View: 2135|Reply: 12
|
Wanita Disamun, Dirogol, Dibunuh, Mayat Dicampak Dalam Semak
[Copy link]
|
|
Lahad Datu: Seorang wanita yang bekerja sebagai pembuat roti canai bukan sahaja disamun dan dirogol malah dibunuh sebelum mayatnya ditemukan di dalam kawasan semak sebuah kebun pisang di Kampung Pisang, di sini, hari ini.
Mayat wanita warga asing berusia 36 tahun itu ditemukan dalam keadaan separuh bogel oleh ahli keluarganya, pada 8.15 pagi.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu pada 8.26 pagi.
Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati mayat wanita berusia 36 tahun itu ditemukan oleh ahli keluarganya kira-kira 600 meter dari rumahnya.
"Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan separuh bogel dengan kesan kelar di leher, selain luka di bahagian kepala akibat hentakan objek tumpul.
"olis juga tidak menolak kemungkinan mangsa turut dirogol berdasarkan kesan air mani yang ditemukan pada bahagian kemaluannya," katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Selain itu, beliau berkata, polis mendapati telefon bimbit dan wang tunai di dalam dompet mangsa juga didapati hilang dalam kejadian itu.
"Menurut saksi, mangsa yang juga ibu kepada lima anak keluar rumah pada 6.15 pagi untuk pergi bekerja sebagai pembuat roti canai di sebuah restoran.
"Bagaimanapun, pemilik restoran tempat wanita itu bekerja mendapati dia tidak datang berkerja sebelum menghubungi keluarganya. Sangsi dengan makluman itu, ahli keluarga mangsa berusaha mencarinya, sebelum menemukan mayatnya di kawasan semak berkenaan," katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi tujuan bedah siasat dan siasatan lanjut.
Dr Rohan berkata, polis sedang berusaha mengesan suspek dalam kejadian ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya, maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu Asisten Superintendan Khairuddin Husain di talian 013-9071709.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Warga asingkah yang membunuh?... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian nya pada mangsa dan juga 5 anak nya. Semoga pihak JKM memberi perhatian dan membela nasib anak2 ini |
|
|
|
|
|
|
|
Sian la pagi2 keluar nak cari rezeki, tp terserempak setan jahanam |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya lah
Maybe orang yg dikenali kot lama perati dia |
|
|
|
|
|
|
|
Tanah ayer ni dah nak jadik serope Mexico Colombia Venezuela sana ker jenayah kejam yakmat?! |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 14-11-2023 09:19 PM
Kesian nya pada mangsa dan juga 5 anak nya. Semoga pihak JKM memberi perhatian dan membela nasib ana ...
tableh...kena cari keluarga dia@antar kt kedutaan..samada pilipin atau indon. |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 14-11-2023 10:20 PM
tableh...kena cari keluarga dia@antar kt kedutaan..samada pilipin atau indon.
Ok baru perasan yg kena bunuh ni wanita asing. Ingatkan local |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah, kesian dia kuar pagi2 mencari rezeki
Iols suka jalan kaki dan tak kisah jln kaki sorang tp tulaaa kat malaysia ni penjalan kaki takda hak nk berjalan ngn aman.
Kalau apa2 jd mangsa plak yg dipersalahkan.
Sapa suruh jalan kaki sorang2?
Padahal yg salah sapa suruh pi ganggu org yg jln kaki sorang2 tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pergi buang hand beg buang semua watercolor mekap bedak barang sampah itu ganti beg berisi rotan kapak gunting spray paku |
|
|
|
|
|
|
|
zaman now tak selamat sis jalan sorang2
iols teringat pernah dulu malam2 jalan kaki kat jalan syed putra menuju basten klang nak amik bas mini pi balik gombak
puncanya iols amik kelas partime kat uitm pastu bas yg iols naik tu tak lalu basten klang
mujur lah takde org jahat time tu
|
|
|
|
|
|
|
|
haaa ada DNA tu.. hukum gantung lah orang nya nanti |
|
|
|
|
|
|
| |
|