CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: masarju

[Makanan & Minuman] ★MENU/MAKANAN ANDA & RESIPINYA★

[Copy link]
Post time 24-10-2017 05:18 PM | Show all posts
Resepi Kerepek Bayam

Bahan-Bahan:

    500gm sayur bayam | ambil daun sahaja
    100gm tepung beras
    2 ulas bawang putih | dikisar halus
    1 sudu teh udang kering | dikisar halus
    1 sudu teh jintan manis
    1 sudu teh jintan putih
    2 sudu makan serbuk kari
    50ml minyak

Cara Membuat:

1. Basuh daun bayam dan ketepikan.

2. Dalam sebuah bekas, satukan tepung beras, bawang putih, udang kering, jintan manis, jintan putih, serbuk kari dan minyak.

3. Adun hingga sebati. Perasakan dengan garam secukupnya.

4. Selepas itu, panaskan minyak di dalam kuali.

5. Celup daun bayam ke dalam adunan tepung dan terus goreng di dalam minyak panas.

6. Setelah garing, angkat dan tos. Ulang proses hingga semua daun bayam disaluti tepung.

7. Hidangkan dan sedia dinikmati.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2017 05:18 PM | Show all posts
Resepi Mudah - Puding Roti Pandan [Tanpa Telur]




Resepi :

3 keping roti gardenia * (x perlu buang kulit)
1/2 cawan santan kara *
1 cawan air *
1/2 sudu kecil pandan paste *

Caranya : Blend semua bahan ini sehingga hancur dan ketepikan.

1 sudu kecil serbuk agar-agar
1 1/2 cawan air
Gula secukup rasa.

Dalam periuk, masukkan air dan serbuk agar--agar.Sebatikan. Apabila sudah mendidih, masukkan semua bahan yang diblend tadi, kacau, dan masukkan gula. Sebatikan. Apabila sudah mendidih,tutup api dan tuangkan ke dalam loyang yang bersesuaian. Sejukkan dan sedia untuk dihidang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 05:21 PM | Show all posts
Resepi Kari Kambing dengan Rebung




Bahan

Daging Kambing                   1/2 kg
Kari Daging                           1 senduk nasi
Cili Kisar                                1 senduk nasi
Bawang Besar                         1 biji kisar
Bawang Putih                         3 ulas kisar
Halia                                       2 cm
Daun Kari                               2 tangkai
Penumis                                  50 sen....jangan habiskan
Rebung                                   1 cawan direbus hingga hilang masam. Lagi bagus guna rebung segar
Kelapa                                   1/2 biji ..ambil santan dalam sekali perah jer.  kalau mama tak pakai pun
Asam Keping                         1 keping


Cara

Kisar bawang, bawang putih dan halia.  Campurkan dengan kari dan cili.

Panaskan minyak,  masuk penumis.. dan daun kari, tunggu hingga wangi,  masukkan kari tadi...tumis sampai garing.  

Masuk daging kambing (mama guna daging kambing jenis lamb,  bau dia tak sekuat daging kambing tempatan)...tunggu hingga kering airnya,  tambah lagi air untuk menunggu daging itu empuk. Masa ni bolehlah dimasukkan rebung tu sekali.

Masuk asam dan santan. Tunggu hingga kuah pekat dan pecah minyak.

Jangan lupa letak garam tau..kang tawar meleseh pulak..

Kalau nak hilangkan hanyir daging kambing,  basuh dengan daun pisang dengan pelepahnya sekali diramas ramas dalam daging semasa mencucinya.  Kita juga boleh guna tepung gandum atau daun kari.  Kalau mama,  mama confident rebus dahulu dengan halia sampai daging dia empuk,  pastu rasa..kalau okey..carry onlaa...kalau berbau hamis..mama cuci sekejap dan masak seperti biasa..

Comments

mod tumpang tepek disini. terima kasih byk tacang semlm  Post time 25-10-2017 03:59 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 05:24 PM | Show all posts

untuk mod berdua yang baik hati





Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2017 04:00 PM | Show all posts


TELUR IKAN GORENG KUNYIT

Bahan-bahannya:
1/2 kg telur ikan tenggiri
1 biji bawang besar dimayang halus
1 sudu besar serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 biji tomato di potong enam
3 sudu besar minyak untuk memasak

Cara memasak:
Panaskan kuali dan minyak, apabila panas masukkan telur ikan yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan garam, goreng sehingga garing dan kacau-kacaukan agar ia tidak hangus. Apabila sudah garing masukkan bawang dan tomato dan kacau-kacaukan sehingga rata dan sedia untuk dihidangkan.

