CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: masarju

[Makanan & Minuman] ★MENU/MAKANAN ANDA & RESIPINYA★

[Copy link]
Post time 29-11-2018 11:51 AM | Show all posts
Resepi Korean Spicy Chicken

Rasa: Manis-manis masam dan pedas ala2 samyang

Goreng ayam celup tepung macam biasa

Bahan untuk sos "Korean Spicy Yangnyeom"

3 ulas bawang putih
2 - 3 sudu cili kering kisar
Tumis 2 bahan ni sampai cili masak
3 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 - 2 sudu jus lemon
2 - 3 sudu madu
Garam gula secukup rasa
Bijan disangai

Tumis lada dan bawang putih sampai garing. Masukkan tomato sos, cili sos, lemon jus, madu, garam dan gula.

Kalau nak pedas lebihkan lada. Gula tu agak agak jek sebab Kita dah letak madu. Korang rasa dulu macam mana.

Bila sambal dah garing, masukkan ayam tadi. Gaul rata. Pastu tabur bijan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2019 08:24 PM | Show all posts
Nasi goreng petai


Bahan bahan:
Nasi putih
1 genggam ikan bilis - goreng garing
1 genggam petai - hiris dan goreng
3 biji telur
Garam


Bahan tumbuk:
5 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
4 tangkai cili padi
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih


Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat tos dan ketepikan. Goreng pula petai seketika dan angkat. Ketepikan..


Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan telur. Kacau telur supaya bergaul rata dan masukkan nasi putih. Kacau rata.


Masukkan ikan bilis dan petai yang digoreng. Kacau rata. Masukkan garam secukupnya. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan panas panas.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 08:28 PM | Show all posts

Nasi Goreng Pattaya

  • Bahan untuk nasi goreng:
    • 2 cawan nasi putih
    • 3 sudu besar minyak masak
    • 5 ekor udang, buang kulit
    • sedikit isi ayam, potong kiub
    • 1 biji bawang merah, hiris nipis
    • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
    • 4-5 biji cili padi, ketuk hingga pecah
    • sedikit sayur campur
    • 1/2 ketul kiub ayam
    • serbuk lada sulah
    • sedikit kicap cair
    • timun, untuk hiasan
    • tomato, untuk hiasan
  • Bahan untuk salutan atau telur dadar:
    • 2 biji telur ayam
    • secubit garam


Cara Penyediaan:
  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan isi ayam dan goreng sehingga separuh masak.
  • Masukkan udang, cili padi dan sayur campur, kemudian diikuti nasi putih. Goreng sehingga sebati.
  • Masukkan serbuk lada sulah, kiub ayam, kicap cair dan goreng sehingga masak sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Kacau telur bersama secubit garam. Panaskan kuali berasingan, tuang telur dan golekkan kuali supaya telur menjadi nipis dan bulat sekata. Pastikan api perlahan supaya telur tidak mudah hangus.
  • Ambil satu mangkuk nasi goreng dan telangkupkan di atas telur dadar. Bungkus nasi goreng dalam bentuk empat segi dan telangkupkan kembali bungkusan nasi goreng ke atas pinggan. Hiaskan dengan timun dan tomato.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 03:04 PM | Show all posts
Edited by riy at 25-2-2019 03:06 PM

KEK PISANG KUKUS
Resepi Oleh : Amydanish
Rujukkan : Yatie



Bahan-Bahan
2 cwn tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur gred A
3/4cwn gula ~ jika suka manis boleh letak 1 cawan
1 sudu kecil ovalette (saya tambah)
1 cwn pisang dilecek
3/4 cwn minyak masak
1 sudu kecil esen pisangsecubit garam

Cara-Cara
Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan secubit garam .
Ketepikan dulu.
Dlm bekas lain,putar telur dan gula dgn mixer hingga kembang.
Masukkan ovelatte dan putar lagi sehingga betul-betul kembang.
Kemudian masukkan pisang lecek, minyak dan putar lagi sampai sebati.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar lagi.
Akhir sekali tambahkan esen pisang.
Alas loyang 8 inci dngn kertas minyak dan sapukan sedikit mentega.
Kukus kek di atas api sederhana besar selama 40minit.


