CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sol

6 billion utk 6 kapal TLDM

[Copy link]
Post time 9-2-2011 03:22 PM | Show all posts
Reply  supergripen

Tony Pua tu mmg mcm tu dia iri hati kalau ape2 peruntukan utk ATM, dia sllu b ...
hana82 Post at 7-2-2011 17:49



    dia pancing jerk tue....bila orang tersentak ....diaorang bentang fakta...letak tue, letak nie, bentang nie, tunjuk tue tunjuk nie....


yang tengok......musuh negara....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2011 03:38 PM | Show all posts
1) dah tau ke kapal nie base on model ape? Meko ke? Gowind?
2) kalo Meko cam tak logik plak bayar smpi 6 Billion sbb kita kan dah beli blueprint kapal tu. Bukan ke skali ngan ToT ke masa beli dulu? nape tak mass production je?
3) Peranan kapal baru ni? antisubmarine? antiair ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 04:25 PM | Show all posts
tony puaka ni macam tak ada jatidiri sebagai warganegara,
sibuk sensasikan perkara yg dia sendiri tak jelas.

tony puaka jelas amat dangkal bila membandingkan kos kapal ronda kecil dengan
projek sgpv yg lebih merupakan mini korvet atau hampir sekelas friget ringan ini.

sekalipun dilihat besar, kos tersebut adalah anggaran untuk keseluruhan program
termasuk prasarana, pewujudan vendor, sistem dan kelengkapan menyeluruh
dan bukannya kos 1 billion bagi pembelian setiap satu unit kapal yang dah tersedia daripada syarikat luar negara

anak didik PAP ni jenis mulut longkang dan
patut dihantar masuk program PLKN siri khas, khusus untuk ahli parlimen
atau dun yang terencat seangkatan dengannya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 09:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by hijazzains at 9-2-2011 21:34

lantak kamilah persoal harga NGPV...kalau kite percaya sangat kat kerajaan pehal taik kucing equipment tentera kite..kalau kita persoal...dpt jimat RM1 juta pundah syukur alhamdulillah.

Tengok pada artikel nampaknya SGPV umpama satu projek ekonomi lebih daripada satu lonjakan kepada pertahanan negara..tengoklah..banyak fokus kat 'vendor-vendornya'..tak kisahlah SGPV ni nanti takde meriam, misil..janji 'vendor-vendor' kenyang makan duit caj skru M13 10 kali ganda harga asal atau gune tin Milo ganti Molybdenum bina badan SGPV nanti.

Ingat amin shah..kita tak sewajarnya membiarkan projek meningkatkan pertahanan negara tergendala akibat segelintir kroni rakus.Kalau tidak persoal boleh terjadi lagi dan yang rugi kita..yg kroni cam Amin Shah bleh saja lari ke UAE buat tak tahu siap bajet alim lagi!!!

Kami bukan Tony Pua!Kami mahu negara jadi kuat bukan lemah.ingat bukan chauvinis sahaja boleh melemahkan negara, ketidakcekapan dan rasuah juga boleh!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 12:34 AM | Show all posts
lantak kamilah persoal harga NGPV...kalau kite percaya sangat kat kerajaan pehal taik kucing equipme ...
hijazzains Post at 9-2-2011 21:30


nak persoal pun agak2 la..jgn main taruk jer...sebab tak suka kat pihak lawan suma benda yg lawan buat tak betul...

kena ingat setiap project ada risiko dia..

dan saya rasa untuk project baru ni kerajaan dah ckp akan pantau secara dekat dan bayaran pun ikut progess..satu pelajaran yg dorang dapat dari kes amin shah tu..lagi satu dlm kes SGPV ni kerajaan bagi kat ssyarikat yg dapat selamatkan project sebelumnya gagal..

kt sini jer kita lihat syarikat yg di pilih ni adah syarikat yg competent....secara merit pun jika kita lihat secara kasar syarikat ni ok..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 08:47 AM | Show all posts
Dakwaan Tony Pua tidak berasas - Abdul Aziz

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Dakwaan wakil rakyat DAP, Tony Pua bahawa kerajaan berbelanja 870 peratus lebih mahal daripada kos yang dikeluarkan oleh negara lain apabila meluluskan peruntukan RM6 bilion untuk membeli enam buah kapal perang canggih jenis Kapal Tempur Pesisir (LCS), adalah tidak berasas sama sekali.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (gambar) berkata, tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu untuk mempolitikkan usaha kerajaan membangunkan pertahanan laut negara membuktikan wakil rakyat DAP berkenaan terkeliru dalam memahami perbezaan antara konsep kapal LCS dan kapal ronda.

