CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4483|Reply: 59

[Tempatan] Padi Selangor Lebih Berisi, Hasil Tertinggi Dalam Negara

  [Copy link]
Post time 1-11-2023 07:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by B40tastePosh at 1-11-2023 07:10 AM








Sawah padi Sekinchan mencapai penghasilan 12 tan per hektar berdasarkan data Perangkaan Agromakanan 2018 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Foto Ihsan Tourism SelangorAGENDABERITA UTAMANASIONALPENDAPATRENCANA
Padi Selangor lebih berisi, hasil tertinggi dalam negara[size=1.2]by Nadiah ZamlusOctober 30, 2023  9:42 am


[size=1.5]
Sekinchan mempelopori hasil padi tertinggi dalam negara apabila merekod 12 tan setiap hektar berbanding negeri lain sekitar empat tan berdasarkan data Perangkaan Agromakanan 2018 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Negeri dengan jolokan Jelapang Padi, Kedah hanya menghasilkan 4.45 tan per hektar manakala Perak 3.57 tan. Purata pengeluaran bagi Semenanjung Malaysia pada 2018 adalah 4.31 tan per hektar.
Menurut pakar pertanian dari Institut Sains Biologi Universiti Malaya, Prof Madya Dr Muhamad Shakirin Mispan, selain faktor tanaman lima musim dalam dua tahun berbanding empat musim di negeri lain, tatacara operasi piawai (SOP) penanaman juga rapi.
Majoriti pesawah di Sekinchan teliti daripada peringkat penyediaan tanah, penggunaan benih berkualiti, pembajaan teratur hingga kaedah mencegah serangan rumpai dan serangga perosak.
Kejayaan itu mahu dicontohi Sarawak. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom mengakui kaedah penanaman di Sekinchan cukup maju.
Beliau juga mendapati Sekinchan mempunyai 75 peratus Tahap Sara Diri (SSL) pengeluaran padi sekali gus memberi pendapatan baik kepada pesawah.
“Jadi, itu akan menjadi hala tuju kami, saya akan terus meminta pegawai saya untuk pelajari dan mengkaji terutama apa yang mereka (di Sekinchan) lakukan,” katanya pada 9 Jun.
Pakar pertanian Institut Sains Biologi Universiti Malaya, Prof Madya Dr Muhamad Shakirin Mispan. Foto Ihsan Prof Madya Dr Muhamad Shakirin Mispan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu juga mendapati Selangor mengaplikasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dan internet kebendaan (IoT) bagi meningkatkan hasil tuaian.
Dr Muhamad Shakirin yang mengkaji pengurusan tanaman padi sejak 17 tahun lalu turut mengakui amalan baik petani Sekinchan dan wajar dijadikan panduan umum serta penanda aras kepada pesawah seluruh negara untuk meningkatkan hasil.
“Infrastruktur sawah khususnya pengairan berkesan dilihat sebagai satu kelebihan bagi Sekinchan dan pesawah menggunakan kelebihan ini untuk menghasilkan padi yang lebih baik,” katanya kepada Selangorkini pada 21 Oktober.
Bantuan kerajaan
Pembangunan itu turut disokong Kerajaan Negeri yang berbelanja kira-kira RM8.9 juta kepada lebih 9,000 pesawah sepanjang tahun ini.
Menurut EXCO Pertanian Ir Izham Hashim, peruntukan tersebut bagi memastikan hasil tanaman lebih baik sekali gus menambah pendapatan pesawah.
“Kita memberi bantuan RM300 untuk setiap hektar kepada petani dibayar yang secara tunai supaya mereka dapat tingkatkan hasil padi dan bantuan dalam bentuk benih bernilai RM200.
“Ini bukti bahawa Kerajaan Selangor tidak pernah mengabai sesiapa termasuk golongan petani dan pesawah kerana kita mahu ekonomi negeri ini dinikmati semua penduduk,” katanya.
Pada masa sama, sektor pertanian itu dimodenkan. Penanaman secara mencedung (transplanter) juga dilakukan. Kaedah menabur biji benih atau menanam anak pokok padi secara manual tidak lagi digunakan. Mencedung bermaksud benih padi disemai terlebih dahulu di tapak semaian. Apabila anak padi mencapai tahap sesuai, ia ditanam menggunakan jentera.
Dr Muhamad Shakirin tidak menafikan isu bekalan beras negara kerap menjadi perhatian utama. Terbaharu, kekurangan beras dan kenaikan harga beras import disebabkan keputusan 18 negara menghalang atau mengehad eksport beras.
Dengan lebih 30 peratus keperluan beras Malaysia diimport, negara terdedah kepada risiko ketergantungan yang boleh membawa kepada krisis makanan dalam jangka masa terdekat. Justeru, penting untuk mencapai 100 peratus SSL bagi bekalan beras.
“Meskipun Sekinchan berjaya membuktikan mereka mampu menghasilkan hasil padi yang tinggi, kejayaan mereka masih belum tersebar ke kawasan lain di Selangor seperti di Sawah Sempadan.
“Kerajaan boleh menumpukan kepada kawasan ini supaya ekosistem Sekinchan berkembang dan bukan tertumpu kepada satu titik kelompok sahaja,” kata Dr Muhamad Shakirin yang pernah membentang hasil kajian di Amerika Syarikat, Jepun, China dan United Kingdom.
Beliau juga menggesa supaya disiplin tanaman padi Sekinchan diperluas ke Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor. Usaha boleh dijalankan melalui galakan kepada pesawah muda serta memperkenal teknologi pertanian terkini.
“Saya sentiasa percaya jika semua kawasan penanaman padi negara diusahakan dengan berkesan, penghasilan padi negara mampu mencapai 100 peratus tahap SSL.
“Pada masa sekarang, Sekinchan mampu mencapai penghasilan 12 tan per hektar ketika purata hasil negara empat tan per hektar. Jika purata ini ditingkat kepada lapan tan menggunakan kaedah dan teknologi dari Sekinchan, saya yakin 100 peratus SSL dapat dimateri,” tegasnya.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2023 07:34 AM | Show all posts
kalo x silap akau sekinchan ramai pesawah cine
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
So time bila paling cantik nk bwk pegi tgk?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Selangor tak de kartel sorok beras ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 08:05 AM | Show all posts
ini lah berita yg kurang tepat....dapat 12 tan sehektar tapi cuba kira kos operasi utk sehektar berapa????. tak nak tanya pesawah sana berapa 'tan' racun sembur?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
ramai je pesawah melayu kat sana.
sg hj dorani tu ada je yg tanam padi beras wangi.. mmg sgt berkualiti cuma tk tanam byk petak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2023 08:10 AM | Show all posts
mohon macai nusi beri sepatah 2kata
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Sanusibat tersakiti kettewww?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2023 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini tahun bila punya ni...berita tahun ni kata Selangor punya penghasilan tahun ni paling teruk ..google je berita tu. Ranking no 1 bendang kat Penang no 2 kat ganu..negeri paling top 5 penghasilan padi x masuk pun negeri selangor
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 09:08 AM | Show all posts
cuba wei beras wangi jenama berkat.. mmg dari sini beras tu

