View: 1794|Reply: 20
|
Isu Pergolakan Palestin, Mindef Siap Sedia Hantar ATM
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan (Mindef) sudah bersiap siaga menghantar pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekiranya Kementerian Luar membuat keputusan mengenai isu pergolakan Palestin.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, anggota itu juga termasuk pasukan pengaman Malaysia Battalion (MALBATT) yang sedang bertugas di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).
Bagaimanapun katanya, setakat ini, tiada sebarang keputusan dibuat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar tentera pengaman ke Palestin.
Datuk Seri Mohamad Hasan
"erkara berhubung perkembangan terkini Palestin sudah dijelaskan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ketika sesi penerangan pada 16 Oktober lalu.
"Keputusan menghantar tentera pengaman secara sepihak (uniteral) ke sesuatu kawasan bergolak bukan keputusan mudah dan memerlukan penilaian pelbagai pihak termasuk Kementerian Luar, pandangan negara bergolak atau kritikal dan paling utama perlu mendapat mandat jelas daripada PBB," katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2024 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.
Mohamad berkata, pada ketika ini, MINDEF mengikuti perkembangan Palestin secara dekat di samping Malaysia komited memberi sokongan terhadap usaha mencapai keamanan sejagat di bawah panji PBB.
"Sehubungan itu, MINDEF akan memberi kerjasama penuh kepada Kementerian Luar jika diperlukan bagi membantu urusan evakuasi rakyat Malaysia di kawasan terkesan di samping memantau tahap keselamatan anggota MALBATT di Selatan Lubnan," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, katanya, sejak 1960, ATM terbabit 37 misi sama ada sebagai tentera pengaman atau tentera pemerhati seperti seperti misi pengaman di Congo, Namibia, Somalia, Kemboja dan Bosnia Herzegovina, Timor Timur dan terbaharu, selatan Lubnan.
"Sehingga kini ATM masih terbabit dalam lima misi antarabangsa di bawah Misi PBB, iaitu satu Misi Pengaman Lubnan mulai 2007 dan empat misi pemerhati Peluru Berpandu Penstabilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Republik Demokratik Congo Congo (United Nation Organization Stabilization Missil DR Congo) sejak 2000.
"Tiga lagi pembabitan anggota ialah menerusi misi, Sahara Barat (MINURSO sejak 1991, United Nations Interim Security Force for Abyei (UNISFA) di wilayah Abye sejak 2006 dan Yaman sejak 2021," katanya.
Mengenai saranan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) untuk menyuarakan cadangan kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC, Mohamad berkata Malaysia tertakluk kepada PBB.
"Tentera pengaman perlu melalui PBB dan kita (MINDEF) perlu tunggu Kementerian Luar, kita akan ke sana jika ada keputusan," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Bring it on!
Moga keselamatan dan kemenangan berada di pihak yang benar aminn. |
|
|
|
|
|
|
|
Hntr tanpa senjata mcm dlm filem paskal? Jgn taruhkan nyawa tentera kita |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk ja gempaq.
Baca pelan2 ya acik2 control kalau nak inzal. Tentera pengaman PBB, dah aman baru pergi.
Kalau resolusi cease fire pun tak lulus, ko nak pergi macam mana.
Pandai tok mat hasan cakap berlapik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 31-10-2023 05:58 PM
Tajuk ja gempaq.
Baca pelan2 ya acik2 control kalau nak inzal. Tentera pengaman PBB, dah aman baru ...
PBB tu siapa ketuanya.
Takkan senang2 tentera yg bawah payung UN (UNIFIL), diaturgerak utk berkhidmat selain dari yg UN plan? |
|
|
|
|
|
|
|
ni hntr pengaman bwh UN je kan serupe mcm hntr kat Bosnia atau Somalia, nothing new..xpyhla nak terpancut awal atau mlompat kegirangan. Hatta nak boycott apps yahudi dlm telipon masing2 pun xmampu perghhh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 31-10-2023 06:32 PM
SEharusnya ATM dikirim bukan hanya sebagai pasukan perdamaian PBB .. tetapi langsung berperang dengan Israel ....
Ingat dari semua tentera negara islam .. hanya tentera melayu diraja malaysia keturunan Nabi Ibrahim dan Keturah saja yang ditakuti dan mampu dan handal membuat tentera Israel lari terbirit-birit bersembunyi di dalam bunker mereka ... |
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya: Edited by nusaraya at 31-10-2 ...
Serius la? Iols sampai sekarang tak percaya pasal ni walaupun ada ustaz2 melayu kononnya bangga kita ni bani tamim la, imam mahdi di kalangan orang melayu la, israel lehnat takut dengan orang melayu la. Sebab realiti menunjukkan sebaliknya je
|
|
|
|
|
|
|
|
Binodino replied at 31-10-2023 06:35 PM
Serius la? Iols sampai sekarang tak percaya pasal ni walaupun ada ustaz2 melayu kononnya bangga ki ...
Hahahah. Dah berapa lama main porem? Dia sarcastic je la |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g: Hntr tanpa senjata mcm dlm filem paskal? Jgn taruhkan nyawa tentera kita
harap takde dia ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Nurul8001 replied at 31-10-2023 06:52 PM
Hahahah. Dah berapa lama main porem? Dia sarcastic je la
Baru beberapa bulan. Selama ni SR |
|
|
|
|
|
|
|
Adoiii.
Hold la dulu.
Biar reda sikit.
Bawak balik malbatt yg kat lebanon tu dulu.
Lama duduk sana tak boleh nak balik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu lepas habis perang dulu, baru boleh hantar tentera pengaman..Nak mampus kena bom israel kalau pergi sekarang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa nak ada tentera pengaman pulak? Palestin dijajah Israel...UN pun tak berani kacau.
Kalau tak, dah lama ada peacekeeping force macam Lebanon tu.
Semua nak tunjuk prihatin, terpaling beri sumbangan...padahal bukan real solution pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Askar kita hanye boley lawan Sulu & lanun Somalia je. Mana boley declare perang against mana2 negare lain. Askar kita leh dok dalam negare je. Jage rakyat. Betol tak cakap aku ni?
Ce cube muntri terangkan betol2. Usah dok main wayang. |
|
|
|
|
|
|
|
Tentera pengaman yg dimaksudkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Geng2 peminat militer kata msia byk kali ada hantar special forces kita buat black ops..ops rahsia yang x didedahkan..antara misi black ops yg terlibat kat Bosnia sampai special forces negara kuasa2 besar pun respect sgt |
|
|
|
|
|
|
| |
|