Sambil menyangkal semua dakwaan tersebut, beliau berkata, Tony Pua juga hanya membuat perbandingan berasaskan rujukan harga lama membabitkan perolehan kapal ronda negara asing sedangkan, harga sebenar termasuk kapal ronda milik Tentera Laut New Zealand dan Kapal LCS Amerika Syarikat adalah jauh lebih mahal.

"Saya bukan ahli politik, saya merupakan profesional yang terpanggil untuk menjelaskan keadaan sebenar supaya perkara ini (pembelian kapal LCS) dapat diselesaikan seberapa baik yang mungkin kerana TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) sangat memerlukan platform seperti kapal LCS bagi melindungi perairan negara.

"Dakwaan Tony Pua yang kemudiannya disiarkan dalam beberapa laman blog serta akhbar berbahasa Inggeris kononnya kos perolehan bagi enam buah LCS adalah 870 peratus lebih mahal berbanding negara asing adalah tidak berasas sama sekali kerana dia tidak menggambarkan harga sebenar aset canggih tersebut.

"Kos ini adalah relevan dengan kecanggihan kapal LCS yang bakal TLDM miliki dan ia adalah insurans keselamatan terbaik demi memastikan kenikmatan ekonomi dan kedaulatan negara yang banyak bergantung kepada perairan dapat dikekalkan," katanya kepada pemberita di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Tony Pua yang menuduh pembelian kapal LCS tersebut tidak kompetitif kerana harganya jauh lebih mahal berbanding kapal-kapal jenis sama yang dimiliki negara maju termasuk Amerika Syarikat sendiri.

Kenyataan melulu dan tidak berasas Tony Pua itu bukan kali pertama membabitkan perolehan pertahanan negara kerana sebelum ini pun Setiausaha Publisiti DAP tersebut sering kali mempertikaikan kos pembelian kelengkapan ketenteraan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan hanya membuat rujukan di Internet.

Menurut Abdul Aziz, kapal LCS yang bakal dimiliki nanti akan dilengkapi dengan sistem kawalan dan pemerintahan; sistem peperangan elektronik; sistem penggerak enjin; radar pengesan tiga dimensi; radar penjejak; sistem sonar pengesan kapal selam; peluru berpandu pertahanan udara dan antikapal; torpedo serta meriam berkapasiti tinggi.

Katanya, kapal LCS itu juga akan dioptimumkan dengan kemampuan peperangan bawah permukaan kerana tegas beliau, keperluan tersebut sangat mendesak selepas kemasukan kapal selam pertama negara selain turut dilengkapi peluru berpandu pertahanan udara yang lebih canggih dengan jarak 50 kilometer.

Tambah beliau, keperluan TLDM untuk mengoperasikan platform kapal perang canggih dan kontemporari seperti itu adalah disebabkan kawasan perairan negara yang sangat luas dan perkara tersebut menyebabkan, kos perolehan meningkat sebanyak 40 peratus berbanding harga asal platform kapal tersebut.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, rujukan di Internet tidak boleh dijadikan bahan rasmi kerana kebanyakan negara tidak akan mendedahkan harga sebenar aset ketenteraan mereka atas sebab Akta Kerahsiaan bagi memastikan kemampuan aset yang dimiliki tidak bocor kepada pihak musuh.

"Kos perolehan kapal perang bagi negara moden mungkin lebih rendah kerana mereka memiliki kepakaran industri pertahanan yang sangat kukuh dan kelebihan itu membolehkan negara tersebut menggunakan kepakaran tempatan bagi mengurangkan kos berbanding negara kita yang industri pertahanannya baru membangun.

"Kekangan ini menyebabkan kita terpaksa bergantung kepada kepakaran luar dan terpaksa membeli hak intelektual dengan harga yang mahal bagi memperkasakan sektor pertahanan negara pada masa hadapan, ini adalah satu pendekatan strategik dan jelas sekali dakwaan Tony Pua tidak berasas," tegasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ri&pg=dn_11.htm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2011 08:54 AM | Show all posts
TLDM Nafi Kos Pembelian Kapal LCS Tinggi Sehingga RM6 Bilion

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Harga material yang meningkat selain aspek persenjataan dan penderiaan canggih yang dilengkapkan pada enam buah kapal jenis Littoral Combat Ship (LCS) menyebabkan kos pembinaannya tinggi hingga mencecah RM6 bilion, kata Panglima Tentara Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tan Sri Abdul Aziz Jaafar

Beliau berkata kapal LCS yang akan dibina oleh syarikat tempatan Boustead Naval Shipyard di negara ini dengan kerjasama enam limbungan terkemuka dari luar negara itu, mempunyai keupayaan yang jauh lebih baik berbanding Kapal Peronda Pesisir Pantai (OPV) yang digunakan TLDM sekarang.

