CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2051|Reply: 8

Kongsi Gelap Rekrut Pelajar Sekolah Di Johor

[Copy link]
Post time 1-11-2023 03:46 PM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, geng kongsi gelap di negeri ini semakin berleluasa merekrut ahli baharu membabitkan pelajar sekolah untuk terlibat melakukan aktiviti jenayah kumpulan terbabit.


Mereka  ini semakin ‘besar kepala’ dalam merekrut ahli baharu sehingga bertindak membelasah pelajar yang enggan menyertai mereka.


Gambar hiasan




Beliau berkata, pihaknya mengesan dua kejadian pelajar sekolah menengah dipukul dan direkrut untuk memasuki kumpulan kongsi gelap bernama Geng Hong Hong San dan Ngo Sek Kee.


Katanya, pihaknya turut mengesan satu video berdurasi 41 saat mengenai kejadian pergaduhan yang tular di media sosial antara dua kumpulan lelaki tempatan di Muar, baru-baru ini.


“Bertindak atas maklumat tersebut, pada 5 hingga 22 Oktober lalu, satu operasi dilancar dibawah Op Cantas terdiri daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Bahagian Siasatan Jenayah (D7) Kongsi Gelap Bukit Aman dan Bahagian D7 Kontinjen Johor bagi menangkap ahli-ahli kongsi gelap yang terlibat.


“Operasi yang turut disertai Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, Tangkak, Batu Pahat, Kluang, Iskandar Puteri dan Kulai melakukan beberapa siri tangkapan di Selangor, Pahang, Melaka, Muar dan Johor Bahru.


“Hasil serbuan berjaya menangkap seramai 25 lelaki tempatan berusia diantara 14 hingga 58 tahun yang merupakan ahli Geng Hong Hong San, Ngo Sek Kee dan juga Gee Ah Eng,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.


Bagi kes merekrut pelajar sekolah, Kamarul Zaman berkata, beberapa geng kongsi gelap di negeri ini telah dikenal pasti melakukan perbuatan yang menggalakkan kepada gengsterisme dalam kalangan pelajar.


Mengulas mengenai video tular itu, beliau berkata, siasatan awal mendapati pergaduan berpunca akibat perselisihan faham menyebabkan mereka bertengkar mulut yang membawa kepada pergaduhan di majlis sambutan Moon Cake Festival di sebuah premis kedai kopi di Sungai Abong.


Katanya, hasil pemeriksaan tubuh badan mendapati tiga suspek mempunyai tatu yang ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2023 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
semua 'nama cina' la pulok...biasa orng cina baik2 belaka..meniaga..cari wang saja.konpius aku
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah bertahun merdeka still x dpt hapuskan kongsi gelap kat msia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 1-11-2023 06:39 PM
semua 'nama cina' la pulok...biasa orng cina baik2 belaka..meniaga..cari wang saja.konpius aku{:1_55 ...

Lahh kongsi gelap mereka lah plg kuat dan lama. Cuma skrg mereka berevolusi dan nmpk lebih profesional dan teratur. Chuols kalo ada masa g lah tgk telegram edisi siasat tu utk dpt perspektif berbeza
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 1-11-2023 08:18 PM
otai_g replied at 1-11-2023 07:05 PM
Dah bertahun merdeka still x dpt hapuskan kongsi gelap kat msia ni.


munkinkah...ada 'penaung' yg kuat cam kongkek spa,mesin judi dan scammer tu???
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 1-11-2023 07:33 PM
munkinkah...ada 'penaung' yg kuat cam kongkek spa,mesin judi dan cammer tu???

Sudah semestinya. Open secret. Shh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2023 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiran lama aku dl uncle tu siap bertato kongsi gelap... zmn2 polis cr kongsi gelap kat Johor ni dia siram pokok bunga pun pakai baju..kalo x berlenggeng je...tp dia x kaco kami..jd x de mslh pun...last week p tournement anak aku..org melayu bertato berlilit lengan kiri kanan..master wusyu relax je x bertato,rambut blond mcm Britney spears..hehehe.. pelik2 je tgk org yg tau kabel beso sana sini..leh sekali hentak je pun alahai berblond abis..x de tato..x de ganaz2 pun..yg anak2 ikan ni la yg nampak ganaz nye
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu pun ada juga yang garis garis tu. Lepas tu budak sekolah kemain bangga berani buat salah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2023 07:47 PM | Show all posts
mana2 negara yang sempadan dgn city besar dari negara lain, memang akan ada kongsi gelap besar menguasai kawasan itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.579088 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list