View: 2836|Reply: 23
|
Nak Buang Pendamping, Bomoh Rogol Anak Jiran Sampai Hamil
[Copy link]
|
|
MUAR – Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan merogol dan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan sehingga hamil, antara November tahun lalu sehingga Julai tahun ini.
Tertuduh, Zemi Rahim, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suaibon.
Pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga merupakan anak kepada jiran.
Foto: Kosmo
Perbuatan keji itu dilakukan tertuduh di dalam sebuah bilik air sebuah rumah di Kampung Tengah Paya Redan, Pagoh di sini, November 2022.
Kesalahan itu dikemukakan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum Seksyen 14 akta yang sama.
Manakala bagi pertuduhan kedua hingga keempat, lelaki itu didakwa merogol remaja itu di tempat yang sama, antara November 2022, April dan Julai 2023.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Daniel Munir tidak mencadangkan sebarang jaminan memandangkan kesalahan dilakukan lelaki yang juga mengaku seorang jurulatih Muay Thai adalah serius.
Dalam hujah pendakwaannya, hubungan antara tertuduh dan mangsa adalah sebagai pengamal perubatan dan pesakit yang mana perbuatan terkutuk tertuduh itu telah menyebabkan mangsa hamil empat bulan.
Bagaimanapun ujarnya, sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara, Danial mencadangkan jumlah jaminan RM7,500 bagi setiap pertuduhan serta beberapa syarat tambahan termasuk menyerahkan pasport kepada mahkamah serta tidak berkomunikasi dengan mangsa.
Irwan kemudian tidak menawarkan sebarang jaminan dan membenarkan syarat tambahan oleh pihak pendakwaan.
Mahkamah turut menetapkan 12 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan dan lantikan peguam.
Tertuduh sebelum ini pernah didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas tuduhan mencabul seorang pelajar perempuan lain dengan alasan untuk membuang ‘pendamping’. – CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mesti bomoh tu buat Alasan
Nak buAng pendamping kena masuk kepala bana dia dalam Faraj budak tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah buat tak nak ngaku pulak? Senangnya ya! |
|
|
|
|
|
|
|
Astaga PTSD ya dirogol golum sebegitu! |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh dan melampau betul bomoh ni... rogol anak orang lepas tu pancut dalam
dah hamil .. menyusahkan orang yang kena rogol keluarga dia dan anak itu |
|
|
|
|
|
|
|
Bomoh betul ke bomoh setan ni???mmg jenis mngambil kesempatan kalo ada pesakit pompuan ke camne mmg x guna betul la,kesian pada mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
tengok jantan ni teringat kes jantan terlepas sabitan kes rogol sebab tak pakai zakar, tapi pakai tangan berlumuran air mani jolok jolok sampai mangsa pregnant. power tak power la lawyer jantan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak pak budak tu yg bawa jumpa ka camne ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sukacactus at 9-11-2023 07:49 AM
Setan la bomoh hantu ni |
|
|
|
|
|
|
|
kaedahnya replied at 9-11-2023 05:06 AM
tengok jantan ni teringat kes jantan terlepas sabitan kes rogol sebab tak pakai zakar, tapi pakai ta ...
Siyes la hakim blh percaya ckp loyer tu? Cmne dia blh yakinkan hakim x guna kpla bana, mmg terer loyer ni |
|
|
|
|
|
|
|
Apa jadi dgn anak jiran yg peknen tu? Sian lahai umur budak lagi peknen anak si tua ni. Gugurkan je la, nak carry on sian betul muda2 kena gini. |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 9-11-2023 08:10 AM
Siyes la hakim blh percaya ckp loyer tu? Cmne dia blh yakinkan hakim x guna kpla bana, mmg terer l ...
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=875241&extra=&ordertype=1&mobile=2
aku pun tatau cemana depa boleh prove tak ada penetration tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 9-11-2023 12:10 AM
Siyes la hakim blh percaya ckp loyer tu? Cmne dia blh yakinkan hakim x guna kpla bana, mmg terer l ...
Memang hakim ada yang bengong. Teringat aku cerita porumer, masa dia praktikal bos dia (loyer) menang kes untuk anak guam. Kes pedo melibatkan budak umo 8 ka 9 tahun. Hujah yang buat meka menang; anak guam tu tak salah sebab budak tu pakai seksi pehtu dok atas peha dia. Dia teransang jadi dia rogol la budak tu.
True story di Malaysia ini katanya. Aiol syak hakim pun pedo. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 10-11-2023 07:11 AM
Memang hakim ada yang bengong. Teringat aku cerita porumer, masa dia praktikal bos dia (loyer) men ...
Hadoi!.....hakim ni jenis lurus bendul gamaknya? Pakai seksi ka pakai selubung ka klau dh ada niat nk rogol tu dh dikira amang seksual. Bdw mcmna mangsa blh ddk atas paha perogol x kan mangsa serah diri plk |
|
|
|
|
|
|
|
nak dapat free sex jadilah bomoh... tapi kena pandai ejas la tapi ada risiko kena tangkap la.. |
|
|
|
|
|
|
|
kemurungan la baca berita gini....
setan betul perangai..... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 10-11-2023 04:10 AM
Firenzza replied at 10-11-2023 01:02 AM
Hadoi!.....hakim ni jenis lurus bendul gamaknya? Pakai seksi ka pakai selubung ka klau dh ada niat ...
Mangsa tu kenal perogol tak silap aku. Macam family friend gitu. Anak guam punya argument termasuklah mangsa goda dia. Hanat betul...Tapi porumer tu kata bos dia jenis loyar sanggup buat apa saja untuk menang. Lupa betul aiol sapa porumer tu. Rasanya ada ja dia aktif sini. Mohon reveal diri kalau terbaca post ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Heiiii, ngkaw sedar tak diri ngkaw tue dah tua nak mampos?! |
|
|
|
|
|
|
| |
|