CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3024|Reply: 15

Ibu Bapa Paksa Anak OKU Pembelajaran Duduk Dalam Kelas Aliran Perdana- Akibatnya Gagal Semua Subjek, Jauh Ketinggalan

[Copy link]
Post time 18-10-2023 08:53 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Hanya keraana malu dengan pandangan orang lain,  segelintir ibu bapa enggan melepaskan anak-anak mereka mengikuti kelas pendidikan khas.


Seorang guru, Mohd. Fadli menerusi hantaran di Facebooknya berkongsi kisah seorang pelajar tahun tiga yang masih gagal menguasai kesemua subjek di dalam kelas disebabkan mempunyai masalah pembelajaran.


Foto: FB




“Hasil kerja murid tahun tiga, murid ini masuk pemulihan sejak darjah satu. Guru mata pelajaran dan guru pemulihan kesan murid ini kemungkinan besar ada masalah pembelajaran disebabkan dia tak boleh fokus, bila bercakap mata pandang tempat lain.


“Selain itu seorang yang sangat pendiam dan tak pernah libatkan diri dalam apa-apa aktiviti pembelajaran dalam kelas serta hasil kerja yang sangat lemah. Walau sekadar minta salin balik apa yang guru tulis, dia gagal.


“Guru pemulihan buat ujian saringan awal untuk kesan sama ada murid ini benar-benar ada masalah pembelajaran,” katanya.


Mohd. Fadli memberitahu setelah murid berkenaan dikesan mempunyai masalah pembelajaran, guru kelasnya segera memaklumkan perkara tersebut kepada ibu bapanya.


“Hasil ujian awal, memang ternyata murid ni ada masalah pembelajaran. Maka ibu bapa dimaklumkan untuk bawa anak mereka ke hospital dan berjumpa doktor pakar kanak-kanak untuk pengesahan pakar.


“Hanya pengesahan dari doktor pakar kanak-kanak sahaja membolehkan murid ini mendapat kad oku (masalah pembelajaran) seterusnya dimasukkan ke kelas pendidikan khas.


“Tapi sayangnya, ibu bapa tak ambil tindakan. Tak akui dan terus biarkan murid ini berada di aliran perdana,” jelasnya.


Katanya, murid tersebut sehingga kini masih gagal menguasai pembelajaran di dalam kelas dan masih berada dalam ‘dunianya’ sendiri sehingga jauh ketinggalan berbanding rakan-rakannya yang lain.


“Kesannya, murid ini langsung tak boleh ikuti pembelajaran dalam kelas. Dia duduk dalam dunia dia sendiri, tak ada peningkatan dalam belajar, bahkan makin tertinggal lagi.


“Hak dia dinafikan oleh ibu bapa dia sendiri. Tiada apa lagi yang mampu kami sebagai guru nak bantu anak ini,” katanya.


Sementara itu, Mohd. Fadli sempat berpesan agar ibu bapa cakna dengan keadaan serta prestasi pembelajaran anak-anak dan sekiranya mereka menunjukkan perubahan yang mencurigakan, segera mendapatkan pemeriksaan pakar.


“Ibu bapa yang ada anak-anak autisme, disleksia, diskalkulia, disgraphia, hyper, adhd dan seumpamanya memang sebahagian mereka in denial dan tak terima kenyataan.


“Akhirnya kesan dan akibat, anak mereka yang tanggung,” pesannya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2023 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan in denial. Masa sekolah cikgu suspect aku ada ADHD (aku susah nak focus, selalu x siap kerja sekolah tapi exam masih lulus, hanya interested dengan subjek tertentu) , dan buat surat untuk refer ke hospital. Pergi hospital sekali je pastu stop sebab dari kecik orang dah cop aku budak nakal/ada benda mengikut. So aku go through berubat kampung. Dah sekolah menengah baru la dapat treatment selepas di push counselor sekolah. Ya, budak ADHD/dyslexia ada je yg cemerlang di arus perdana tapi agak payah la.. silap2 jadi depression (aku pernah nak suicide dengan kelar tangan masa form 4). Doktor aku pon suspect salah satu catalyst aku ada depression sekarang disebabkan tekanan masa membesar.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 18-10-2023 10:41 AM

Kalau nak tau ramai okeh anak2 camni, sejak iols sekolah lagi
Sian dorang biasanya duk kelas hujung, selalu kena buli ngn cikgu dan kenkawan.

