CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: masarju

[Makanan & Minuman] ★MENU/MAKANAN ANDA & RESIPINYA★

[Copy link]
Post time 3-7-2018 03:49 AM | Show all posts
PUDING JAGUNG

Bahan-bahan  

* 1 cawan tepung kastad
* 1 cawan jagung manis
* 3/4 cawan gula
* 3 cawan air
* 1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara

1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
3. Tambahkan satu sudu makan marjerin setelah adunan pekat.
4. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2018 03:51 AM | Show all posts
BAKED POTATO

Bahan2 :

10 biji kentang (Rendam dgn air garam +/-2jam)
3 biji Bawang Holland (Dice)
2 cawan isi ayam/dgg, den guna dgg(Dice - klu pakai ramly 800g)
1 tin Campbell cream of mushroom
3 sudu Butter utk tumis
1 cawan susu
2 sudu tepung gandum utk pemekat
5 slice Cheese (each potong 2 - ikut besar kentang)
Serbuk Blackpepper (secukupnya)  
Mixed herbs (secukupnya)  
Garam (secukupnya)
1 biji Cili merah  
Daun sup  
Daun bawang  


Cara2 :

Kentang
1. Kentang tu dah rendam
2. Kemudian berus, cuci dan rebus smpi empuk, letak garam sket
3. Selepas empuk, tos & biarkan sejuk.
4. Kemudian korek isi tersebut.
Filling
1. Cairkan butter
2. Tumis bawang, kemudian masukkan ayam.
3. Jika air ayam sudah kering sket, masuk cream of mushroom.
4. Masukkan susu. Biar mendidih
5. Masukkan garam, mixed herbs & blackpepper
6. Masukkan tepung gandum yang dah bancuh dgn air sket tuk pekatkan kuah. Kacau sebati
7. Masukkan cili merah, daun sup & daun bawang
Masukkan filling ke dalam kentang. Ada orang dia campuq filling dgn lebihan kentang yg dikorek tu
Susun dlm dulang, letak slice cheese kemudian mozzarella.
Bakar suhu 170° 15-20minit




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 07:28 PM | Show all posts
Daging Malbari
(Untuk 1 kilo daging )

Bahan kisar
Kayu manis - 1 batang kecik
Bunga lawang - 3 kuntum
Bunga cengkih - 5 kuntum
Rempah biji - 3 sb
Jintan putih - 1 sb
Jintan manis - 2 sb
Cabai kering - segenggam
Bawang merah - 5 ulas
Bawang putih - 5 ulas
Bawang besar - 2 biji
Halia - 2 inci
☝semua bahan kisar goreng tanpa minyak sehingga wangi- api perlahan.
Kemudian kisar semua bahan ini.

Bahan2 :-
Daging - sekilo potong kecik
Kicap kipas udang - 1/2 botol
(Botol kecik)
Kerisik - 3 bungkus
Gula merah - seringgit ( masak dgn sedikit air tapis)

Cara2nya:-

-Goreng semua bahan kisar tanpa minyak sehingga wangi - api perlahan, kisar semua bahan ini.
-Kemudian masukkan bahan kisar bersama daging dan masukkan kicap, kacau sebati dan perapkan daging 1 - 2jam
-setelah diperap, masukkan sedikit minyak ke dalam kuali kemudian tumis daging yg perap tadi, masukkan sedikit air.
-masak sehingga daging lembut, tambahkan lagi air untuk lembutkan daging.
-bila daging lembut, masukkan kerisik, garam , gula & air gula.
-masak sehingga kuat pekat berpalut di daging.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 07:31 PM | Show all posts
TART CADBURY  

250g butter
4sdb susu pekat
2sdb minyak sapi
1biji kuning telur
2sdb tepung jagung
2sdb tepung custard
1sdt Esen Vanila
Perwarna kuning telur agak2
3 1/2 cawan tpung gandum (letak sikit2 agak dah elok tak melekat ditangan..Jgn keras sgt nnti tart senang pecah)
Inti:cadbury bar


Cara2 :

Masukkan butter, susu pekat, minyak sapi, kuning telur dan esen vanila. Mix sebati.
Masukkan pewarna. Mix/kacau sebati.
Masukkan tepung jagung, tepung custard dan tepung gandum secukupnya. (Tepung gandum boleh agak-agak sehingga adunan tidak melekat di tangan)
Bentukkan seperti dalam gambar.
Sapu kuning telur yg telah dicampur dgn pewarna kuning telur.
Bakar dlm 20min api atas bawah 170° atau mengikut kesesuaian api oven masing-masing.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 07:31 PM | Show all posts
Biskut Sarang Semut