"Kos itu merangkumi kos keseluruhan pembinaan kapal termasuk aspek persenjataan canggih, penderiaan dan radar berkeupayaan tinggi dan mempunyai sonar yang dapat mengesan kapal selam musuh.

"Industri pertahanan negara sedang membangun dan banyak bergantung kepakaran negara luar dan ini adalah punca utama kos harga kapal menjadi tinggi," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kementerian Pertahanan di sini Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Anggota Perlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam portal Malaysiakini bahawa harga pembelian enam buah kapal itu adalah 870 peratus lebih mahal berbanding pembelian sama oleh negara lain.

Abdul Aziz berkata kenyataan Pua yang mendedahkan kos pembelian negara lain juga tidak menggambarkan harga sebenar kerana kebanyakan negara tidak akan mendedahkan aset sebenar ketenteraan mereka.

"Selain itu, kos negara luar yang jauh lebih rendah mungkin kerana mereka ada industri pertahanan yang sangat kukuh dan menggunakan kepakaran tempatan dalam penyelenggaraan kapal dan pemasangan sistem penderia dan persenjataan.

"Kos yang diwar-warkan juga tidak menggambarkan keseluruhan kapal, sebagai contoh sesetengan negara tidak memasukkan kos Kerajaan Lengkap Peralatan (GFE), katanya.

Dalam laporan tersebut juga, Pua turut mendedahkan perolehan OPV bagi Tentera Laut New Zealand hanya berharga NZD$90 juta, namun berdasarkan sumber Kementerian Pertahanan Malaysia, jumlah sebenar harga OPV dan LSC di negara tersebut masih belum muktamad malah harga yang didedahkan adalah harga sebelum tahun 2004.

"Pua berkata perolehan LSC Tentera Laut Amerika Syarikat juga jauh lebih rendah walaupun berkeupayaan tinggi. Namun sebenarnya menurut Perkhidmatan Penyelidikan Kongresional, perolehan aset tersebut jika diambil kira kos keseluruhan adalah meningkat setiap tahun bermula tahun 2005.

"Perbandingan yang dikeluarkan Pua tidak berasas kerana beliau tidak mengetahui lebih mendalam tentang aspek pembinaan, persenjataan dan pertahanan negara," katanya.

Abdul Aziz berkata pembinaan kapal tersebut melalui proses tender terbuka yang akan melibatkan 60 peratus barangan tempatan yang akan dibuat dalam dua Rancangan Pembangunan Malaysia iaitu Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) selama 10 tahun.

Beliau berkata TLDM sangat memerlukan kapal LCS yang berkeupayaan tinggi dengan mempunyai tiga dimensi iaitu permukaan, udara dan bawah laut untuk mempertahankan perairan negara.

Berbanding OPV yang hanya merupakan kapal pesisir, LCS akan dilengkapi dengan sistem pertahanan yang canggih seperti sistem kawalan dan pemerintahan, sistem peperangan elektronik, sistem penggerak enjin pelbagai kawalan, radar penjejak, radar pengesan tiga dimensi, peluru berpandu dalam laut dan udara dan terpedo antikapal selam.

Negara lain yang turut menggunakan LCS antaranya, Amerika Syarikat dan England.



-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 12:37 PM | Show all posts
Reply 43# d'zeck

Lanyak kat PULAREK je sama rekrut lain, pastu suruh dia buat OJT kat kapal, rasa dulu mabuk laut sampai kosong tali perut supaya dia sedar bukan zamannya lagi TLDM nak guna kapal PC era Konfrontasi. Kalau ikut dia mungkin agaknya kapal ronda TLDM guna hull bot nelayan, posisi A Gun tu ganti dgn lastik besar!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2011 12:58 PM | Show all posts
Reply  d'zeck

