CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: masarju

[Makanan & Minuman] ★MENU/MAKANAN ANDA & RESIPINYA★

[Copy link]
Post time 26-10-2017 05:36 PM | Show all posts
RESEPI Pembuka Selera - 3 Sajian Sambal


Sambal Sotong



Bahan – bahan:
½ kilo sotong kering (dipotong nipis)
*sotong direndam dahulu selama 4jam
1 mangkuk kacang tanah (dikisar halus)
2 senduk bawang merah
¼ senduk bawang putih
1 mangkuk cili kering (dikisar halus)
1 mangkuk kecil air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa.

Cara membuat:
1. Tumiskan bahan yang dikisar tadi hingga pecah minyak.
2. Masukkan cili kering yang sudah dikisar tadi dan kacau sebati.
3. Bila dah pecah minyak, masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan kacang tanah dan air asam jawa. Kacau garing.
5. Masukkan sotong. Tunggu hingga 10 minit.
6. Tutup api dan hidang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2017 05:36 PM | Show all posts
Sambal Bilis Goreng Bersama Petai




Bahan-Bahan:

1 mangkuk ikan bilis (dikopek)
½ mangkuk isi petai (dipotong hiris bersama kulit)
1 biji bawang besar (dihiris)
3 biji bawang merah (dikisar kasar)
4 biji bawang putih (dikisar kasar)
15 tangkai cili kering (direbus dan dikisar halus)
½ cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukup rasa

Cara membuat:
1. Cuci ikan bilis dan petai kemudian toskan berasingan.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis. Asingkan bilis goreng.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga kuning.
5. Kemudian masukkan cili kering yang dikisar tadi.
6. Masukkan gula, garam dan air asam jawa. Gaul sehingga sebati.
7. Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi bersama petai
8. Gaul rata. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 05:37 PM | Show all posts
Ikan Cencaru Goreng Sambal



Bahan – bahan:
3 ekor ikan cencaru
1 inci halia (dikisar kasar)
1 inci kunyit hidup (dikisar kasar)
3 biji bawang merah (dikisar kasar)
4 ulas bawang putih (dikisar kasar)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 mangkuk cili kering (dikisar)
Garam, gula dan perisa
Sedikit air asam jawa

Cara membuat:
1. Goreng ikan cencaru hingga garing.
2. Tumis bahan kisar sampai naik bau. Masukkan cili kering dan gaul sebati.
3. Masukkan garam, gula dan perisa.
4. Tuang air asam jawa. Biarkan kuah memekat sedikit.
5. Masukkan ikan dan tunggu 5 minit.
6. Angkat dan hidang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 05:38 PM | Show all posts
Resepi - Kerabu Peria Dan Daging Bakar




BAHAN-BAHAN:
1 biji peria | buang biji dan dihiris nipis
100gm daging batang pinang | dibersihkan dan hiris nipis
3 sudu makan kelapa parut
1 biji bawang besar | hiris
Gula dan garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
1 sudu cuka
Air secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Perap daging yang telah dihiris bersama ketumbar, gula, garam dan serbuk kunyit. Gaul sebati. Ketepikan.
2. Panaskan air di dalam periuk dan peria dicelur sebentar. Ketepikan.
3. Daging dihiris nipis dan dibakar di atas dan ketepikan.
4. Di dalam satu mangkuk, satukan kelapa parut, hirisan bawang, gula dan garam secukup rasa. Masukkan peria dan daging, gaul sebati. Tambahkan satu sudu cuka. Gaul sebati.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 05:40 PM | Show all posts
Resepi -Kek Keju Leleh Coklat Cip




BAHAN-BAHAN:
375gm mentega
1 tin susu cair
250gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila
4 butir telur | dipukul
240gm tepung gandum
150gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
100gm coklat cip

(Bahan Keju):
250gm cream cheese
120ml susu pekat manis dipukul sebati
100ml susu segar
250gm bongkah keju chedar | disagat dan taburkan di atas kek