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2017 04:03 PM | Show all posts
Edited by tari at 25-10-2017 04:04 PM



GULAI LEMAK IKAN PATIN

Bahan-bahannya:
1/2 kg ikan patin
8 biji cili padi *
1 labu bawang besar*
segengam ikan bilis *
(tumbukkan bahan2 berbertanda * )
2 sudu minyak masak
1/2 biji santan kelapa
sedikit asam jawa/ 2 keping asam keping (mana-mana pun takpe)
garam secukup rasa
2 sudu kecil gula
2 biji tomato dipotong 4

Cara memasak:
Panaskan periuk dan masukkan minyak. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga agak garing, lepas itu masukkan santan dan air asam, biarkan kuah mendidih, masukkan ikan, garam dan gula. Selepas 10 minit masukkan tomato dan hidangkan.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2017 04:08 PM | Show all posts


BENDI GORENG BELACAN

Sayur Bendi ( agak2 la dalam sepinggan hidangan)
(di potong serong-serong)
3 biji cili merah *
1/2 labu bawang sederhana besar *
3 ulas bawang putih *
sedikit belacan *
segengem ikan bilis atau udang kering (mana2 pun takpe) *
(tumbukkkan bahan yang bertanda * )
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa
3 sudu besar air

Cara memasak:
Panaskan kuali dan masuukan sedikit minyak. Apabila minyak sudah panas masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi. Tumis sehingga agak garing, masukkan sedikit air. Kemudian masukkan bendi dan kacau2 sehingga rata dan empuk. Kemudian sedia dihidangkan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 12:42 AM | Show all posts
Resepi AYAM kukus




Resepi Ayam Kukus ( Simple dan sedap)

Seekor ayam muda (di bersihkan dan jangan dipotong)
2 inci halia
4 ulas bawang putih
1 sudu garam
* bahan-bahan ini di tumbuk dan di gaulkan dengan ayam kemudian dikukus selama lebih kurang 40minit – 1 jam (ikut saiz ayam). Cara penyediaan, boleh di potong-potong atau di hidangkan tanpa dipotong…. terpulanglah kpd anda!!

Sos
6 biji cili merah
6 biji cili padi ( ikut suka, kalau nak lebih pedas boleh tambah cili )
2 ulas bawang putih
1 biji buah tomato
1/2 inci halia
1 sudu garam
4 sudu gula
4 sudu cuka makan
1 cawan air masak
2 sudu sos ikan ( jika suka, tetapi jika letak sos ikan lebih sedap )
** Semua bahan-bahan di kisar dalam blender hingga lumat. Sesuaikan rasanya dan  boleh dihidangkan.

Salad
Timun
Tomato
Daun salad
*** Semua bahan di potong dan di hias di atas pinggan.

Kuah sup.
Air kukusan ayam ( air yang di gunakan untuk mengukus ayam di gunakan sebagai sup)
1 batang Serai ( masukkan serai semasa nak kukus ayam tadi , bau akan keluar sangat wangi dan menyelerakan)
Sedikit bawang goreng
air limau nipis/kasturi
sedikit serbuk perasa ( jika suka)
daun sup/daun bawang
** Air kukusan bersama serai tadi di perisakan dengan garam, perasa, jus limau nipis dan ditaburkan dengan bawang goreng dan daun sup.
Dah siap bolehlah di hidangkan…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2017 12:44 AM | Show all posts
Resepi Ayam Teppanyaki




Bahan-bahan yang diperlukan :

Beberapa ketul ayam (isi tanpa tulang)
Carrot (dipotong panjang dan halus seperti batang mancis)
Taugeh
Daun kuchai
lada hitam
bawang putih (ikut kesesuaian anda)
kicap cair
sedikit garam
minyak & butter untuk menggoreng


Cara-cara memasak :

Potongkan isi ayam kecil-kecil, basuh sehingga bersih, kemudian toskan airnya dan gaulkan dengan sedikit lada hitam. Perap dalam 5 minit.

Ambil 2 ulas bawang putih, hiris nipis.

Masukkan sedikit minyak di dalam kuali leper, bila minyak dah panas, tumiskan bawang putih tadi. Balik-balikkan bawang putih supaya masak dan naik bau wangi.

Masukkan isi ayam yang telah diperap, dan masak sehingga kekuning-kuningan. Sambil-sambil tunggu ayam tu masak, percik-percikkan kicap cair dan serbuk lada hitam ke dalam kuali.