Bahan-Bahan :

1 cawan marjerin
1 ½ cawan gula halus
1 ½ tepung gandum - di ayak
1 ½ tepung kastad - di ayak
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Bahan Hiasan :
coklat rice coklat
paper-cup kecil


Cara-cara Menyediakan:

1. Masukkan marjerin dan gula dan pukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung kastard yang telah diayak dan gaul rata dan ulikan menjadi satu doh dan kemudian masukkan ke dalam peti seti sejuk selama 15 minit.
4. Dengan menggunakan jurai sarang semut/pemarut sarang semut,parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan kemudian,sudukan ke dalam papercup.
5. Taburkan coklat rice atas permukaannya.
6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 darjah celcius selama 15 minit atau sampai masak




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 07:33 PM | Show all posts
Resepi Lontong & Kuah Lodeh  

Bahan bahan:
1/4 biji kubis
1/4 biji sengkuang - potong panjang
1 batang karot - potong panjang
6 batang kacang panjang
2 biji terung panjang
1 biji kentang - potong 8
2 keping fucuk - rendam dan potong kecil
1 ikat soo hoon - rendam dan potong kecil
1 keping tempe - potong dadu besar dan goreng
2 keping tauhu - potong kecil dan goreng
2 batang cili merah - hiris
2 batang serai - ketuk
1 cawan udang hidup - buang kulit
2 santan kotak
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
8 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering - rendam dan tos

Cara cara:
Masak bahan kisar bersama santan cair dan serai sehingga hampir mendidih, masukkan udang diikuti dengan sayur yang jenis keras sehingga sayur yang lembut.

Masukkan santan pekat dan tauhu kering, cili merah serta garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan.

Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama dengan nasi impit, telur rebus dan kuah kacang atau sambal tumis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2018 07:34 PM | Show all posts
Resepi Nasi Goreng Paprik Ala Thai

Bahan-Bahan:

Bahan Nasi Goreng – (3 orang makan)

3 mangkuk nasi
2 biji bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
2 seduk kecil cili kering blender
1 sudu besar paste tomyam
isi ayam (ikut selera)
sayur kubis (ikut selera)
2 sudu besar minyak masak
garam gula secukup rasa

Bahan Paprik Campur –


Sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 helai daun limau purut
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
sayur-sayuran (contoh kubis bunga, carrot, kacang panjang)
garam dan gula secukup rasa
4 biji cili padi (diketuk)

Cara Memasak:

Nasi Goreng –

1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukan cili blender dan sedikit air biar dia mendidih dan kering skit.

2. Masukkan ayam dan paste tomyam, kalau kering masukan sedikit air, kacau dan biarkan sehingga ayam masak.

3. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga bahan-bahan tadi sedikit kering, barulah dimasukkan nasi.

4. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan kubis dan gaul lagi hingga sekata. Goreng sehingga masak.

Paprik campur –

1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan cili giling dan tumis sampai garing.

2. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sedikit air dan kacau hingga sebati.

3. Masukkan udang, ayam dan sotong. Gaul sehinngga masak jika perlu tambahkan sikit air.

4. Bila semua bahan sudah empuk, boleh masukkan cili padi, daun limau purut dan sayur-sayuran.

5. Gaul hingga masak kemudian boleh tutup api. Hindangkan bersama nasi goreng tadi dan telur dadar goreng.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 12:26 AM | Show all posts


250gm butter
1cwn susu pkt (F&N)
(Sy guna 3/4 cwn shj)sesedap rasa
1 sdk esen vanila
3 sdb tpg kastard
400gm+ tpg jagung
Tambahan: 1 sdk cream super(optional..klu xde xyah pening2 nk cri..xletak pun xpe ye)


Cara:
*Gaul butter & susu cukup sebati shj xperlu kacau lama.
*masukkan esen vanila
*masukkan tepung kastard dan tepung jagung sedikit2.
*uli doh hingga lembut dan tidak melekit di tangan.
*bahagi jika nak di warnakan.
*tekan daun acuan bergerigi & bunga acuan pecah 15.
*letak inti coklat cip..rehatkan dlm 15-20 minit kemudian bakar 160°c 30-35 minit api atas bwh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2018 12:27 AM | Show all posts


BlueberryTart....