*sumber : https://norazlitaaziz.blogspot.com


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 03:09 PM | Show all posts
CURRY CHICKEN PIE
Adaptasi daripada resepi Chicken Pie
By: Pu3bay




Doh
150gram butter - ita letak 230 gm butter
280gram tepung gandum - ita letak 350 gm tepung
1 biji kuning telur dipukul - ita tak letak
secubit garam halus
1 sudu teh gula halus
sedikit air ice - ita tambah

* adunan ita lebihkan kerana ita buat dalam bekas pie yg besar.

Gaulkan tepung dengan gula halus  dan garam hingga rata.
Masukkan butter. Butter ni pastikan dalam keadaan sejuk baru keluar dari peti ais. Potong kiub kecil2 kalau ia macam dah nak lembut masukkan balik dalam peti ais bagi keras semula.
Ramas semua bahan hingga menjadi seperti serbuk roti.
Tambahkan sedikit2 air ais. Masukkan air ais tu sesudu dulu kalau adunan dah boleh lembut dam mudah di bentuk dah tak payah letak air ais lagi kalau masih berderai tambahkan lagi sesudu dan seterusnya hingga adunan menjadi doh yg lembut dan tak melekat di tangan.
Bahagikan doh kepada dua.
Balut doh dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais semula anggaran 1/2 jam.






*sumber ; https://norazlitaaziz.blogspot.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ctaf at 20-6-2019 09:55 AM

Semalam try masak resepi rojak mee.guna resepi bawah ni.tp ikut my tekak lagi sedap kuah kacang.

Tips dari saya:
1-lagi pedas lagi sedap
2-kuah rojak ni mesti manis,bila kurang manis tak kaw
3-kuah mesti tak pekat tak cair.dia bila panas nmpk cair once dah sejuk kuah jadi pekat.
4-lagi sedap buat semalaman
5-rasa lebih kurang kuah kacang tp i lagi prefer kuah kacang
6-mesti masak lama api kecik dan selalu kacau.so bawah tak berkerak dan supaya kuah tahan lama.ni juga utk elak cirit birit.



Bahannya:

1/2 kilo keledek ( seelokkya keledek kuning)*
125 gm udang ( lagi sedap udang yang kecil tu)*
125 gm kacang tanah digoreng ( klu nak senang gaul kacang dgn sedikit myk dan goreng)*
10 ~ 15 tangkai cili kering ( ikut tahap kepedasan )*
3 ulas bwg putih*
2 bj bwg besar( klu guna bwg kecil dalam 15~20 bj)*
2 sdu bsr asam jawa yang tlh diperah dgn 1/2 air tapis
1/2 cwn gula ( klu x suka manis bole kurangkan)
sedikit garam
5~ 8 keping biskur marie direndam dgn sedikit air putih.

Cara:

1. Goreng cili kering,bwg besar dan bawang putih sehingga layu sahaja dgn sdikit myk.Bila dah layu
    angkat.ketepikan.  
2. Rebus keledek.Bila dah empuk kisar bhn bertanda* keledek,udang,bawang putih,bwg bsr,cili
    kering  dan kacang tanah sehingga hancur dan lumat.(Uj kisar menggunakan FP)
3. Add dalam periuk bersama 4 cwn air dan masak sehingga mendidih.( boleh tambah mengikut
    tahap kecairan yang dikehendaki )
4. Bila dah mendidih addkan air asam jawa tadi.Addkan juga gula dan garam.Kalau rata sehingga
    kedasar periuk.  
5. Bila dah seimbang kesemua rasanya addkan biskur marie yang telah direndam tadi.Masak lagi
    sehingga 35~45 minit.Sentiasa kacau kuahnya kedasar periuk.Jika menggunakan keledek yang
    berwarna putih dan kuahnya agak pucat bole addkan sedikit pewarna oren kedalam kuah dan kacau
    rata.( macam kuah mamak tu ade kaler oren)
6. Bila semua rasa dah seimbang bolelah diangkat.

resepi kredit to: http://secuitrasaumiejazz.blogspot.com/2013/06/rojak-mee-kuah-pasembur.html?m=1

P/s:tips tu dari pengalaman saya sndr ya bkn dari blog.thank you!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2019 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Rojak Kateh Terengganu