Org anggap bodoh bangang dan mcm2 lagi la walhal dia tak sepatutnya duk kat kelas arus perdana.
Silibus skrg dh la susah nak mampus hat normal pun ramai ketinggalan inikan plak lain tahap pemikiran dan pemahaman.
Mak pak tak amik berat, hantar ank sekolah sekadar hantar.
Group tele/wasap sekolah tak penah buka, beg sekolah anak pun tak penah buka
Tak penah tau alat tulis cukup ke idak. Kadang rasa pelik bila dokumen yg sepatutnya diserahkan kat cikgu masa hari pertama sek tu smp skrg tak dibagi2 lagi.
Cikgu duk la post list nama anak memasing tp mcm tak diambil tau langsung.
Eii kadang iols lak rasa geram, serabut la org jenis tk bg perhatian 10000% ni.
Sibuk sgt keje ke apa?

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
mesti dia berjiran dgn ah kwan. Nak buktikan igt Allah igt Rasul masa bersenggama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
awal tahun aritu ade sorg murid perempuan kelas ank sulung haku darjah 4, ibu dia minta maaf kat semua cikgu, kwn2 kelas ank die semalam 4 tahun Jaga Dan ajar utk ank perempuan die, sekarang ank die da masuk kelas ppki mungkin ade cikgu tgk ragam Dan pembelajaran ank dia... haku borak2 ngan ank bujang haku kenapa dgn kwn girl Nye? ank haku kabo kwn girl selalu nangis2, ckp sorg2 pastu gelak sendiri Dan pembelajaran lemah sikit katanyer... kesian pulak dgr sbb 4 tahun dari darjah 1 smpai darjah 4 berkawan sesama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2023 11:17 AM | Show all posts
tak smua anak mampu mcam my doter aku ni jenis ibu lembab utk mengetahui dia sebenarnya otisem time tu mana tau semua ni masa sekolah rendah dia smpi djh 4 tak reti baca lagi. alhamdulillah cikgu situ baik2 usaha ajar anak aku smpi pandai. bila dia dah pandai memecut laju terus naik tk turun2 dah. tapi degilnya ye rabbi
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian... kadang yg dah diagnose pun still in denial lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2023 02:11 PM | Show all posts
Pelajar ni wp dah ada kad OKU, tp ada jgk yg mak bapak minta rahsiakan bila masuk IPT atas tiket OKU.
Bila telefon, marah2 kata kenapa sibuk2. Tujuan kumpul data OKU supaya mereka ni dapat dibantu. Kalau pelajar normal jawab test dlm tempoh 1 jam. Tp OKU masalah pembelajaran akan diberikan tambahan masa 1 jam 1/2.....Bila bagitau macam tu, barulah slow down tak marah2. Kata pelajar..mmg ibu tak tak nak org lain tahu dia OKU.
Silap mak bapa jg nak rahsiakan sangat, mcm mana org nak tolong anak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabarlah.. mcm2 ragam manusia sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 18-10-2023 02:56 PM
kepompong replied at 18-10-2023 10:39 AM
mesti dia berjiran dgn ah kwan. Nak buktikan igt Allah igt Rasul masa bersenggama


Mana dh Ah Kwn tu?..aktif lg x?...kekadang sonok jugok baca apa yg dia tulis..terutama 'mende2 misteri'...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kat sekolahku. bapak naib YDP pibg. lecturer kolej komuniti. anak ppki sbb slow skit.
elok je. dpt elaun lg kalo ppki ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 03:36 PM | Show all posts
bila ada ibu bapa xleh terima nasihat guru,dia berkeras mengatakan anaknya normal buka oku,sbb malu
kalau kat bandar rasanya xde masalah sbb byk je ibu bapa hantar anak2 ke kelas khas,
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dolu kelas iols ada juga budak Ni..
Mmg hyper sungguh la...masa cikgu mengajar..elok je dia lari lari sampai cikgu kena letak meja dia kat depan
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 18-10-2023 02:55 PM
Mana dh Ah Kwn tu?..aktif lg x?...kekadang sonok jugok baca apa yg dia tulis..terutama 'mende2 mis ...

ada ... kat board misteri... baca boleh. terpengaruh jangan
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 03:28 AM | Show all posts
Aku dah pening dengan CI ni.
Forummer xde nama dok up thread lama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.449371 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list