. Takde la terbangak-bangak nak go in detail bitau USP nye. Angkat kasi tengok pastu bitau rega. Customer nak tengok lelebih gugel je. Bukan susah pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2023 10:02 AM | Show all posts
kepompong replied at 15-11-2023 09:44 AM
baju pesen gini ada pearl kat bahu mmg diminati org sana ke? nampak seksi? Sbb kat movie2 chinese ka ...

agak2 Madammu marah tak pakai pewwrr tak kena tempat?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 10:43 AM | Show all posts
dia jenis straight to the point..kasitau harga terus..nak review balik brg tu pegi je kat list..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.201315 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list