CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14731|Reply: 4

Lelaki Tembak Tiga Anjing Ditahan

[Copy link]
Post time 13-10-2023 09:59 PM | Show all posts |Read mode
Seremban: Seorang lelaki ditahan disyaki menembak anjing liar menggunakan senapang patah di Pantai, dekat sini semalam.


Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan pada 9.15 malam dan polis turut merampas selaras senapang patah bersama sembilan peluru dan lima kelongsong daripadanya.






Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada seorang lelaki berusia 25 tahun pada 7.43 malam, menyatakan mendengar bunyi empat das tembakan ketika memancing berhampiran sebuah kilang pasir di Batu 9, Kampung Golai, Pantai.


"engadu mendapati tiga ekor anjing dipercayai ditembak lelaki berkenaan menggunakan senapang patah, dengan dua daripadanya mati, manakala seekor cedera dan telah lari dari kawasan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Abdul Malik, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan melakukan perbuatan terbabit akibat marah kerana anjing berkenaan cuba menggigit anaknya dan memakan haiwan peliharaan.


Beliau berkata, lelaki itu yang tidak memiliki rekod jenayah direman hingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 30(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015.


"Senapang patah yang digunakan adalah milik saudara suspek. Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2023 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 13-10-2023 10:13 PM

Alasan/hujah dia:
1.cuba gigit anaknya.
2.makan haiwan peliharaannya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg betul pun anjing liar Kat seremban ni ganas2. Tu Kat taman warisan puteri.. anjing kokak kucing.. banyak kucing belaan mati. Belum lg cite kejar bebudak kecik main Kat taman mainan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tertembak manusia mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 09:32 AM | Show all posts
Yang ini aku tabik.. Kalau anjing atau mana-mana haiwan yang didapati mengancam keselamatan manusia dan harta benda, sila tambak mati haiwan tersebut, kemudiannya bakar ataupun humban haiwan berkenaan ke dalam kandang buaya ataupun sungai yang ada buaya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.152159 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list