#Kulit
Tepung gandum...250gm
Salted butter 250gm
Gula Ising...100gm
Kuning telur....1 biji
Esen vanila...sikit
Ground Almond
Emplex...5 sudu

#Hiasan
Blueberry filling
Kulit oren sunkist
Cerry Merah
Cerry Hijau

Cara-caranya:
Campurkan Butter,gula ising & kuning telur..pastu esen vanila..tepung ..ground almond..& akhir sekali emplex...doh mcm biasa..klu melekat2 lg tambah sikit tepung

Terapkan acuan bunga..masuk dlm dlm paper cup & picit kelopak bagi bentuk bunga..tuang blue berry filling,cherry merah & cherry hijau pastu bakar 20 minit..suhu sy guna 80~90 degree(ikut lah masing2 punya brand apa)

Dah siap.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 12:28 AM | Show all posts


SEMPRIT COKLAT

160gm gula kastor*
1 biji telor*
Secubit garam*
40gm tepung susu*
50gm serbuk coklat*
1 sdt esen vanilla*
1 sdt butter oil*
1 sdt perisa butterscotch
90gm mentega*
160gm marjerin*

100gm tepung jagung
50gm tepung ubi kayu
180gm tepung gandum

Hiasan: manik gula

Satukan semua bahan bertanda (*) dan pukul hingga sebati.
Masukkan tepung2 dan gaul sebati
Picit adunan memanjang dan potong mengikut saiz dikehendaki.
Bakar selama 20minit pada suhu 160C..atau sehingga masak bergantung kepada suhu oven masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 12:29 AM | Show all posts


Puding Cincau Blueberry  

Bahan2

20g agar-agar tali
5 1/2 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair/susu segar (2 cawan)
2 helai daun pandan..simpulkan
Cincau..potong dadu kecil2
Secubit garam
Blueberry emulco

Cara2 menyediakan:

1) Masak air bersama agar2 hingga larut

2) Masukkan gula..daun pandan..larutkan gula..perlahankan api

3) Ambik agar2 dalam 1 1/2 cawan tuang dalam bekas lain..warnakan blueberry emulco..keraskan dalam peti sejuk

4) Boleh keluar agar2 blueberry tadi..potong dadu kecil2

5) Susun cincau dan agar2 blueberry yg dipotong tadi dalam loyang 8x8..ketepikan

6) Besarkan semula api.. Lebihan agar2 tadi..masak..tuang susu cair..masuk secubit garam..kacau2 bagi sebati

7) Ambil agar2 susu tadi dalam 3 cawan..tuang perlahan2 dalam loyang tadi..biarkan sederhana beku

Lebihan agar2 dalam periuk warnakan pewarna blueberry emulco..tuang perlahan2 atas agar2 susu..bekukan..sederhana sejuk..simpan dalam peti sejuk

10) Keluarkan puding tadi..terbalikkan puding perlahan2 atas bekas/alas yang rata..boleh potong ikut suka
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 12:31 AM | Show all posts


Resepi Ayam Buttermilk

Bahan-bahan:

25 minit
2 ketul besar ayam, bahagian dada
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
4 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
4 biji cili padi
Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
2-3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya

Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing.
Angkat dan ketepikan.

Cara-cara untuk ayam buttermilk:

Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Tip:

Kalau tak mahu pedas, jangan masukkan cili. Dan kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2018 12:51 AM | Show all posts
Tteokbokki (Korean Spicy Rice Cake)

makanan korea.bahan - bahan tiada sukatan khusus. resepi mungkin tak sama rasa dengan yang asli kerana dah diubahsuai sedikit ikut citarasa orang kita.

Bahan-bahan diperlukan:
• Rice cake @ garaetteok yang dah siap.
• Fishball/Fishcake/Jejari ketam/atau yang seangkatan.Sayur-sayur kalau suka.
• Minyak untuk tumis.
• Bawang putih di ketuk atau hiris nipis.
• Serbuk cabai.
• Kicap.
• Cuka.(optional)
• Garam.
• Gula.
• Kiub ayam @ ikan bilis
• Air.


Cara menyediakan dan memasak:
1 Keluarkan rice cake dari peti.rendam dalam air.
2 Bancuh serbuk cabai dengan sikit kicap dan sikit air agak-agak bagi pekat jadi pes cabai.
3 Tumis bawang putih sampai naik bau.masukkan pes cabai tadi dan tumis.masa ni hati-hati jangan sampai cabai hangit.masukkan air sikit kalau rasa kering sangat supaya cabai tak hangit.kacau sampai cabai masak.
4 Masukkan air agak-agak banyak mana jangan banyak sangat dan jangan sikit sangat mungkin dalam 1-2 cawan air.Masukkan garam gula,kiub ayam@ikan bilis dan cuka.
5 Basuh rice cake yang rendam tadi.masukkan rice cake,fish ball @ fish cake,sayuran dan segala bahan sampingan yang nak guna masukkan semua.
6 Rebus semua tadi dengan api sederhana sampai kuah dia jadi pekat.
7 Hidang dalam pinggan tabur bijan daaaan


Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2018 12:52 AM | Show all posts
Pes Pedas Ala Ramen Samyang

Bahan-bahannya
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 cawan minyak sayur untuk menumis
6-7 sudu besar serbuk cili (dibancuh bersama sedikit air dan jadikan pes)
7-8 biji cili padi merah (cincang lumat)
Sedikit kicap manis
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa


Cara membuatnya
1. Panaskan minyak sayuran dan tumis bawang putih sehingga garing
2. Setelah itu masukkan pes cili dan cili padi, masak sehingga betul-betul pecah minyak
3. Masukkan kicap manis mengikut selera anda
4. Setelah itu letakkan kiub pati ayam, garam dan gula secukup rasa.
5. Setelah itu sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara di dalam peti ais.


Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2018 12:53 AM | Show all posts
BULGOGI (Grilled Marinated Beef)

Bahan-bahan:
500g daging dihiris halus
1/3 cawan Kicap Soya Cair
1/4 cawan Minyak Bijan
4 ulas Bawang Putih dicincang
1bj Bawang Besar, hiris dan bahagi 2
Gula secukup rasa
Sedikit garam
Sesame seed – grill kejap guna microwave atau atas api pun boleh.
2 batang carrot – hiris nipis.


Cara memasak:
Campurkan semua bahan kecuali carrot dan bawang besar (separuh): daging, kicap soya cair, minyak bijan, garlic, bawang besar hiris (separuh lagi), garam, gula dan sesame seed (tinggalkan sikit untuk hiasan).
Perapkan di peti ais selama 1-2 jam.
Selepas diperap, masak (grill) sehingga masak.
Sebelum angkat, masukkan hirisan carrot dan bawang tadi dan biarkan sehingga layu.
Bila semua sudah masak, tutup api dan sedia untuk dihidang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2018 12:55 AM | Show all posts
RESEPI KAKI AYAM PEDAS ALA KOREA

Bahan-bahan :
500gm isi kaki ayam
Sedikit lada hitam biji
60ml air kelapa muda

Cara-cara :
Rebus isi kaki ayam bersama lada hitam dan air kelapa lebih kurang 5 minit. Kemudian tos dan ketepikan.

Bahan-bahan sos :
(A)
Sedikit minyak bijan
1 sudu besar bawang putih cincang
c 1 sudu besar jus halia
1.5 sudu besar madu
1 sudu besar sos plum
3 sudu besar kicap cair
3 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar red pepper paste
Sedikit lada sulah
(B)
Segenggam daun bawang
Sedikit cili padi cincang
2 sudu besar air

Cara-cara :
Masukkan sedikit minyak bijan dalam pan dan tumis bawang putih berserta jus halia, madu, sos plum, kicap cair, serbuk cili, red pepper paste dan lada sulah. Kemudian masukkan isi kaki ayam.

Di pan yang lain, tumis daun bawang dan cili padi. Letak air dan masukkan isi kaki ayam yang telah diperasakan tadi. Siap!

RED PEPPER PASTE
1 sudu besar taucu (hancurkan), 2 sudu besar serbuk cili, 3 paket chili flakes Dominos (atau kisar je cili kering tanpa air), gula . Campur semua, ketepikan.

RED PEPPER PASTE ni sama dengan gochujang la. Kalau korang takde, bolehlah guna alternatif secara manual tu. Rasa dia lebih kurang je

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2018 12:55 AM | Show all posts
RESEPI JAJANGMYUN KOREA

Bahan yang diperlukan:

(**)600g mee basah
(**)100 g daging lembu
(**)2 biji bawang bombay
(**)1/2 biji Zukini
(**)2 biji kentang
(**)1 sudu besar gula pasir
(**)4 sudu besar air sagu
(**)2 gelas air
(**)7 sudu besar minyak
(**)6 sudu besar sos Jajangmyun yang disebut Chunjang

Cara membuat Sos Jjajangmyeon:

(**)Untuk pengetahuan semua, sos Jjajangmyeon dibuat dari pes kacang soya hitam yang disebut chunjang yang ditambah dengan bawang merah cincang, Zukini dan daging merah atau makanan laut. Ketika memasak sos biasanya ditambah cornstarch (sejenis pati yang diperbuat daripada tepung jagung) agar sos jadi pekat. Pes kacang soya (chunjang) dibuat dari kacang soya yang dipanggang (dibakar). Oleh kerana itu, jajang mengandungi sos yang digoreng walau sebenarnya sos dimasak dengan cara direbus.

