CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28828|Reply: 96

S G P V

[Copy link]
Post time 24-1-2011 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Assalamua'laikum.....

dengan izinNya saya mulakan thread utk SGPV

http://defense-studies.blogspot.com/2011/01/sgpv-akan-menggunakan-basis-gowind.html
SGPV Akan Menggunakan Basis Gowind Class

24 Januari 2010



DCNS pada IMDEX 2009 menawarkan Gowind class sebagai Littoral Combat Ship kepada Malaysia untuk proyek Second Generation Patrol Vessel (image : DCNS)
TLDM bakal guna kapal tempur lebih canggihLABIS - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak akan menggunakan kapal Meko A-100 yang menjadi asas kepada Kapal Ronda Generasi Baru (NGPV) untuk membangunkan skuadron Kapal Tempur Pesisir (LCS) sebaliknya, ia menggunakan model baru yang lebih canggih.


Sumber pertahanan memberitahu Utusan Malaysia, model baru itu mempunyai reka bentuk halimunan termoden yang setanding dengan keupayaan halimunan kapal friget kelas Delta milik Singapura yang diiktiraf selaku kapal perang tercanggih di rantau ini selain, memiliki kemampuan tempur tiga dimensi yang mantap.


Jelasnya, pembinaan LCS daripada model baru tersebut juga akan membolehkan negara menguasai pembuatan kapal perang termoden sekali gus, memenuhi tuntutan pertahanan abad ke-21 yang menekankan kepada ciri-ciri halimunan kerana kerajaan bukan sahaja membeli kapal tersebut tetapi teknologinya sekali.


"Sebuah kapal akan dibina di negara asal syarikat pengeluar tersebut iaitu di Perancis, manakala baki lima lagi kapal akan dibina oleh syarikat tempatan iaitu Boustead Holdings Berhad yang mana surat tunjuk minat (LOI) sudah pun diserahkan kepada syarikat ini.


"Kita memilih kapal ini kerana ia mempunyai keupayaan tempur termoden sesuai dengan kehendak TLDM memandangkan kapal-kapal perang negara serantau juga sudah memiliki teknologi terkini dan langkah ini bertujuan bagi menjaga perairan negara terutama di Laut China Selatan," katanya di sini hari ini.


Sumber itu bagaimanapun enggan mendedahkan lanjut mengenai spesifikasi sebenar kapal perang itu tetapi rata-rata penganalisis pertahanan tempatan menjangka kerajaan akan memilih Kapal Kelas Gowind buatan DCNS iaitu syarikat perkapalan sama yang membina kapal selam pertama negara.


Selain dibina dengan aplikasi teknologi halimunan, Kapal Gowind yang sepanjang 105 meter juga mampu membawa 16 peluru berpandu pertahanan udara jarak sederhana (50 kilometer) sama ada Aster 15 atau Mica RF; lapan peluru berpandu antikapal (Exocet, Harpoon atau RBS-15 MK.3) serta torpedo.


Pada masa yang sama, kapal berkenaan juga boleh membawa helikopter serta berupaya menjadi kapal induk kepada semua jenis pesawat tanpa pemandu (UAV) bagi tujuan pemantauan laut.


Ditanya mengenai apakah jenis persenjataan yang akan dipasang pada kapal perang tersebut, sumber tersebut berkata, pihak TLDM sedang mengkaji perkara berkenaan tetapi beliau yakin, jenis peluru berpandu sedia ada akan digunakan kecuali melibatkan pertahanan udara.


Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan memberitahu, kapal LCS yang bakal dibina bagi memperkukuhkan perairan negara tidak lagi mengguna pakai konsep fitted for but not with seperti aplikasi pada kumpulan pertama kapal NGPV jenis KD Kedah.


(Utusan)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2011 01:03 PM | Show all posts
kenapa paper lain takdak pon berita ni? dan siapakah yg dikatakan sumber pertahanan yg pandai2 pi bagitau otosan kat labis tuh, why not bagitau kat lumut ka, kat mindef ka....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 01:15 PM | Show all posts
canggih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2011 03:19 PM | Show all posts
Reply 2# windof


    haah la, bila aku baca balik, rupanya statement nih bukan dari Zahid Hamidi. Excited sgt kot.

jadi, ada kemungkinan ke citer nih tak betol ??
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 03:42 PM | Show all posts
Harap-Harap berita ini tidak benar langsung.

