CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pokcik_kayo

S G P V

[Copy link]
Post time 12-7-2011 08:14 PM | Show all posts
Ya lepas labur jutaan utk ToT Meko, skrang nak labur lagi utk ToT kapal jenis baru. Fuyo meletus kocek jerung-jerung itu nanti.

Kesian Tony asyik dihinakan di sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2011 12:28 PM | Show all posts
betul tu niat dia baik , patut diberi pingat mcm pejuang yg terkorban di medan perang dulu , chin peng pun patut diberi pingat gak , sbb dia juga menentang penjajah dulu , begitu jugak komunis komunis dhl , askar dan polis yg mati dulu , kena sembelih sbbnya kerja dgn penjajah , tak gitu tony poa
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 11:26 AM | Show all posts
TLDM makin hampir miliki kapal 'halimunan'

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) semakin hampir untuk memiliki kapal perang berteknologi stealth (halimunan) termoden apabila kapal kelas Sigma 10614 dan kelas Gowind disenarai pendek bagi program pembangunan kapal tempur pesisir (LCS).


Hakikat itu turut disokong dengan pengesahan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini bahawa reka bentuk akhir skuadron LCS pertama negara itu, dengan penekanan kepada teknologi halimunan akan siap hujung bulan ini.


Ini bermakna, platform mana yang bakal dipilih untuk dijadikan asas kepada aset tempur itu bakal terjawab mulai bulan depan atau selewat-lewatnya pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011 Disember ini.


Sigma 10614 lahir hasil teknologi Belanda dengan menampilkan reka bentuk modular yang terbukti berjaya mengurangkan kadar pantulan radar dan memiliki kemampuan untuk diintegrasi dengan mana-mana sistem persenjataan termoden pada hari ini.


Kelebihan integrasi itu berpunca daripada penggunaan sistem pengurusan tempur jenis Tacticos, yang diakui sebagai antara terbaik di dunia sehingga berjaya menambat hati beberapa negara pengguna lain antaranya Tentera Laut Maghribi dan Indonesia.


Difahamkan, keyakinan dan kemampuan hakiki yang dibuktikan oleh Sigma di negara berkenaan, menjadi pendorong kuat kepada TLDM untuk menyenarai pendek Sigma 10614 sebagai salah satu platform akhir bagi program skuadron LCS.


Bagaimanapun, Sigma 10614 adalah versi berbeza kerana jauh lebih canggih, panjang dan lebar berbanding empat buah Sigma 9113 (korvet) dan dua Sigma 10514 (friget) milik Indonesia, mahu pun Sigma yang dimiliki Tentera Laut Maghribi sendiri.


Gowind pula diakui sebagai sebuah platform dengan teknologi halimunan antara terbaik pernah dicipta, hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) panjang DCNS, iaitu syarikat perkapalan yang membekal kapal selam pertama negara.


Kadar pantulan radar kapal ini sangat rendah menyebabkan ia sukar dikesan musuh dan di rantau Asia, negara yang memiliki aset sedemikian hanyalah Singapura, melalui kapal friget kelas Delta, juga hasil kerjasama dengan syarikat Perancis.


Walaupun dianggap jauh lebih berkemampuan berbanding Sigma 10614 dalam aspek halimunan, kekurangan Gowind adalah belum teruji sepenuhnya kerana DCNS sendiri, masih membuat beberapa kajian.


Sebenarnya, selain daripada pemilihan platform yang memiliki teknologi halimunan termoden, program LCS juga bakal menyaksikan kemasukan peluru berpandu pertahanan udara, antikapal permukaan serta sistem antikapal selam tercanggih di rantau ini.


Ini kerana, bagi pertahanan udara umpamanya, peluru berpandu Evolved Sea Sparrow Missile (ESSM) keluaran Amerika Syarikat (AS), yang mampu memusnahkan mana-mana pesawat moden sehingga jarak 50 kilometer (km) dikatakan menjadi pilihan TLDM.