Bahan-bahan
1/2 kilo daging lembu (lebih sedap kalau guna daging tetel, yang ada lemak-lemak sket)
1 senduk kecil lada giling
2 senduk kecil cuka makan
Segenggam asam jawa (campur air dan di ambil jusnya)
1 keping gula nisan'/gula anau/gula melaka (kalau tak der sgt guna la gula merah)
Sedikit garam & gula

Cara-cara
Daging lembu atau daging tetel di rebus hingga betul-betul empuk. Setelah empuk, tos dan ketepikan. Jika saiz daging agak besar, boleh lah potong kecil-kecil.
Panaskan kuali atas api sederhana dan masukkan lada giling, jus asam jawa dan cuka.
Kalau terlalu pekat boleh masukkan sedikit air. Masukkan gula nisan'/gula anau/gula melaka dan biarkan gula larut.
Perasakan dengan garam dan gula. Kuah rojak kateh nih ikut kesesuaian masing-masing. Yang penting ianya mesti ada rasa masam, manis dan pedas sekali.
Campurkan daging yang telah di potong kecil tadi ke dalam kuahnya dan biarkan sekejap. Agak-agak dah mendidih tu tutup api dan biarkan sejuk.
Siap! Rojak kateh nih sedap di makan begitu saja atau di cecah ngan keropok. Nak lagi sedap simpan dalam peti sejuk dan panaskan semula esok hari, lagi perghhhh!

* Nota: Rojak kateh yang original menggunakan urat/gelatin dari kaki lembu yang telah dibakar dan kemudiannya di rebus. Dan juga adakalanya di campur dengan lidah lembu.

c&p: www.shikinrazali.com


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kipas.berhabuk at 26-7-2021 05:20 PM



Nasi Impit Goreng

Bahan-bahan:
1. Nasi impit/ ketupat segera (dipotong dadu)
2. Cili blend (agak2 4 -5 sudu)
3. Bawang putih (3-4 ulas)
4. Bawang merah (1 biji)
5. Telur (3-4 biji)
6. Ayam goreng dicarik-carik
7. Daun bawang/ daun sup
8. Garam (2 sk)
9. Secukup rasa (secubit)
10. Kicap
11. Sos cili (2 sb)
12. Sos tomato (2 sb)
13. Kicap manis (optional. Kalau nak gelap2 sikit bubuh lah)

Cara-cara:
1. Ketuk bawang putih.
2. Hiris halus bawang merah
3. Tumis bawang putih + bawang merah
4. Tunggu sehingga keperangan, masukkan cili blend. Dan kacau.
5. Tunggu sampai pecah minyak.
6. Masukkan sos cili , sos tomato & pecahkan telur.
7. Gaul telur bersama bahan lain dalam kuali.
8. Masukkan nasi impit/ ketupat segera yg dah dipotong dadu.
9. Gaul sekejap.
10. Masukkan ayam yg sudah dicarik.
11. Masukkan daun sup/ daun bawang.
12. Masukkan garam & secukup rasa.
13. Gaul sekejap. Pasti siappp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2021 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
MEE HOON SOTO MUDAH & SEDAP

Bwg besar, bwg putih, halia - blend kasar n campur minyak
Tumis smua bahan2 blend kasar td, masukkan serai ketuk dlm 3 batang
Masukkan buah pelaga, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih
Bila dah naik bau, masukkan serbuk kunyit dan rempah sup atau rempah kurma dan air
Dah mendidih, masukkan ayam - tunggu ayam empuk dan kluarkan
Masukkan garam - siap

Begedil daging
Kentang rebus lenyek skali dgn daging kisar, bawang goreng, daun sup, serbuk lada putih, garam, telur - gaullan smua smpai sebati
Bulat bulatkan begedil
Pecahkan telur, amik begedil yg dah dibulat2 kan tadi, goreng dgn sedikit minyak panas - siap

Mee hoon yg dah dicelur air panas
Tauge
Daun bawang di potong- potong
Cili padi yg dikisar dgn bwg goreng n kicap manis n masin
Ayam rebus td yg dicarik2

Siap dan dah boleh makan, selamat menjamu selera
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2022 04:08 PM | Show all posts
Resepi Lemak Cili Api Ikan Keli Salai

Seterusnya resepi yang merupakan lauk ‘trademark’ yang berasal daripada Negeri Sembilan. Lemak cili api disediakan menggunakan santan segar, cili api dan kunyit hidup atau serbuk kunyit. Kali ini kita menggunakan ikan keli yang disalai lebih awal. Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara untuk menyediakan masakan ini.



