View: 7650|Reply: 5
|
U-KISS SHOWCASE IN MALAYSIA
[Copy link]
|
|
19 June 2010 - Kuala Lumpur : Bertempat di Mandarin Hotel, Kuala Lumpur sesi wawancara dijalankan bersama 7 anak muda yang lebih senang tidak mempunyai ketua didalam kumpulan mereka iaitu Alexander Lee Eusebio, Shin Soo Hyun, Kim Ki Bum, Lee Ki Seop, Elison Kim, Kevin Woo dan Shin Dong Ho. Kedatangan pertama kali mereka ini adalah dibawa khas oleh Geneses Dream Entertainment. Walaupun UKISS merupakan kumpulan yang masih baru di Korea namum kedatangan UKISS di Malaysia disambut dengan sangat meriah malah peminat dari luar negara seperti Philippines, Thailand, Singapore dan Indonesia turut datang menghadiri showcase ini.
Sepanjang wawancara, kesemuanya sangat ceria dan peramah melayani soalan yang diajukan, oleh kerana masing-masing mempunyai kelebihan selain fasih bertutur dalam bahasa Korea, antara ahli yang fasih berbahasa lain seperti Alex yang fasih berbahasa English, Korean, Mandarin, Cantonese, Portuguese, Japanese, and Spanish. KiBum fasih dalam Jepun dan English. Eli fasih dalam English dan Mandarin. Kevin dalam bahasa English. Manakala Dongho pula yang membesar di Beijing selama 4 tahun sangat fasih berbahasa Mandarin. Maka jurubahasa cuma disediakan untuk membantu KiSeop dan SooHyun. Tapi agak mengecewakan adalah jurubahasa yang disediakan tidak banyak membantu. Terjemahan bahasa untuk jawaban oleh KiSeop dan SooHyun diterjemahkan sangat ringkas sehingga mengundangkan sedikit ketidakselesaan para wartawan dan sempat ditegur oleh Kiseop. Nasib baiklah Alex menjadi penyelamat keadaan. Alex yang banyak membantu.
Soalan dari Asian Celebrities adalah "Apakah UKISS ada rancangan dimasa hadapan untuk membuat konsert ataupun pengambaraan Music Video di Malaysia? KiSeop menjawab dalam bahasa Korea dan kemudianya diterjemahkan oleh Alex dimana mereka amat berbesar hati sekiranya diberi peluang untuk dijemput datang dan lagi mereka sangat mengalu-alukan sebarang kerjasama dengan artis luarnegara untuk mana-mana pengambaran Music Video mereka nanti.
Manakala soalan lain yang ditanya adalah seperti makanan yang mereka sukai di Malaysia dan Alex sekali lagi mewakili kumpulan menyatakan yang mereka sangat suka Satay dan Nasi Lemak. Soalan berikut pula adalah gadis yang bagaimana pula yang mereka sukai? KiBum yang memang dari mula sangat suka bergurau menyatakan gadis seperti wartawan wanita yang melontarkan soalan, manakala Alex sekali lagi berkata kalau ditakdirkan dia jatuh cinta dengan gadis Malaysia, dia akan sangat gembira.
Soalan terakhir yang diajukan adalah siapakah yang paling nakal didalam kumpulan? Mereka secara serentak kesemua memandang kearah Eli yang kelihatan sedikit terkejut. Sesi wawancara diakhiri dengan photo bersama dengan Pengurus Besar Mandarin Hotel. |
|
|
|
|
|
|
| |
|