View: 6513|Reply: 8
|
Lelaki Bunuh Diri Kecewa Isteri Berulang Kali Curang Dengan Majikan
[Copy link]
|
|
China: Seorang lelaki nekad membunuh diri selepas menangkap isterinya curang dengan bosnya berkali kali.
Tribun News melaporkan, Zeng Zhi dan Liu Ling sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak, namun kehidupan mereka sekeluarga bergantung kepada Zeng Zhi seorang kerana isterinya yang tidak bekerja.
Melihat isterinya sudah lama tidak bekerja, Zeng Zhi meminta rakannya untuk mencarikan dia kerja kecil-kecilan di Biro Pengurusan Bandar tempatan.
Namun, apabila isterinya sudah bekerja, dia mula jatuh cinta dengan bosnya yang lebih tua dengan perbezaan umur 14 tahun.
Sebelum ini, Zheng Zhi pernah menangkap isterinya curang namun dia tetap memaafkannya kerana tidak boleh hidup tanpa isteri dan tidak mahu anak-anaknya kekurangan kasih sayang.
Walau bagaimanapun, Liu Ling masih mengulangi kesilapan yang sama dengan berulang alik ke hotel bersama bosnya.
Apabila mengetahui perkara tersebut, Zheng Zhi memutuskan untuk pergi ke pejabat Yang dan bertanya mengenai hubungan sulitnya dengan isterinya. Tanpa rasa bersalah, Yang memberitahu bahawa Zeng Zhi tidak mampu dan tidak pandai untuk menjaga isteri.
Disebabkan terlampau kecewa, Zeng Zhi membuat keputusan untuk membunuh diri dengan meminum racun perosak.
Walaupun dia dibawa ke tiga hospital berbeza untuk rawatan kecemasan namun, cecair yang diminum Zeng Zhi mempunyai kandungan toksik yang terlalu tinggi, sehingga memberi kesan serius pada organ dalamannya dan akhirnya dia meninggal dunia.
Sumber: Oh Bulan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Adoi,patutnya ko ceraikan je pompuan tu,pastu bagi satu penumbuk kat muka bos dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Sayang sgt sampai sanggup mati eh. |
|
|
|
|
|
|
|
begitu punya org pun ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yang yang rugi? Kasihan kepada anak-anak |
|
|
|
|
|
|
|
Buat apa bunuh diri, bini dia hepi2 leh terus berskandal ngn boss pas dia tak de. Cerai & move on je... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pasal² bos bini dia dapat harta pusaka si mati |
|
|
|
|
|
|
|
cara penulisan seolah suatu cerita, tetapi ia tamat begitu sahaja tanpa closure |
|
|
|
|
|
|
| |
|