Cara membuat Jjajangmyeon:

(**)Mula-mula, potong daging.
(**)Potong dadu bawang bombay, kentang dan zukini.
(**)Goreng sos Jjajangmyeon dengan 6 sudu besar minyak.
(**)Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak lalu goreng bawang bombay.
(**)Kemudian masukkan daging lembu, zukini dan kentang.
(**)Setelah bahan-bahan itu matang masukkan sos yang sudah digoreng.
(**)Kacau supaya semuanya sama rata lalu tuangkan air sagu.
(**)Setelah dididihkan selama 5 minit, matikan api.
(**)Kemudian, rebus mee.
(**)Letak mee dalam mangkuk besar dan tuangkan sos di atasnya.
(**)Sajikan Jjajangmyeon bersama dengan lobak masin kuning.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 05:02 PM | Show all posts


Bahan-bahan
2 cawan milo
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis
1 buku buttercup
1 paket biskut meri
Cara buat kek batik milo

Masukkan butter yang telah dicairkan dan susu pekat ke dalam periuk.
Gaul sebati dan panaskan dengan api sederhana.
Masukkan milo dan serbuk koko dalam periuk.
Gaul hingga semua sebati dn pastikan tiada milo yang berketul-ketul.
Masukkan esen vanilla dalam periuk, gaul sebati dan padamkan api.
Masukkan biskut meri yang telah di patahkan ke dalam periuk dan gaul sekata.
Letakkan ke dalam loyang yang telah dialas plastic dan padatkan kek.
Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam hingga ia keras.

Kalau suka resepi kek batik milo yang rangup, jangan campur biskut meri dalam campuran milo tetapi susun je lapisan biskut lapis coklat. Kalau lebih suka kek batik lembut, patah-patah kan biskut meri dulu dan biarkan ia lemau sikit. Kek batik akan terasa lebih lembut dan sedap dimakan anak-anak.

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 05:05 PM | Show all posts
Cara Mudah Buat Air Katira
Bahan-bahan:
  • 1 tin susu cair
  • 2 cawan gula pasir
  • 3 keping getah anggur kering / katira* (direndam semalaman)
  • 12 biji badam (direndam dan dibuang kulit)
  • 3 ketul buah kembang semangkuk (direndam semalaman)
  • 1 genggam biji selasih (direndam semalaman)
  • 2 cawan cendol
  • 1/2 cawan cincau
  • 7 biji kurma Ajwa (bertangkai)
  • Kismis
  • Kacang tanah goreng
  • Secubit garam
Langkah-langkah penyediaan Air Katira:
A: Sirap pandan
1. Sebelum membancuh air katira, korang hendaklah menyediakan sirap terlebih dahulu.
2. Mula-mula, rebus 3 cawan air hingga mendidih.
3. Masukkan 2 cawan gula pasir bersama daun pandan yang telah dikisar. Kacau hingga larut.
4. Kemudian, padamkan api. Tuang dan tapiskan air gula hijau ke dalam balang air besar.
5. Simpan dan ketepikan dahulu.
B: Susu badam
1. Kisar badam yang diasing daripada kulit hingga halus bersama secawan air.
2. Masak kisaran badam tadi sehingga mendidih bersama 2 cawan air.
3. Padamkan api setelah mendidih beberapa minit.
4. Tapis dan tuangkan susu badam ke dalam balang air yang berisi air gula hijau tadi.
C: Membancuh air katira
1. Masukkan kurma yang telah dicarik-carik ke dalam balang air tadi.
2. Boleh juga jika kurma tadi dibuang biji dan dihiris nipis. Terpulang.
3. Masukkan pula katira, biji selasih dan buah kembang semangkuk yang telah kembang
4. Tuang susu sejat, cendol dan secubit garam. Kacau hingga sekata semua bahan-bahan.
5. Hidangkan air katira samaada dalam gelas besar atau mangkuk pencuci mulut.
6. Tabur kacang goreng, kismis dan cincau sebagai toppings.
7. Sedia dinikmati sebagai “energy booster” waktu berbuka setelah seharian berpuasa!

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2018 05:08 PM | Show all posts
Air Serai Soda

1. Daun pudina
2. Lemon
3. Asam boi
4. Serai
5 Air soda
Cuci bersih semua bahan-bahan. Hiris lemon. Masukkan daun pudina, hirisan lemon, serai dan asam boi dalam gelas atau jug. Kemudian masukkan air soda dan ais. Peh! Hilang dahaga macam ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.133206 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list