CARA MEMASAK:
1. Sediakan sebuah periuk, gunakan api perlahan dan cairkan mentega sehingga cair sepenuhnya.
2. Kemudian, tuang susu cair, gula dan esen vanila. Kacau perlahan-lahan sehingga gula larut dan sebati. Angkat dan biarkan suam.
3. Setelah suam, tuangkan telur dan kacau sebati. Tuangkan pula tepung yang di ayak sedikit demi sedikit. Kacau dan kaup balikkan hingga sebati.
4. Tuang ke dalam loyang yang sesuai, tabur coklat cip dan kukus sehingga masak. Setelah masak biarkan sejuk.
5. Seterusnya, belah melintang kek kepada beberapa lapis. Tuang atau paipkan keju leleh secukupnya. Tabur parutan keju cheddar.
6. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sejuk sebelum dihidangkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 02:29 PM | Show all posts
Siput Sedut Masak Lemak Dengan Batang Keladi

Bahan-Bahan:
3 kilo siput sedut (potong bahagian ekornye)
30 biji cili api (ikut selera anda)
1 inchi kunyit basah
1 inchi halia
7 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 batang serai

        2 biji kelapa (ambil santan sahaja)
2 Sudu besar garam (ikut sesedap rasa)
1 ½ sudu ajinomoto (ikut sesedap rasa)
3 keping asam keping
5 batang keladi berserta isi (direndam bersama garam agar hilang gatal)kmudian direbus (jgn terlalu masak)
minyak masak dlm anggaran 10 sudu besar
Cara:
1.Siput hendak lah dipotong bahagian ekornye jgn telalu pendek.
2.Tumbuk kunyit basah dgn sedikit garam,
cili api,halia,bawang merah dan bawang putih tumbuk hingga lumat.Kmudian ketukkan serai.
3.Setelah kesemua bahan tdi telah lumat.Panaskan periuk dgn minyak masak.
4.Masukkan bahan yg telah ditumbuk lumat tadi,Tumis hingga naik bau.Masukkan serai tadi.Kemudian kacau hingga sebati.Masukkan 2 sudu besar garam,1 sudu ajinomoto dan 2 keping asam keping.Kacau hingga bahan2 itu sebati.
5.Masukkan siput yg tlh dibersihkan tadi ,masukkan sedikit santan kacau lagi.
6.Kmudian Masukkan kesemua santan kacau hingga santan dan siput masak.
7.Masukkan keladi yg telah direbus tadi.Kacau hingga rata.Setelah itu masukkan batang keladi.
8.Biarkan kuah tadi mendidih dan sedia utk dimakan.
Cadangan Hidangan:
Makan ketika hidangan panas atau pun sejuk.Makan bersama nasi putih,ikan masin gelama,pajeri nenas dan sambal belacan serta ulam pegaga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2017 02:32 PM | Show all posts
Peparu Goreng Berlada

Bahan-Bahan:
500gm peparu lembu (dibubuh sedikit garam dan direbus empuk)
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya
1 sudu teh serbuk belacan
4 sudu besar cili kisar
Sedikit garam dan gula
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 keping asam gelugur         Bahan-bahan kisar:
5-6 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 hiris halia
Cara:
Peparu lembu dihiris nipis dan dibubuh di dalam mangkuk. Masukkan serbuk kunyit, gaul hingga sebati. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng peparu hingga kering. Ambil sesudu besar minyak menggoreng peparu tadi, panaskan ia di dalam kuali lain. Tumis Bahan-bahan kisat tadi bersama belacan dan cili kisar. Biar hingga ia terbit minyak dan garing. Masukkan peparu bersama garam, gula, bawang besar dan asam gelugur. Kacau hingga sebati. Biar hingga bawang layu sedikit. Angkat.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 02:36 PM | Show all posts
Ikan Goreng Taucu Berkuah

Bahan:
Ikan (ikut kegemaran masing-masing - kembung, cencaru, alu-alu yang digoreng dan ketepikan
3 sudu makan taucu manis
4 biji cili hijau - belah 4
2 labu bawang besar - mayang kasar
4 ulas bawang putih - hiris
4 sm halia - hiris
3 sudu makan gula
2 sudu besar pati asam jawa/asam keping
Semangkuk air
minyak