Kalau tak pakai balik Meko, sia sia sahaja bayar "royalty" tinggi. dan segala kepakaran bina 6 biji terdahulu itu boleh buang begitu shj.

kalau sebagai Gowind sebagai convette baru and meko utk SGPV, idea ini masih boleh terima.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 03:49 PM | Show all posts
cun gak... tp projek meko patut diteruskan.. buat je banyak2 kapal ronda,, tak rugi pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2011 04:49 PM | Show all posts
aisey 16 jer ke vls tuh......... buat la sampai 32.........

tapi rasa rugi la plak bayar mahal2 utk meko, blueprint la, tot la tapi nk amik design lain plak...... baik beli semua je kat luar x payah bayar mahal2.........

apapun sgpv perlu diteruskan........
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 05:31 PM | Show all posts
Assalamua'laikum.....

dengan izinNya saya mulakan thread utk SGPV


SGPV Akan Menggunakan Basi ...
pokcik_kayo Post at 24-1-2011 12:41



btol ke desain ini? cantik sekali,mirip singapore punya....tampak skali Stealthnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2011 08:57 PM | Show all posts
malaysia dah mulai arms race, Indonesia masih nunggu hibah.
kalo jadi gowind nih, ntar mekonya di hibahkan ke RI aja buat patroli selat malaka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2011 09:36 PM | Show all posts
Gowind nya design cantek dan up to date. Mungkin relevan sehingga 10 ke 20 tahun lagi.
Untuk MEKO, mungkin boleh buat utk MMEA (with some alteration of course)...LAgipun budget utk MMEA nampak cam banyak ajek ehhehe....

Sesaper terer potosop,cubaler gambarkan MEKO in MMEA colors.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 10:03 PM | Show all posts
berita ni betul ke tak ni?????
rasmi ke tak ni??
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 10:27 PM | Show all posts
susah nak percaya pasai sumber tak sahih and tempat dikhabarkan bukan dari mana2 HQ ATM, tapi dari labis......
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 12:19 AM | Show all posts


ingatkan design ni yang akan terpilih,apa2 pun wa tetap hormat thinker2 dalam navy yang buat keputusan soal pemilihan design utk sgpv ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 03:02 PM | Show all posts
Slm. lama aku tak masuk board ni. aku rasa news ni macam bau hangit je..

nape aku rasa so-called "sumber" tu JP utk DCNS ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2011 10:27 AM | Show all posts
Reka bentuk LCS siap hujung bulan ini

KUALA LUMPUR 7 Julai - Reka bentuk akhir Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang bakal dibangunkan untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan siap hujung bulan ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ciri-ciri halimunan menjadi penekanan utama dalam reka bentuk LCS bagi memastikan aset tempur itu sukar dikesan.

"Reka bentuk serta sistem pertahanan kapal ini bakal menjadikan ia sebagai aset tempur canggih dan mampu mengawal perairan negara secara berkesan selama 40 tahun dari sekarang.

"Ia dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh TLDM dan penekanan utama diberi kepada aspek halimunan bagi memastikan LCS sukar dikesan," katanya di sini hari ini.

Utusan Malaysia difahamkan, kapal tersebut akan dilengkapi dengan peluru berpandu Evolved Sea Sparrow Missile (ESSM) yang mampu menembak pesawat sehingga jarak 50 kilometer (km).

Untuk sistem antikapal pula, LCS dijangka dilengkapi dengan peluru berpandu jarak jauh (185km) buatan Norway, Naval Strike Missile (NSM) selain turut dipasang torpedo.

Terdahulu, Ahmad Zahid menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean sempena lawatan tiga hari beliau bermula Isnin lalu, ke negara ini.

Mengulas mengenai pertemuan dengan Chee Hean, beliau berkata, beberapa perkara membabitkan kerjasama ketenteraan telah dibincangkan khususnya isu berkaitan Selat Melaka.

"Kedua-dua negara menyatakan komitmen untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam soal rondaan bersama di Selat Melaka kerana hasilnya cukup positif dalam membanteras kegiatan lanun.

"Sehingga Julai tahun ini, tiada kes membabitkan lanun di perairan Selat Melaka. Ini memberi keyakinan kepada syarikat pengendali kapal dan manfaatnya dapat dinikmati bersama," katanya.

Ditanya sama ada isu pencerobohan ruang udara negara turut dibincangkan, Ahmad Zahid berkata, perkara itu tidak disentuh kerana Malaysia sudah membuat bantahan melalui Wisma Putra.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2011 10:28 AM | Show all posts
missile baru akan masuk inventori ESSM + NSM......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2011 09:00 PM | Show all posts
mengeletaq la kepala lutut org org yg pandang rendah kat tldm , lepas ni kumpulan bersih akan ckp projek pembaziran bermula lagi
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 01:59 AM | Show all posts
Golongan Leeoist  memang macam ini terutama Tony Puaka.... nampak sangat anti ATM
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 11:14 AM | Show all posts
Utusan Malaysia difahamkan, kapal tersebut akan dilengkapi dengan peluru berpandu Evolved Sea Sparrow Missile (ESSM) yang mampu menembak pesawat sehingga jarak 50 kilometer (km).

Untuk sistem antikapal pula, LCS dijangka dilengkapi dengan peluru berpandu jarak jauh (185km) buatan Norway, Naval Strike Missile (NSM) selain turut dipasang torpedo.


giler babeng!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 02:05 PM | Show all posts
jangan salahkan sesiapa...
maybe tony pua ada sebab...
maybe dia tak nak wang rakyat membazir bayar kat tempat yang tak sepatutnya....
ada pro and kontranya....
bepikirlah dengan baik....
hope malaysian army dapat yang terbaik dari yang terbaik untuk digunakan bagi mempertahankan negara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.312443 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list