Begitu juga dalam aspek antikapal permukaan. TLDM khabarnya telah memilih untuk menggunakan peluru berpandu berteknologi halimunan buatan Norway, Naval Strike Maritime (NSM) yang mampu menyerang kapal musuh sehingga jarak 180 kilometer.


Bagi menangani ancaman kepal selam pula, TLDM memilih untuk menggunakan sistem torpedo sedia ada, tetapi kemampuan sistem sonar akan dipertingkatkan seoptimum mungkin dengan pemasangan Hull Mounted Sonar (HMS).


Jika perkara itu menjadi kenyataan, sejarah bakal tercipta kerana inilah kali pertama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memiliki payung perlindungan udara sehingga jarak 50 km, selain TLDM sendiri bakal menjadi pengguna pertama ESSM di rantau Asia Tenggara.


Selain itu, kemasukan NSM dalam inventori TLDM juga bakal melonjakkan kuasa tempur organisasi tersebut memandangkan, peluru berpandu jenis Exocet 40 Blok II yang dipasang pada Friget Kelas Jebat dan Korvet Kelas Kasturi hanya mempunyai jarak membunuh sehingga 70 km.


Satu lagi peluru berpandu antikapal milik TLDM yang dipasang pada kapal Korvet Kelas Laksamana, iaitu Otomat Teseo Mk2 juga masih tidak mampu menandingi jarak dan kecanggihan NSM kerana hanya mampu menenggelamkan kapal musuh sehingga jarak 130 km.


Mengulas mengenai perkembangan tersebut, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengakui, hanya kapal kelas Sigma 10614 dan Gowind sahaja yang masih kekal dalam senarai pendek untuk program pembangunan LCS.


Bagaimanapun katanya, segala keputusan akhir mengenai platform mana yang hendak dipilih terletak sepenuhnya di tangan kerajaan kerana selain pertimbangan teknologi, faktor kemampuan kewangan kerajaan turut diambil kira.


Namun tegasnya, sebagai pengguna, TLDM sudah pasti mahukan sebuah platform yang ampuh, bukan sahaja dalam soal halimunan dan kemampuan peperangan tiga dimensi tetapi, kapal yang hendak dipilih mestilah telah terbukti kemampuannya.


Menurut Abdul Aziz, ini kerana LCS bakal berada di barisan hadapan perairan negara, sehingga jarak 200 batu nautika dan dengan mengambil kira ketegangan di kepulauan Spratly, sudah tentu aset tempur itu akan lebih banyak 'bermain' di Laut China Selatan.


"Program ini merupakan satu peluang yang tidak boleh dilepaskan oleh TLDM kerana jika tidak, negara akan rugi. Kapal LCS bukan sahaja mampu memastikan kedaulatan negara terus terpelihara tetapi industri pertahanan tempatan juga akan meraih limpahan teknologi.


"Jika peluang ini dilepaskan atau memakan masa terlalu lama, TLDM bakal berdepan dengan kekangan dari segi jumlah aset kerana banyak kapal permukaan kami telah diserah kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Ini sudah pasti menjejaskan operasi kami," katanya.


Mengenai jenis persenjataan yang bakal dipasang, beliau enggan mengulas secara terperinci tetapi mengesahkan TLDM berminat dan berhasrat untuk menggunakan sistem persenjataan baru bagi meningkatkan lagi keupayaan cegah rintang negara.


Katanya, beberapa jenis sistem persenjataan baru telah dinilai oleh TLDM dan perkara itu jika tiada sebarang masalah akan dipasang terus kepada kapal LCS kerana pembinaan aset tempur tersebut tidak lagi mengaplikasi konsep 'fitted for, but not with'.


"Apa yang saya boleh sahkan ialah apabila siap, kapal ini bakal memberi peningkatan berganda kepada elemen cegah rintang kerana ia akan dilengkapi dengan sistem peperangan tiga dimensi yang jauh lebih mantap dan berbisa, berbanding apa yang kita ada sekarang," ujarnya.