Cara:
Panaskan sedikit minyak. Goreng bawang putih, halia dan bawang besar hingga wangi.Masukkan taucu dan tambah air asam jawa. Biarkan mendidih.Masukkan ikan alu-alu goreng. Balik-balikkan. Masukkan gula dan gaul rata. Setelah kuah kelihatan pekat, tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2017 02:39 PM | Show all posts
Acar Rampai

Bahan-Bahan:
1 biji timun (dipotong sebesar 4 cm x 6 cm)
1 biji lobak merah
10 biji bawang kecil (dibelah dua)
6 biji bawang putih
4 biji cili merah
4 biji cili hijau (dihiris memanjang)
150 gm halia (dihiris halus)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar biji sawi         4 biji bawang kecil
20 biji cili kering
2 ½ cm kunyit hidup
½ cawan cuka
¼ cawan air
2 sudu besar gula
½ sudu kecil garam
1 sudu besar bijan
Cara:
Masukkan timun, lobak merah, bawang kecil, bawang putih, cili merah, cili hijau dan halia ke dalam bekas. Gaulkan bersama-sama garam, gula dan serbuk kunyit. Biarkan selama 1 jam. Panaskan minyak dan masukkan biji sawi. Kemudian masukkan pula bawang kecil, cili kering dan kunyit hidup yang telah dikisar berserta cuka dan air. Setelah itu, tutupkan api dan biarkan selama 3 minit. Kemudian barulah dicampurkan dengan sayur-sayuran yang digaul tadi. Untuk mencantikkan lagi acar, bolehlah ditaburkan ia dengan bijan yang digoreng tanpa menggunakan minyak. Sedia untuk dihidangkan.  


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 02:42 PM | Show all posts
Pengat Labu

Bahan-Bahan:
300 ml santan cair
150 ml santan pekat
150 gm labu yang dipotong dadu (direbus)
100 gm gula melaka         30 gm sagu biji
50 gm gula pasir
1 helai daun pandan
Cara:
Didihkan santan cair, gula melaka, sagu biji & daun pandan. Apabila sagu masak, masukkan gula pasir, labu & santan pekat. Biarkan mendidih selama 2 minit & hidangkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 09:07 PM | Show all posts
Resepi - Gulai Telur Pedas




Bahan-bahan:
8 biji telur rebus - goreng berkulit
2 ulas bawang putih - iris halus
1/2 biji bawang besar - iris kasar
1 batang serai - diketuk
2 cm lengkuas - diketuk
2 helai daun limau purut - buang tulangnya
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar gula merah atau gula pasir
2 batang lada merah - belah dua tak putus
2 batang lada hijau - belah dua tak putus
3 cawan air
100 ml santan pekat KARA
4 biji tomato - potong dua
garam secukup rasa
minyak untuk menumis




Bahan rempah :
1 batang kayu manis
2 biji buah pala - diketuk
1 sudu teh ketumbar biji - ditumbuk kasar
1/2 sudu teh kunyit serbuk

Cara-cara :

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar, serai, lengkuas, daun limau purut, serta bahan rempah hingga harum.
2. Tambah cili kisar dan kacau rata biarkan naik minyak kemudian masukkan gula merah dan kunyit serbuk kacau rata.
3. Masukkan telur yang telah digoreng dan kacau rata hingga bersalut rempah. Tambahkan air dan santan serta lada merah dan hijau. Masak hingga mendidih. Tambah tomato dan perasakan dengan garam. Angkat dan hidang bersama nasi hangat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 09:08 PM | Show all posts
Resepi Karipap Cheese Istimewa




Bahan untuk karipap
225gm tepung gandum
80gm margerin
70ml air @ secukupnya
sedikit garam halus

Cara untuk membuat karipap

1. Satukan tepung dan margerin, gaul hingga rata .
2. Air dan garam disatukan, kacau hingga garam hancur.
3. Masukkan air dalam adunan dan gaul hingga lembut dan licin (pakai mixer je).
4. Pastikan masukkan air sedikit-sedikit. Jika dah ok, tak perlu habiskan. Jika adunan masih keras, boleh tambah sikit lagi.
5. Ambil sedikit adunan, bulat-bulatkan kemudian digelek nipis. Letak inti secukupnya, tutup dan kelim ditepinya.
6 . Goreng hingga keemasan dan sedap dimakan panas-panas....cheese meleleh tu!!!