Bila ayam sudah masak dan warna kekuning-kuningan, ketepikan kemudian, masukkan pula carrot, diikuti taugeh dan kuchai. Gaulkan sehingga rata sambil percik-percikkan kicap cair ke dalam kuali. Untuk sayur tak perlu masak terlalu lama. Sekejap sahaja dah memadai. Bila kita makan ada rasa rangup-rangup carrot dan taugeh tu lagi sedap.

Untuk bawang putih goreng pula, hiriskan seberapa banyak bawang putih yang diinginkan, kemudian gaulkan dengan sedikit garam.

Panaskan kuali dan tuangkan minyak dan masukkan sedikit butter ke dalamnya. Bila minyak dah panas, masukkan bawang putih tadi, dan goreng sehingga warna keemasan. Gunakan api sederhana. Bila warna mula keemasan, cepat-cepat angkat dan toskan minyak di atas kertas tisu.

Hidangkan semuanya dalam satu pinggan/bekas. Dan sedia dinikmati bersama nasi panas.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 12:45 AM | Show all posts
Resepi - Popia Daging




BAHAN-BAHAN:
2 keping kulit popia
100gm dendeng daging
60gm keju mozarela | diparut
1 biji telur | untuk sapuan


BAHAN DENDENG

1.5kg daging lembu
60gm cili boh
150gm bawang merah | dikisar
30gm bawang putih | dikisar
30gm halia | dikisar
75gm kicap lemak manis
50gm asam jawa | dibancuh
bersama sedikit air
30gm serbuk perasa ayam
Minyak untuk menggoreng secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Dendeng daging: Rebus daging hingga empuk dan tos airnya. Ketepikan daging seketika dan simpan air rebusan daging.

2. Hiris daging yang telah direbus tadi dan ketuk hingga leper.

3. Seterusnya, masukkan daging tadi ke dalam mangkuk dan masukkan sedikit kicap lemak manis. Perapkan selama 30 minit dan goreng hingga masak. Ketepikan seketika.

4.Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar bersama cili boh hingga wangi.

5. Kemudian masukkan air rebusan daging berserta daging yang telah digoreng. Gaul hingga sebati.

6. Akhir sekali, masukkan air asam jawa, lebihan kicap lemak manis dan serbuk perasa ayam. Biarkan hingga masak.

7. Untuk membuat popia, ambil kulit popia dan letakkan di atas pinggan.

8. Kemudian susun keju dan juga daging dendeng di atasnya.

9. Gulung kulit popia dengan kemas dan sapukan telur di bahagian hujung untuk melekatkannya.

10. Goreng popia dalam minyak yang panas hingga berwarna kuning keemasan. Sedia untuk dinikmati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 12:47 AM | Show all posts
Resepi - PUDDING in jar



Tak susah pon nak buat puding ni…cukup senang…resepinya pon mudah…untuk satu adunan resepi ni…jika menggunakan botol saiz macam QH ni…maaf la lupa lak ape sizenya…lama dah QH membelinya…boleh dapat dalam 9 botol…jika nak banyak boleh gandakan saje adunan di bawah tu yer…

Jika menggunakan botol caranya sama saje seperti biase…tuangkan saje dalam botol tu…jangan takut botol takkan pecah jika dimasukkan adunan tu panas2...kalau dah puding tu ianya sedap dihidang ketika sejuk…sila la mencubanya yer…



Rainbow Pudding

Bahan pudding plain :
1 bungkus agar-agar plain - 8 gm
120 gram gula pasir - sesuai rasa
1 liter air - 4 1/2 cawan
Bahan pudding susu:
1 bungkus agar-agar plain - 8 gm
120 gram gula pasir - sesuai rasa
1 liter susu cair - 4 1/2 cawan
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna makanan:
merah, jingga, kuning, hijau, biru, ungu. Cukup sekadar 1-2 titik setiap lapisan atau sesuai keperluan. (QH menggunakan warna biru sahaja)



Cara-cara :

1. Masak pudding plain dan pudding susu didalam periuk berasingan hingga mendidih, kemudian kecilkan api hingga yang paling kecil, cukup sekadar pudding sentiasa panas.
2. Siapkan loyang/acuan pudding pilihan, basahkan dahulu dengan air. (QH menggunakan botol kaca)
3. Ambil 150 ml pudding plain, titik kan pewarna merah secukupnya. Tuang ke loyang /acuan. (jika buat di dalam botol sukat mengikut ketebalan yang diingini, kalau boleh biarla sama rata ketebalannya baru cantik) biarkan hingga bahagian atas pudding seperti ada lapisan, jika disentuh dengan jari sudah tidak melekat tapi pudding masih belum beku.
4. Kemudian ambil 150 ml pudding susu pula, titik kan pewarna merah secukupnya. (yang ini QH tak mewarnakan susunya) Tuang di atas pudding merah tadi secara perlahan-lahan sesudu demi sesudu dengan jarak dekat dari permukaan pudding sebelumnya agar lapisan pudding di bawahnya tidak bocor.
5. Ulang proses tersebut berulang-kali dengan warna yang berlainan hinggalah warna yang terakhir dengan cara yang sama. Sejukkan dalam peti sejuk. Keluarkan dari loyang/acuan. Dan sajikan ketika sejuk.