Lanyak kat PULAREK je sama rekrut lain, pastu suruh dia buat OJT kat kapal, rasa d ...
jazim Post at 10-2-2011 12:37

suruh dia join jalan lasak gerenti nangis punya

nak harap logo roket DAP buat peluru berpandu anti kapal kot.. haha

berkemungkinan spesis puaka macam dia dan geng dap lain yg tak penah
bersekolah kebangsaan dan bercampur dengan bangsa lain,
apatah lagi sertai program kenegaraan, itu yang jadi ekstrim.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 03:41 PM | Show all posts
lantak kamilah persoal harga NGPV...kalau kite percaya sangat kat kerajaan pehal taik kucing equipme ...
hijazzains Post at 9-2-2011 21:30


Ai marah nampak? Harga tu pun sebenarnya tak finalise lagi, cuma ballpark figure aje. Dan pasal Tenuk Puaka tu...gini la...dia kata even US punya LCS lagi murah....Dzirhan kata in USD, per ship cost dalam 329 million. Average cost LCS 440 million....mana Tenuk Pauaka belajar maths pun aku tak tau...dah la tu LCS-1 dengan LCS-2 masing2 lebih USD600 million....
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 05:49 PM | Show all posts
1) dah tau ke kapal nie base on model ape? Meko ke? Gowind?
2) kalo Meko cam tak logik plak bayar s ...
artificialster Post at 9-2-2011 15:38


1) dah tau ke kapal nie base on model ape? Meko ke? Gowind?
Kata putus di tangan PM Najib, kita tunggu je
2) kalo Meko cam tak logik plak bayar smpi 6 Billion sbb kita kan dah beli blueprint kapal tu. Bukan ke skali ngan ToT ke masa beli dulu? nape tak mass production je?
Blueprint kapal untuk buat baseline je beb, weaponry mana ada, manufacturer weapon lain2, Exocet lain, ESSM lain, radar lain, BMS lain
3) Peranan kapal baru ni? antisubmarine? antiair ?
Admiral Aziz kata multi-purpose, 3-D warfare
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 06:58 PM | Show all posts
Reply 29# jf_pratama

ni bukan opv tapi LCS , baca dulu sblm komen
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 09:07 PM | Show all posts
Reply  jf_pratama

ni bukan opv tapi LCS , baca dulu sblm komen
hyazinth79 Post at 10-2-2011 17:58


Hahahaha .... Apalah artinya nama ....  Proton Satria, Ferrari, Lamborghini, Audi semuanya dinamakan kereta ... tapi jelas berbeda teknologi dan spesifikasinya ... dan tentu saja 'price'-nya ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 08:54 AM | Show all posts
Hahahaha .... Apalah artinya nama ....  Proton Satria, Ferrari, Lamborghini, Audi semuanya dinam ...
jf_pratama Post at 10-2-2011 21:07


walaupun buat2 ketawa, tetap tidak mampu menutup ketololan minda indon
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 10:43 AM | Show all posts
Yg dok sibuk pasal kapal negara orang konon nyali atau x nyali tu kapal negara sendiri berapa banyak yg boleh gerak? Atau x leh gerak sebab x berkat, disebabkan banyak jadi jack sparrow dri jadi benteng pertahanan perairan sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 12:56 PM | Show all posts
memang pelik betul la, kalau m'sia beli jer apa2 persenjataan kecoh negara2 lain......... kalau negara lain senyap jer...... nampak sgt sakit ati kat m'sia.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2011 03:27 PM | Show all posts
mahal gilerrrrr...
mysweetisha Post at 6-2-2011 01:22



jawapan yg agak tipikal untuk pakatanese.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 05:55 PM | Show all posts
dok sibuk-sibuk bangkang nih....takut2 tak jadik belik plak kang.
PRU pun nak kena pikir jugak.....

nak beli ke tak ..nak beli ke tak ..??...kang jadi modal kempen plak kang ehhehe...
kesian, pertahanan juga yang jadi mangsa.

betullah, manusia akan hargai sesuatu benda, bila dah tiada .
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 10:18 PM | Show all posts
Reply 58# pokcik_kayo

Itulah sebab musababnya masih wujud kjaan tentera dlm zaman moden ni. Di negara berkerajaan tentera kalau bangkang perolehan aset mmeang buruklah padahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 10:19 PM | Show all posts
Reply 56# jofizo

Aku pun biasa jumpa puak2 yg x mau ATM beli peralatan moden tapi dok bangga bila negara jiran beli peralatan moden siap kagum lg dgn angkatan tenteranya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.101825 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list