Bahan untuk inti cheese
2 biji kentang ~ direbus dan dilecek halus
sedikit daun sup
lada sulah secukupnya
mayonis secukupnya
susu cair secukupnya
sausage secukupnya ~ direbus dan dipotong-potong
cheese cheddar secukupnya ~ disagat mengikut citarasa

Cara membuat inti

1. Kentang yang dah dilecek, digaulkan bersama lada sulah, daun sup, mayonis, dan susu cair. Masukkan susu cair sikit-sikit. Pastikan adunan tak kering sangat. Agak-agak adunan dah lembut pun ok.
2. Sausage boleh digantikan dgn jejari ketam jika suka ataupun campur keduanya sekali lagi sedap.
3. Untuk cheese dan sosej, terpulang kepada anda. Kalau suka banyak, masukkan sosej yang dipotong atau cheese yang disagat banyak. (takut tak muat nanti..heheheh)
4. Dah siap semuanya, bolehlah dimasukkan dalam karipap.
5. Nak letak cheese dan sosej sahaja pun ok. Tapi saya campur sekali dengan kentang biar penuh intinya!!!!!!.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 09:10 PM | Show all posts
Resepi Raya - Biskut Ombak Rindu




BAHAN-BAHAN :

330 gm tepung gandum
30 gm susu tepung
8 gm serbuk koko
3 gm baking Powder
3 gm soda
200 gm choc rice
60 gm cornflakes – kisar kasar
80 gm Almond nibs – panggang
250 gm butter
70 gm gula halus
90 gm gula perang
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh butter flavour
1 sudu teh perasa mocca
5 gm Nescafe
5 gm air panas ( Nescafe + air panas – pes )
1 biji telur



Hiasan :
Badam biji – dibakar
coklat putih – cairkan

CARA PENYEDIAAN :

1. Tepung, koko, baking powder, soda, serta susu tepung, satukan semua bahan kering dan diayakkan bersama.
2. Kemudian putarkan dengan kelajuan yang sederhana, mentega, gula, vanilla, butterflavour, moca dan nescafe paste sehingga ia sebati.
3. Masukkan telur dan pukul sebentar dan masukkan campuran bahan yang diayak tadi digaul hingga sebati. Akhir sekali masukkan, coc rice, ambong nibs dan cornflakes, gaul hingga rata.
4. Sediakan dulang pembakar dan letakkan diatas dulang dengan sudu, sedikit demi sedikit. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170C selama 20 – 25 minit.
5. Apabila sudah masak, sejukkan ia sementara itu cairkan coklat masakkan putih secara double boiler. Paipkan diatas biskut yang telah sejuk tadi. Akhir sekali, hiaskannya dengan badam bakar di atasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 09:11 PM | Show all posts
Resepi Puding Aiskrim




BAHAN2

200gram gula ( 1 cawan )
800ml air ( 4 cawan )
2 biji kuning telur
500ml susu segar
25grm serbuk agar2
50gram tepung jagung
2 sudu teh coffe emulco
350gram aiskrim vanilla
1 or 2 cawan oreo

CARA MEMBUATNYA

Masak agar2 bersama air dan 200ml susu.
Dengan api yang perlahan erk.

Blender or mixer Gula, Telur kuning, 300ml susu dan tepung jagung.

Sudah sebati.
masukkan kedalam adunan yg dimasak td.
Kaco sebati erk.

Sudah mendidih masukkan Aiskrim Vanilla.
Aiskrim ni elok beli yg BRANDED sket.
Sedap sket bau Vanilla nya.

Kacau selalu sampai mendidih.
Masukkan Biskut Oreo yg dipecah2.
Kalau kat kedai bakery ada jual dah siap pecah2.
Tapi kalau tak letak pun tak pe.
Jadi le namanya Puding Aiskrim Vanilla & Coffee

Asingkan sket untuk diletakkan Coffe Emulco.
Letak coklat pun sodap.
Tak de coklat, bancuh jerk MILO.