NOTA : Proses melapis mesti dilakukan dengan perlahan-lahan dan cermat untuk mendapat lapisan yang cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 12:48 AM | Show all posts
Agar-agar Pisang

?w=593&h=435

Bahan-Bahan:
100 gm pisang lemak manis-dilecek
10 gm agar-agar serbuk
150 ml susu rendah lemak
30 gm kastard 800 ml air
100 gm kismis
5 ml esen vanila


Cara Membuatnya:

Agar-agar dimasak dengan air hingga mendidih. Masukkan pisang, esen vanila, adunan susu kastard dan masak hingga kelihatan berkilat. Masukkan kismis dan biarkan mendidih di atas dapur hingga kismis kelihatan kembang barulah dituangkan ke dalam acuan. Bekukan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 12:49 AM | Show all posts
Resepi - Pais Ikan Bersantan



BAHAN-BAHAN:

2-3 ekor ikan kembung sederhana besar
500ml santan pekat
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
4 biji cili merah
5 biji cili padi
1 batang serai
1 batang bunga kantan } hiris halus
2-3 helai daun limau purut } mayang halus
3cm kunyit hidup
Garam dan lada sulah
secukup rasa
Daun pisang secukupnya




CARA MEMASAK:

1. Separuh santan didihkan bersama sedikit garam dan lada sulah di dalam periuk hingga pekat. Ketepikan.

2. Bawang merah, bawang putih, cili merah, cili padi dan kunyit hidup dikisar/tumbuk lumat.

3. Tambah separuh lagi santan ke dalam bahan kisar dan gaul sebati.

4. Taburkan sedikit garam dan lada sulah ke atas ikan. Ratakan bahan-bahan tumbuk ke atas ikan.

5. Letak ikan di dalam daun pisang. Tabur daun limau purut dan bunga kantan di atas ikan.

6. Kemaskan balutan daun pisang dan bakar atas api/ketuhar hingga masak (15-20 minit).

7. Setelah ikan masak, tuang santan yang dididihkan pekat dan sedia dihidangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 12:51 AM | Show all posts
Resepi - KERABU MANGGA BERSAMA LIMAU BALI



Bahan-bahan:

2 bj - mangga muda (potong halus memanjang)
1/2 bj - limau bali(ambil isinya)
3 ulas - bawang putih
5 bj- cili padi
2 sb- udang kering
2 sb- gula siam (warna kuning)
1 bj- bawang besar sos nampla @ sos ikan
segengam kacang tanah yg telah di goreng ..(tumbuh kasar)
segengam ikan bilis ..goreng


Cara:

1. cili padi, udang kering, bwg putih ditumbuk kasar..

2. masukkan gula siam..tumbuk lagi.

3. kemudian masukkan sos nampla...gaulkan bahan tadi dgn mangga dan limau bali tadi..

4. tabur kacang goreng, ikan bilis goreng dan bawang besar sebagai pelengkap..selamat mencuba..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 12:53 AM | Show all posts
Resepi- APAM ICE CREAM CORNETTO



3 cawan tepung gandum ~ diayak
4 biji telur
2 cawan gula kastor
1sudu teh ovelate
1 sudu teh baking powder-saya tambah..
3/4 cawan air ice cream soda (sprite atau 7up pun boleh)-
perasa kesukaan anda utk setiap bahagian
Pewarna2 kegemaran anda
Kon kertas secukupnya
Coklat masakan gelap secukupnya ~ dihiris halus
Kekacang/ coklat rice / coklat cip atau manik bewarna

(saya buat setengah adunan sahaja tp dpt pun banyak jugak)