Koleksi 10 Resepi Makan Tengahari Masakan Kampung Paling Marbeles 3
Bahan-bahan

    Segenggam cili api
    200 ml santan kotak
    5 biji air asam limau kasturi
    1 sudu teh serbuk kunyit
    Bendi
    Tomato
    3 ekor ikan keli salai

Kaedah

    Mula-mula kisarkan cili api bersama sedikit santan masukkan sedikit serbuk kunyit.
    Kemudian masukkan ke dalam periuk tambahkan sekarang sedikit serbuk perasa dan buka api.
    Selepas itu kacau sentiasa kuah ini dan tambahkan air asam limau.
    Masukkan bendi, tomato dan ikan keli.
    Masak sehingga kuah mengelegak dan pekat.
    Tutup api.
   
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 02:19 AM | Show all posts
Edited by Vellfire at 9-3-2022 06:21 PM


Bahan-bahan:

Kuah Laksa:

1 Pes Laksa Sarawak (Selalu guna pes laksa Hj Manan or Liza)
2 kotak santan kecil / 2 paket santan serbuk
1 kiub ayam
1 kari peket kecil* (wajib klu ikut resepi ini)
1 Liter air (Guna botol air mineral kecil – 2 sukatan)
Garam/perasa (jika perlu)


Cara Penyediaan:

1. Masukkan 1 liter air ke dalam periuk
2. Masukkan pes laksa, santan, kiub ayam dan serbuk kari
3. Masak hingga mendidih
4. Sesudah mendidih, tutup api.
5. Tapis kuah & siap
*Tambah garam/perasa, jika perlu

Hidangan:

1. Bihun
2. Ayam (rebus & dicarik2)
3. Udang (celur shj)
4. Tauge (celur shj)
5. Telur (boleh Rebus / masak telur dadar & hiris)
6. Daun ketumbar (hiris halus)
7. Cili padi/hijau (hiris)
8. Sambal belacan ( tumbuk cili padi + belacan)
9. Limau


*Bahan-bahan hidangan ni ikut selera masing-masing. (Kalau suka kubis, letak kobis. Kalau suka bawang goreng, letak ja. Ikut kreativiti masing-masing yer.



Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 02:26 AM | Show all posts

Bahan-bahannya untuk resepi mee kolok sarawak :
a) Bahan untuk mee
  • Mee Kolok
  • Cuka - jgn byk nanti masam.
  • Sos ikan - jgn banyak nanti dia berbau x best
  • Serbuk lada putih
  • Minyak bawang putih
  • Sos tiram
  • Kicap


b) Bahan untuk sup
  • Daging lembu setengah kilo
  • Serbuk lada hitam
  • Kiub pati lembu 2/3 kiub
  • Rempah kasar 4 beradik (cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
  • Sup bunjut (optional)
  • Bahan perasa
  • Garam, gula
  • Halia diketuk


c) Bahan untuk cili kicap
  • 10 tangkai cili padi
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit perahan jus limau
  • Sedikit kicap
  • Sedikit garam


d) Bahan tabur mee kolok
  • Taugeh
  • Sawi celur
  • Fish cake (optional)
  • Bawang goreng
  • Hirisan daging (rujuk di no 3)
  • Hirisan daun sup dan daun bawang
  • Tomato hiris


Cara penyediaan untuk resepi mee kolok sarawak :

1. Celur mee kolok dalam air mendidih sekejap, bilaskan dalam air sejuk. Masukkan semula dalam air mendidih dan toskan. Kemudian, campurkan cuka, sos ikan, serbuk lada putih, minyak bawang putih, sos tiram, kicap hingga sebati. Setelah itu, gaulkan dengan mee yang telah dicelur itu tadi. Ketepikan dalam satu bekas.

2. Ketepikan dahulu mee kolok yang sudah di celur. Seterusnya, penyediaan untuk membuat sup. Rebus daging hingga empuk. Setelah daging empuk, masukkan rempah kasar 4 beradik iaitu cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga, sup bunjut dan halia. Akhir sekali masukkan bahan perasa, garam dan sedikit gula, tutup api. Keluarkan daging, ketepikan.


