View: 2226|Reply: 6
|
Buat Kubur Tepi Jalan, Elak Orang Buang Sampah
[Copy link]
|
|
Jakarta: Tular di media sosial deretan lima ‘kubur’ yang lengkap dengan kain putih dan ditaburi bunga muncul di tepi sebatang jalan raya.
Perkara itu menimbulkan kekecohan dalam kalangan penduduk Purwakarta, wilayah Jawa Barat yang tertanya-tanya kewujudan 'kubur' tersebut.
Ketua Kampung Cinangka, Ida Marlina kemudian tampil menjelaskan bahawa ‘kubur-kubur’ itu adalah palsu yang sengaja dibina bagi memberi amaran kepada penduduk agar tidak membuang sampah merata-rata.
“Terdapat banyak longgokan sampah-sarap di kawasan jalan tersebut sebelum ini.
“Saya sudah letih dan bosan dengan keadaan jalan yang dipenuhi longgokan sampah. Setiap minggu saya terpaksa membersihkan sampah.
“Namun, selepas dibersihkan, masih ada lagi penduduk yang membuang sampah,” katanya.
Tambah Ida, disebabkan itu, dia mendapat idea untuk meletakkan tanah merah dan menghasilkan bentuk menyerupai kubur bagi menakut-nakutkan orang ramai agar tidak membuang sampah.
“Dulu pernah juga kami buat begitu tetapi tidak menjadi tular. Namun, Alhamdulillah kerana keadaan di lokasi terbabit bertukar bersih untuk beberapa ketika.
“Namun, disebabkan kawasan itu kembali kotor, kami sekali lagi membuat binaan lima ‘kubur’,” katanya. – AGENSI
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada yang masih degil nak buang sampah kat situ memang tak pasal-pasal yang buat kubur terpaksa guna edo tensei untuk halau. |
|
|
|
|
|
|
|
indon perangai caprot
astas kubo pun diorg berpesta takat kubut palsu gitu nggak bisa kaget |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada yang mustahil di negara tersebut.. |
|
|
|
|
|
|
|
diorang siap gantung patung pocong lagi kt tepi jalan tu sis
berterabur mat rempit tak cukup tanah lari hehe |
|
|
|
|
|
|
|
kat tepi2 jalan bangi ni boleh jugak la buat mcm ni...sampah makin byk...sbb kat situ ramai pekerja asing tunggu bas |
|
|
|
|
|
|
| |
|