sedap, wangi.. tp sayang xder jual 5kg or 10 kg..diorg jual 2kg / 1kg jer..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 09:39 AM | Show all posts
hareeeesah replied at 1-11-2023 07:53 AM
So time bila paling cantik nk bwk pegi tgk?

pergi time hijau pun cantik.. nanti try lalu WCE sampai jambatan baru bagan datoh tu (buleh buat port healing lepak atas tu layan angin/kopi),


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2023 10:28 AM | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 1-11-2023 10:32 AM
grouper replied at 1-11-2023 08:30 AM
Ini tahun bila punya ni...berita tahun ni kata Selangor punya penghasilan tahun ni paling teruk ..go ...

Dah berpuluh tahun ranking pengeluaran per hectare Padi Selangor No.1 di Malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2023 10:30 AM | Show all posts
hareeeesah replied at 1-11-2023 07:53 AM
So time bila paling cantik nk bwk pegi tgk?

Time ni dah masuk tanam semula...dah boleh start pergi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2023 10:33 AM | Show all posts
cutieslilies replied at 1-11-2023 09:08 AM
cuba wei beras wangi jenama berkat.. mmg dari sini beras tu

sedap, wangi.. tp sayang xder jual 5kg  ...

Ye, boleh buat lawatan ke Kilang Padi Berkat  terus untuk beli beras tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 11:50 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 1-11-2023 10:33 AM
Ye, boleh buat lawatan ke Kilang Padi Berkat  terus untuk beli beras tu

nak lawat tu maleh..order online jaa.. kechingggg sampai...

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 1-11-2023 08:30 AM
Ini tahun bila punya ni...berita tahun ni kata Selangor punya penghasilan tahun ni paling teruk ..go ...

Itu pengeluaran purata sehektar. Penang mmg no 1.

Selangor ni area Sekinchan saja yg tinggi. Area lain still pengeluaran 4 tan lebih per hektar. So purata satu negeri jadi rendah.

Petani terutama melayu susah nak berubah & terima teknologi baru. Usaha zakat kedah ambil alih tanah sawah terbiar disana & usahakan secara besar2 an mmg terbaik. Nak harap MB, yg dia tau claim kredit usaha org.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2023 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 1-11-2023 12:11 PM
Itu pengeluaran purata sehektar. Penang mmg no 1.

Selangor ni area Sekinchan saja yg tinggi. Are ...

Kiranya petani melayu dah start berubah la klau ikut latest data..petani cina sekinchan yg dibanggakan tu dah kalah ngan petani melayu Penang ngan ganu..yg tuan tanah post tu cite 5 tahun sudah
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 01:26 PM | Show all posts
Tahniah slangor sbb takde kartel walaun subahat dgn MB sorok beras mcm kedah..






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by apam at 1-11-2023 01:37 PM
B40tastePosh replied at 1-11-2023 10:33 AM
Ye, boleh buat lawatan ke Kilang Padi Berkat  terus untuk beli beras tu


Ko tak tanam padi ke nobito?
Sawah padi di sekinchan, sg besar, sbak brnam memang cantik
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah selangor! Bukan macam negeri walaun semakin menjauhi dari pertanian & penanaman padi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.076012 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list