3. Cara penyediaan daging ini pula ialah daging yang telah dikeluarkan dari sup itu tadi, dipotong nipis-nipis. Kemudian, gaulkan daging dengan kicap, garam dan serbuk lada hitam. Masukkan sedikit minyak bawang putih ke dalam kuali dan goreng hirisan daging sekejap je. Tak mau kering dan keras sangat, nanti liat tak sedap.



4. Jika gorengan terkering, masukkan sedikit sup tadi dan goreng seketika. Kemudian, ketepikan daging yang telah di goreng. Daging ini sebahagian daripada bahan bahan tabur atas mee kolok.

5. Untuk penyediaan cili kicap pula ialah masukkan 10 cili padi, 4 ulas bawang putih, sedikit perahan jus limau, sedikit kicap dan sedikit garam jika menggunakan kicap manis ke dalam blender. Blend semua bahan bahan ini tadi, ketepikan dalam satu mangkuk.

6. Masukkan mee kolok ke dalam mangkuk, kemudian letakkan sedikit sup daging itu tadi. Hiaskan dengan bahan-bahan tabur di atas mee kolok seperti taugeh, sawi celur, fish cake. Kemudian, hiaskn juga bersama daging yang telah dihiris (rujuk no 3), bawang goreng, hirisan daun sup, daun bawang dan tomato yang telah dihiris.

7. Setelah sudah hias mee kolok dengan bahan tabur, bolehlah untuk dihidangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 02:28 AM | Show all posts

Nasi Aruk
Bahan-bahan:
2 cawan nasi
50gm Ikan bilis
1 sudu kecil garam
Minyak masak
1 biji bawang merah dicincang
Lada sulah

Cara-cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali
2. Masukkan ikan bilis dan goreng hingga garing, kemudian masukkan bawang merah, nasi, lada sulah dan garam. Kacau rata sehingga sebati.
3. Siap!

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2022 12:29 PM | Show all posts
Kerutuk Daging
resepi masakan kampung



Lauk ini seringkali dihidangkan di kenduri-kendara. Ianya juga mudah untuk dibuat sendiri. Resepi ini dikongsikan oleh Hana Farhana di laman Facebook.
Bahan-bahan:

Bahan kisar:

    Bawang merah kecil
    Bawang putih
    Lengkuas
    Halia
    Serai
    Belacan
    Cili api
    Cili kering

Bahan lain:

    5 biji Bwg merah kecil
    4 biji Bwg putih
    Ibu jari lengkuas
    Ibu jari Halia
    Sebatang Serai
    Sedikit Belacan
    3 tangkai cili api
    5 tangkai cili kering
    Setengah sudu kerisik
    1 asam keping
    Bawang Holland & kentang
    Garam
    Gula melaka
    Santan
    1 paket kecil rempah kerutuk

Cara-cara:

     Rebus daging hingga empuk. Simpan 1 cawan air rebusan daging.
    Tumis bahan kisar hingga wangi,
    Masukkan rempah kerutuk.
    Masukkan asam keping dan kerisik.
    Masukkan garam, gula melaka dan tumis hingga pecah minyak.
    Masukkan daging tadi.
    Masukkan santan.
    Masukkan air rebusan daging tadi.
    Tambahkan kentang dan bawang holland.
    Masak hingga pecah minyak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2022 11:34 AM | Show all posts


Itik Salai Masak Lemak Cili Padi





BAHAN-BAHAN




  • Itik Salai (1 ekor)
    beli yang sudah siap salai dan dipotong kecil

  • Bawang putih (5 ulas besar)
  • Bawang merah (5 biji kecil)
  • Bawang besar (1 biji besar)
  • Serai/Halia (2 batang)
    kalau takut tergigit halia semasa makan, boleh guna serai
  • Serbuk kunyit/Kunyit hidup
    (saiz ibu jari/ cukup untuk beri warna kuning kehijau-hijauan kepada kuah)
    (jumlah kunyit mesti sesuai dengan kuantiti air yang digunakan untuk buat kuah)
    (seeloknya guna kunyit hidup kerana warna kuah lebih cantik dan asli)
  • Cili padi (15 tangkai)
    kalau tak nak pedas boleh kurangkan
  • Cili hijau dan cili merah (4 tangkai)
  • Santan (1 biji kelapa)
    seeloknya guna santan parut, bukan santan kotak kerana rasa lebih asli, sihat krn tiada pengawet dan kurang pekat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak




CARA PENYEDIAAN


  • Panaskan minyak dalam periuk
    (minyak tak perlu banyak, cukup utk panaskan periuk saja)
  • Tumbuk cili putih, cili merah, kunyit hidup, cili padi dan serai
  • Hiris bawang besar
  • Masukkan bahan tumbuk dan bawang besar ke dalam periuk
    (tak perlu garing sgt)
  • Masukkan air secukupnya dan biarkan sehingga itik masak (lebih kurang 15 minit)
  • Kisar kelapa parut, perah dan masukkan santan ke dalam periuk
  • Kacau sehingga santan sebati
    (jangan tinggal, jika tidak santan akan berketul dan kuah tidak sedap)

  • Masukkan garam dan gula secukup rasa
  • Tabur cili merah dan cili hijau
  • Sedia untuk dihidangkan





Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2022 11:41 AM | Show all posts
AYAM MASA KARI

  • 1 Biji Bawang Besar | Belah 4
  • 3 Biji Bawang Putih
  • 15 Tangkai Cili Kering | Potong 2 dan rebus
  • 1 Biji Tomato | Belah 4
  • 2 S/b Kari Daging | Campur sedikit air jadikan pes
  • 1/2 Kotak Santan
  • 5-6 Ketul Ayam
  • 1 Tangkai Daun Kari
  • 1 S/b Gula
  • 1 Cubit Garam


INSTRUCTIONS
  • [size=1em]Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili kering ke dalam pengisar. Kisar dengan sedikit air (agak-agak)
  • [size=1em]Panaskan minyak di dalam kuali
  • [size=1em]Tumis bahan kisaran tadi bersama pes kari daging. Tumis hingga pecah minyak
  • [size=1em]Masukkan daun kari ke dalam tumisan. Gaul sebati.
  • [size=1em]Masukkan 1/2 cawan (mug) air kosong ke dalam tumisan. Gaul rata
  • [size=1em]Masukkan ayam dan tomato dan gaul rata. Tunggu hingga separuh masak.
  • [size=1em]Masukkan pula santan kotak tadi. Gaul sebati.
  • [size=1em]Letak garam dan gula secukup rasa
  • [size=1em]Tunggu sehingga ayam empuk
  • [size=1em]Dah mendidih dan masak boleh angkat untuk dihidang
  • [size=1em]Kalau kuah cair, tambah santan lebih sikit. Kalau kuah pekat, tambah air sikit. Agak-agak ikut suka korang






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2022 11:45 AM | Show all posts

DAGING MASAK HITAM



Bahan menumis A

1-2 batang kulit kayu manis

1-4 biji buah pelaga

1-3 kuntum bunga Lawang

2 batang serai ( diketuk)

Daun kari ( ikut suka)

Bahan Menumis ( KISAR )

4 ulas bawang putih

2 batang serai

Cara memasak:

1.Kisar bahan- bahan di atas sampai lumat. Kemudian tumis dengan bahan bahan A sampai naik bau wangi.

2.Seterusnya kisar sekali lagi bahan- bahan berikut:

  • Cili kering( agak-agak, kalau nak pedas boleh letak banyak)
  • 2 ulas bawang besar (  Masak hitam ini lagi bawang besar banyak lagi sedap)
  • Perencah kari daging ( jenama apa pun tak apa. Saya letak setengah je )

3. Bila bahan yang ditumis tadi sudah kering sedikit, masukkan bahan-bahan yang baru dikisar tadi. Masak sampai pecah minyak.

4. Sambil itu rebus daging. Air daging jangan dibuang.

5. Apabila sudah pecah minyak, masukkan air daging,daging, kicap kipas udang atau kicap mudim.

6. Akhir sekali masukkan garam,gula, ajinomoto, perencah masakan mengikut citarasa anda.

7. Perlahankan api biar masak sampai agak kering sedikit, tutup api dan hidangkan.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.098538 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list