CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3603|Reply: 1

Dua pasukan 'rebut' nama Lotus

[Copy link]
Post time 26-1-2011 12:01 PM | Show all posts |Read mode
2011/01/26LONDON: Perebutan mengenai hak penggunaan jenama ‘Lotus’ dalam perlumbaan Formula Satu (F1) terus berlarutan sehingga sekurang-kurangnya lewat Mac depan, bermakna musim baru perlumbaan F1 kali ini bakal menyaksikan dua pasukan menggunakan nama sama.

   Hakim Mahkamah Tinggi British kelmarin menolak permohonan untuk mempercepatkan perbicaraan mengenai kes perebutan dua pihak - Proton dan Kumpulan Tony Fernandes dengan menegaskan perbicaraan akan dijalankan 21 Mac depan selepas perlumbaan pembukaan musim 2011 di Bahrain.
   Pasukan Lotus, yang dimiliki pengasas AirAsia, Tony yang menggunakan jenama itu dalam saingan F1 musim lalu mendakwa memiliki hak sah dari segi undang-undang daripada sisa-sisa pasukan F1 lama manakala Lotus Group yang dimiliki Proton mendakwa mereka mempunyai hak terhadap nama itu dan kini akan menyertai saingan F1 musim ini sebagai penaja utama pasukan Renault.
   Lotus Group memohon keputusan awal kelmarin tetapi ditolak mahkamah hinggakan pihak Team Lotus menyifatkan ia kemenangan awal buat mereka.

   “Team Lotus gembira kami berjaya dalam permohonan keputusan awal hari ini dan pihak hakim menolak permohonan Group Lotus sebelum mendengar hujah perundangan kedua-dua pihak,” kata Team Lotus dalam satu kenyataan.

   “Kami yakin kami akan berjaya dalam perbicaraan penuh dan kini kami boleh fokus terhadap cabaran dalam perlumbaan F1 2011.”

   Ia juga bermakna musim ini bakal menyaksikan dua pasukan, Lotus-Renault dengan warna hitam dan emas manakala Team Lotus yang turut menggunakan enjin Renault menggunakan warna sama sebaik berakhir musim lalu.
   Proton yang juga pengeluar kereta nasional yang memiliki pasukan Lotus-Renault, mendakwa bahawa kumpulan Tony tidak berhak menggunakan nama Lotus dan mengusulkan bantahan namun kekalahan permohonan itu bukan kekalahan keseluruhan kes kerana ia hanya bermakna hakim memutuskan terdapat isu yang perlu didengar pada perbicaraan penuh.  – Agensi   
   

sumber :~ http://www.bharian.com.my/bharia ... t_namaLotus/Article
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2011 10:09 AM | Show all posts
mr rayyan boleh tepek berita ni kat thread formula 1 season 2011 tu..

tak pela..dah sedia maklum pasal kes ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.070781 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list