Seorang pelakon lelaki dikhabarkan sudah banyak kali kantoi skandal.
Menerusi ruangan gosip Cik Bunga, aktor tersebut tak boleh kalau tak ada wanita dalam hidupnya.
Kalau lama tinggalkan isteri, laju saja ada skandal di sana sini. Modal cuma guna wajah elok dan gelaran artis.
Jual itu saja, mana perempuan gedik tak nak tolak walaupun tahu dia berstatus suami orang.
Kemudian, agaknya kerana sudah lama berang dengan perangai suami yang kaki perempuan, si isteri pun nak juga buat benda sama.
Kebetulan, jumpa pula bekas teman lelaki. Jiwa tengah celaru, apa lagi, konsepnya cinta bertaut kembali lah.
Tetapi yang hairannya, kalau sudah tak ada hati kenapa masih nak teruskan hubungan suami isteri sehingga tergamak buat benda haram dengan adanya kekasih gelap masing-masing?
Lagi satu, apa pula kata anak-anak yang semakin membesar? Anak-anak sekarang cerdik pintar tahu.
Selama mana nak membohongi anak-anak? Harap kedua-duanya sedarlah dengan perbuatan salah mereka itu. Harap hati mereka dijentik Tuhan.
Sumber: Utusan
|