Adunan tadi tuang di dasar acuan.
Tuang yang original ke semuanya.
Sejukkan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 09:12 PM | Show all posts
RESEPI SUP TULANG ALA THAI




Bahan-bahan :

1.5 kg tulang lembu dan daging tetel (campur)
1 bungkus sup bunjut tulang adabi
air secukupnya untuk merebus tulang
5 ulas bawang putih dipecah-pecah sahaja
1" halia dihiris kasar
1 batang saleri dipotong menyerong seinci
3 tangkai pokok ketumbar
pokok daun bawang secukupnya
3 biji tomato dibelah-belah
1 batang carrot dipotong bulat atau memanjang
segenggam cili api diketuk-ketuk
1 labu bawang holland dibelah-belah
1 senduk sos ikan
2 senduk jus limau nipis

Cara :

1. Rebus tulang dan daging tetel bersama halia dengan air yang banyak (agak-agaklah banyaknya) sehingga dagingnya empuk. Masukkan sup bunjut.
2. Kemudian masukkan bawang putih yang dipecah-pecah, sos ikan dan jus limau nipis. Seimbangkan rasanya.. masak lagi hingga mendidih.
3. Masukkan juga tangkai pokok ketumbar dan pokok bawang. Potong seinci-seinci.. mula dari bahagian tumbuh akar tu.(akar buanglah ya). Ketepikan bahagian daunnya.
4. Kemudian, masukkan carrot dan saleri serta cili api yang diketuk dan bawang holland.
5. Masukkan juga tomato.
Lagi.. apa yang belum masuk tadi semua, masukkan jerlah apa semua sekali, leburlah terus dalam periuk tu.
Sedia untuk dihidang panas-panas bersama nasi putih dan sambal belacan.
Jangan lupa taburkan daun ketumbar dan daun bawang serta bawang goreng semasa menghidang.. barulah umphhhh!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 09:36 AM | Show all posts
kymano replied at 27-10-2017 09:12 PM
RESEPI SUP TULANG ALA THAI



Bahan-Bahan

  • 2 ikat pucuk paku
  • 2 cawan taugeh
  • 4 sudu besar udang kering - rendam sekejap
  • 1 biji limau kasturi - perah dan ambil jus nya
  • 1 biji bawang besar - hiris nipis
  • 1 biji cili merah - hiris
  • 5 biji cili api
  • kerisik secukupnya
  • garam dan gula secukupnya
Cara Membuat Kerabu Pucuk Paku

#1. bersihkan dan cuci pucuk paku kemudian potong. bersihkan dan cuci taugeh dan rebus pucuk paku dan taugeh hingga lembut tapi jangan terlalu lama sebab boleh hancur.

#2. sementara itu tumbuk udang kering dan cili api sampai lumat

#3. akhir sekali, masukkan semua bahan kedalam bekas yang sesuai dan gaul hingga rata. tuangkan jus limau kasturi dan gaul sekejap. siap dihidangkan..

saya ada sedikit petua buat anda amalkan bismillah dan selawat setiap kali kita nak mula dan semasa memasak supaya makanan yang kita masak dan makan sekeluarga boleh menjadikan diri kita sihat seterusnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2017 09:38 AM | Show all posts
kerabu kaki ayam



Bahan-Bahan

    10 ketul kaki ayam - potong, buang tulang dan bersihkan kemudian rebus
    8 biji cili padi
    1 biji bawang besar - hiris nipis
    1 - 2 biji tomato - hiris atau potong kiub
    1 batang serai - hiris nipis
    3 sudu besar sos ikan nampla
    1 biji limau nipis - ambil jusnya
    1 sudu besar gula
    1 pokok daun bawang - hiris halus
    1 pokok daun sup - hiris halus
    bahan tambahan (soon dan secubit garam )

Cara Membuat Kerabu Kaki Ayam

#1. rebus kaki ayam hingga bener-benar empuk dan apbila sudah empuk angkat dan masukka kedalam tapis kemudian siram dengan air panas, lepas tu ketepikan..