(Utusan)
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 11:45 AM | Show all posts
gowindddddd........
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 12:33 PM | Show all posts
NSM 180 km range..berdarah hidung weii, but still Yakhont outrange NSM by 120 km..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 01:57 PM | Show all posts
ada sesiapa dpt tempek kapal kelas gowind atau sigma kat sini tak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2011 02:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 02:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2011 02:09 PM | Show all posts
aku suka gowind class berbanding sigma , sbb indon dah guna sigma
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 02:20 PM | Show all posts
kat kaskus indon dah sibuk kita nak tiru dia guna sigma...indon..indon..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 03:22 PM | Show all posts
bagi saya gowind denagn based 2+++ tone yang paling sesuai...
pasang plak dengan ESSM dan NSM..
meleleh
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 05:44 PM | Show all posts
kat kaskus indon dah sibuk kita nak tiru dia guna sigma...indon..indon..
foranz Post at 20-7-2011 14:20


setakat dok pakai persenjataan 2 x mistral Tetral + 4 x MM40 BlockII + 244S torpedo + 76mm main gun dah dabik dada....ppppppppfffffffrrrrtttttt!!! just too basic being corvette don't you think?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 06:25 PM | Show all posts
Tiba-tiba, Gowind ketinggalan.

Sekarang, Sigma 10614 sedang mendahului candidates yg lain !

Macam case RMAF, sekarang ulang kat RMN !

Panas.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 06:28 PM | Show all posts
upgrade la sikit bg jadik 3000t, boleh up to 32 essm, baru mantap, boleh main2 dgn delta..... that our benchmark, x main la compare ngan sigma sebelah......... plan asal 16 vls jer....... huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 07:11 PM | Show all posts
Bila projected completion 1st vessel?

Hopefully kita angkat Gowind la... lagi canggih.Alang2 kepalang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 07:51 PM | Show all posts
aku rasa gowind gak , klu angkat sigma , melalak la org seberang , kononnya kita ni curi lagi , nak copylah , cuma masalah gowind ni , masih baru blm teruji , jd tldm pun serba salah gak , manalah tahu timbul masalah , melalak la geng tabung duit rakyat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2011 08:28 PM | Show all posts
masa kita beli Scorpene pun, ia blm digunapakai oleh negara lain, sebaik kita beli baru ada order dr pelanggan lain..semua look and see dulu
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 08:59 PM | Show all posts
aku prefer sigma 10614 to gowind, better than our jebat class. lcs cum ffg batch 2 & 3. tapi kalau gowind pon boleh la jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 09:06 PM | Show all posts
tentang pengguna pertama Evolved Sea Sparrow Missile (ESSM) , di asia tenggara ni , sebenarnya kita no dua , sbb singa kat selatan pasti akan pesan sistem ni terlebih dahulu dan pasang kat kapal dorang lepas ni , dptlah gelaran pengguna pertama
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2011 09:14 PM | Show all posts
Naval Strike Missile Design and features
The state-of-the-art design and use of composite materials is meant to give the missile sophisticated stealth capabilities. The missile will weigh slightly more than 400 kg (880 lb) and have a range of at least 185 km (100 nm). Naval Strike Missile (NSM) is designed for littoral waters ("brown water") as well as for open sea ("green and blue water") scenarios.

Like its Penguin predecessor, Naval Strike Missile (NSM) is able to fly over and around landmasses, travel in sea skim mode, and then make random manoeuvres in the terminal phase, making it harder to stop by enemy countermeasures. While the Penguin is a yaw-to-turn missile, NSM is based on bank-to-turn flight (see Yaw (flight) and flight control).

The target selection technology provides Naval Strike Missile (NSM) with a capacity for independent detection, recognition, and discrimination of targets at sea or on the coast. This is possible by the combination of an imaging infrared (IIR) seeker and an onboard target database. NSM is able to navigate by GPS, inertial and terrain reference systems.

After being launched into the air by a solid rocket booster which is jettisoned upon burning out, the missile is propelled to its target in high subsonic speed by a turbojet sustainer engine—leaving the 125 kg multi-purpose blast/fragmentation warhead to do its work, which in case of a ship target means impacting the ship at or near the water line.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.218886 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list