View: 5154|Reply: 47
|
Buat Cerita Tak Boleh Minum Arak Dan Pakai Seluar Pendek, Sanusi Salahkan Menteri Punca Industri Pelancongan Langkawi Semakin Tenat
[Copy link]
|
|
ALOR SETAR: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mendakwa gambaran buruk seorang menteri dan pihak tertentu terhadap industri pelancongan Langkawi menjadi antara punca pelancong tidak memilihnya sebagai destinasi percutian.
Dakwa Menteri Besar Kedah itu, isu seperti larangan minum arak dan tidak boleh berseluar pendek adalah fitnah serta pembohongan yang hanya menimbulkan masalah sehingga menjauhkan pelancong.
Foto: Sinar Harian
"Dia (menteri) kata tak boleh datang Langkawi, tak boleh pakai seluar pendek, yang saya hangat hati kenapa cakap macam itu? Lepas tu dia kata kena bekerjasama dengan dia.
"Kerjasama yang pertama jangan buat publisiti buruk kepada Langkawi oleh semua pihak. Kenapa begitu iri hati dengan Langkawi? Buat cerita yang bukan-bukan, tak ada kebaikan sama sekali," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman.
Media semalam melaporkan Industri perhotelan, kereta sewa dan kedai makan di Langkawi dibimbangi semakin tenat susulan kehadiran pelancong yang semakin merosot kebelakangan ini.
Pengusaha dikatakan berisiko mengalami kerugian berterusan, malah dikhuatiri pulau legenda yang sebelum ini dipenuhi pelancong domestik mahupun antarabangsa setiap kali musim perayaan bakal bertukar menjadi 'pekan hantu'.
Muhammad Sanusi berkata, tindakan memberi persepsi negatif kepada Langkawi akan menyebabkan pendapatan sektor pelancongan negara menyusut.
Katanya, Langkawi sebelum pandemik COVID-19 memberi sumbangan antara RM3 bilion hingga RM4 bilion untuk negara dengan industri pelancongan Langkawi menjadi aset pelancongan negara.
"Sektor pelancongan ini pendapatannya pergi kepada Persekutuan. Kedah cuma tumpang jual nasi, jual coklat, hotel. Cukai perniagaan semua bayar kepada Persekutuan, Kedah kutip cukai pintu saja," katanya.
Muhammad Sanusi berkata, antara faktor lain yang menyebabkan kekurangan pelancong ke Langkawi adalah disebabkan penerbangan terus dari beberapa negara belum bermula kecuali Singapura.
Katanya, sebelum pandemik sebanyak 60 peratus pelancong ke Langkawi adalah dari luar negara, manakala pelancong tempatan hanya menyumbang 40 peratus. -CARI
Sumber: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
X hengen aku pi langkawi sbb ada rohingya kt bukit malut...tgk kat yutiub, perkampungan depa kt sana...mesti korang seriau nk mandi laut, jet ski apa lancau sume tu la kt langkawi sana
Sampah2 dan air kumbahan dr bkt malut masuk ke laut |
|
|
|
|
|
|
|
elok jer aku pi minggu lps....penuh je org kat cenang. Tapi aku ni klu boleh tepi laut tak yah la pacak2 kedai atau hotel, org nak tgk laut bukan nak tgk kedai. |
|
|
|
|
|
|
|
Pi rahhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke Dulu penega kat Sana tekan Rega gila gila |
|
|
|
|
|
|
|
semua salah menteri
padahal sbb yahudi bertapak di langkawi
yahudi klu pg pun terkejut cilaka harga merayu |
|
|
|
|
|
|
|
Langkawi da kena cash,
Satu2 da kena sumpahan mahathir tanpa heols perlu berbuat apa2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tp at least la...have to ensure langkawi is affordable la for macik nak shopping pinggan mangkuk...
And yup...kose la kan nak gi bercuti dr selayang...ngk2 kt langkawi pun berlonggok rohingya...mmmphhh |
|
|
|
|
|
|
|
Aku yg xminum arak dan xpakai seluar pendek pun xmo pi nusi weh! |
|
|
|
|
|
|
|
Time pelancong berebut nak pergi, tekan harga dan macam-macam dia buat kat pelancong yang pergi.
Bila dah tak ramai nak pergi, merayu-rayu tapi planning takde/tak seberapa. Karang pelancong yang kesian gi jugak Langkawi tu 'terkena' pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
benda paling senang..salahkan org lain...gitu je la mentaliti mb korang.. |
|
|
|
|
|
|
|
kembalikan Atok jadi MP langkawi! |
|
|
|
|
|
|
|
Tibah salahkn org lain.
Ckp depan cermin kettewwww |
|
|
|
|
|
|
|
Mengada. Harga barang mahal. Dengan feri macam harey. Buat la jeti ketengah sikit, ini asyik la sangkut. Roro kereta dah la terhad dan mahal nak mampus. Gengster pegang pun menteri tak buat apa. Koh samui tu relax je harga feri besar murah. Setiap jam ada bawak kenderaan dan penumpang. Pengusaha feri, kereta sewa, makanan, ikan siakap langkawi semua tamak. Kalau bina reputasi baik, harga masuk akal.. ramai je nak pergi sana. Hal rohingya bukit malut pun takde tindakan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kau ceredik ler sikit buat bisnes lehanat hei! Kau berjiran dengan Thai takkan ngkau tak compare offer ngkaw ngan offer deme? |
|
|
|
|
|
|
|
dari langkawi org lajak sikit pg krabi. phuket.
langkawi x best dah. the road tak maintain, penuh sampah lalang. makanan mahal. kata la nak masak2 kalau duduk airbnb, ayam daging kena tunggu kapal masuk baru ada.
so serba serbi tak best. |
|
|
|
|
|
|
|
nuryakmal replied at 9-11-2023 09:44 AM
dari langkawi org lajak sikit pg krabi. phuket.
langkawi x best dah. the road tak maintain, penuh sa ...
Hr tu i gi phuket, part paling best naik bot ke james bond island, bot kayu lalu celah2 pulau kecik, air tenang je, pastu gi mkn dkt muslim village apa tah, buffet mcm hotel atas air semua, masjid pun ada, beli pearl murah rega.
Dekat phuket itself pun best makanan sedap ya amat, restoren muslim dressing sebijik mcm kita, cuma dorang tak fasih ckp melayu. Public toilet siam pun bersih2 kalah tmpat kita. |
|
|
|
|
|
|
|
jgn salahkan org lain sanusi...kos percutian ke langkawi semakin tinggi, tiada excitement di sana...cuba buat pelancongan yg menarik dunia |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke sbb mahal?
Rata2 org bitau sana mahal sbb tu org kurang minat.
Harga nutella kat kedai 99 pun lagi murah drpd kat langkawi |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan Langkawi aje. Melancong dlm negara sendiri pun mahal. Bagus pegi negara orang |
|
|
|
|
|
|
| |
|