#2. masukkan bahan-bahan hiris tadi kedalam bekas kemudian campurkan kaki ayam yang sudah direbus dan gaul rata.

#3. masukkan tomato hiris, jus limau nipis, dan sos ikan kemudian kacau hingga rata. siap dihidangkan segera..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 09:38 AM | Show all posts


bubu jagung bersagu

Bahan-Bahan

  • 2 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
  • 5 sudu besar gula pasir - tambah lagi bila nak lebih manis
  • 3 sudu besar gula merah
  • 4 sudu besar sagu
  • 1.5 liter air - campur dengan santan pekat
  • 100 ml santan pekat (anda boleh gunakan santan tin, kotak, atau segar)
  • garam secubit
Nota :
#kuantiti air disesuaikan mengikut selera anda
#kuantiti gula pasir dan gula merah boleh mengikut selera anda

Cara Membuatnya

#1: basuh sagu sekali dan toskan tetapi ingat jangan direndam kemudian siapkan periuk dan masukan santan pekat yang telah dicampur dengan air, jagung yang telah dihiris, dan secubit garam.

#2: masak di api sederhana sahaja dan kacau sehingga mendidih

#3: selepas tu masukan gula pasir, sagu, dan gula merah dan kacau sehingga sagu bertukar menjadi jernih.

#4: akhir sekali, masak sehingga matang dan siap untuk dihidangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 09:41 AM | Show all posts
Ayam Masak Paprik ala Thai

Bahan-Bahan

    2 keping dada ayam - hiris nipis
    4 biji cili padi - diketuk
    2 sudu makan cili kering kisar
    2 helai daun limau purut
    2 ulas bawang merah - dihiris
    2 ulas bawang putih dihiris
    1 biji cili merah - dihiris serong
    2 sudu makan sos cili
    2 sudu makan sos tomato
    1 sudu makan sos tiram
    1/2 inci halia - hiris halus
    1/2 labu bawang besar - hiris memanjang
    1/2 cawan air
    sedikit garam
    sedikit kicap manis

Bahan Sayuran

    2 biji putik jagung - dihiris
    2 tangkai kacang polong - dihiris pendek
    bunga kobis - dipotong kecil
    1/2 biji karot - dihiris memanjang

Cara Memasak Ayam Masak Paprik

#1: panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. selepas tu toskan dan ketepikan.


#2: sisakan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum. kemudian masukan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.

#3: masukan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata. masukan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.

#4: masukan serai, air, dan daun limau purut. masukan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata. kemudian masukan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. selepas tu masak sampai sayur tadi agak empuk.

#5: Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas Mmmmm Sedaappp!

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 09:43 AM | Show all posts
Cucur Jagung

Bahan-Bahan

    4 biji jagung segar - cincang ambil isi
    3 cawan tepung gandum
    1 biji bawang besar - potong dadu
    1 biji telur
    1 cawan air
    1/4 cawan air panas mendidih
    garam secukup rasa
    7 tangaki daun kucai - potong pendek
    1 biji cili merah - hiris
    1 biji cili kering - hiris
    1/2 camca teh cuka makan jalen
    sos sesuai anda suka untuk mencicih

Cara Penyediaan

1. satukan jagung dan semua bahan ke dalam bekas kecuali air panas dan sos kemudian gaul hingga rata. lepas tu tuangkan air panas dan gaul hingga sebati. biarkan sekejap.
Resepi Cucur Jagung
2. panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali sebab untuk menggoreng terendam kemudian sudukan sedikit adunan cucur jagung kedalam minyak panas. agar kuali boleh menggoreng agak banyak pastikan anda jatuhkan adunan ditepi kuali.

3. masak cucur jagung hingga masak atau kekuning-kuningan kemudian angkat dan toskan. buat kaedah yang sama untuk adunan cucur jagung lain hingga semuanya siap.

4. akhir sekali, sediakan bersama sos pilihan yang anda suka untuk minum petang.

agar minyak cepat terserap taruh cucur jagung yang sudah masak diatas tisue bersih. mudah sahaja kan resepi cucur jagung rangup di luar dan lembut didalam yang saya kongsikan dan sampai jumpa diresepi sedap selanjutnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.137162 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list