Pukul telur dan gula hingga, putih, kembang gebu dan ringan anggaran 5-7 minit
tambahkan 1 sudu teh ovalate jika nakkan adunan apam yang lembut
Masukkan tepung dan baking powder yang dah di ayak kan kaup balik hingga rata.
Tambahkan air aiskrim soda dan gaul rata.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk berasingan
Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka.
gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati
kemudian letakkan adunan2 yang dibahagikan itu dlm plastik dan diiguntingkan ujungnya (utk mudah tuang dlm kon nanti)

sediakan kertas nasi lemak atau kertas burger...bahagian kepada 3 bahagian sama besar dan buat bentuk kon...terpulang besar mana yang anda mau...saya buat ala2 mini cornetto tu je

panaskan periuk kukusan yang ada lubang2 besar tu
masukkan kertas kon tadi dlm lubang2 tu tp jangan letak penuh dlm kukusan biarkan ada lubang2 utk pengudaraan wap panas

tuangkan sedikit kemudian tuang warna lain plak...bergantung anda mau berapa lapis...tp pastikan jgn tuang sampai penuh nanti apam ni akan kembang so letak dlm 1/2 atau 3/4 paras kon aja...
kukus selama 12 minit dgn penutup kukusan dibalut dgn kain. dah masak angkat dan biarkan sejuk..jgn bukak kertas kon tu biarkan dulu sb nanti nak curah coklat plak

double boiler coklat masakan yg dihancurkan sehingga cair
biarkan sehingga suam2 kuku
tuang sedikit atas apam tadi dan letak hiasan atasnya...tunggu hingga ia keras baru bukak kertas kon tadi...selamat mencuba!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 05:01 PM | Show all posts
Resepi -Mi Udang Berempah




Bahan-bahan:

300gm mi kuning
4 ekor udang
2 ulas bawang putih | dicincang
20gm halia
2 batang lobak merah
40gm sawi siew pak choi | dipotong
1 biji telur
Tepung jagung secukupnya | dibancuh
dengan air
1 sudu teh sos tiram
200ml stok udang
Daun sup secukupnya
Daun bawang secukupnya
Garam dan serbuk lada putih secukupnya
Minyak untuk menumis


Cara Memasak:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta halia sehingga naik bau.

Kemudian masukkan sayuran dan stok udang. Perasakan dan didihkan.

Seterusnya masukkan sos tiram dan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Setelah itu masukkan telur dan gaul rata.

Akhir sekali, masukkan mi kuning dan dikacau sebati.

Angkat dan hiaskan dengan udang goreng serta taburkan daun bawang dan daun sup.
Sedia untuk dihidangkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2017 05:03 PM | Show all posts
Resepi - Singgang Ikan Merah




BAHAN-BAHAN:

1 keping ikan merah
2 ulas bawang putih | hiris halus
2 ulas bawang merah | hiris halus
1 batang serai | titik
½ inci halia | hiris
½ inci lengkuas | hiris halus
2 keping asam gelugur
½ sudu teh serbuk kunyit
2 cawan air
Gula dan garam secukupnya


CARA MEMASAK:

1. Basuh ikan merah sebersihnya. Ketepikan.
2. Didihkan dua cawan air di dalam periuk. Masukkan serbuk kunyit, bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris.
3. Masukkan juga serai yang telah dititik, halia dan lengkuas yang telah dihiris. Masukkan pula ikan dan asam gelugur. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Biar mereneh seketika sehingga ikan masak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 05:04 PM | Show all posts
Resepi - Kari Ayam Nyonya




BAHAN – BAHAN:

1/2 ekor ayam | dipotong kecil
3 biji cili merah | dikisar halus
10-15 biji cili kering | dibuang biji dan dikisar halus
8-10 ulas bawang merah kecil | dikisar halus
50ml air asam jawa
4 ulas bawang merah | dikisar halus
2 ulas bawang putih | dikisar halus
5cm lengkuas | dikisar halus
2.5cm halia | dikisar halus
2.5cm kunyit | dikisar halus
2 sudu makan belacan bakar | dikisar halus
1 sudu makan puri tomato
1 sudu makan gula
Garam secukup rasa
2 biji kentang rebus yang telah dibuang kulit| dipotong empat
Minyak masak secukupnya



CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan goreng sehingga ayam kelihatan sedikit garing.
3. Masukkan air asam jawa dan biarkan mereneh sehingga ayam masak .
4. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan kentang rebus sebelum padamkan api.
5. Sedia untuk dinikmati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 05:16 PM | Show all posts


Corn Potato Parkora


Ingredients

    2 Large Potato (diced)
    1 Red Onion (sliced)
    15 pieces Curry Leaves
    ½ can Corn (strained)
    1 tablespoon Garlic (chopped)
    1 Green Chilli (sliced)
    1 tablespoon Curry Powder
    ½ tablespoon Chilli Powder
    1 teaspoon Fish stock powder
    2 tablespoons Plain Flour
    2 tablespoons Corn Flour
    2 Egg
    Salt

    Raita
    ½ cup Greek Yoghurt.
    ½ teaspoon Coriander (grounded)
    ½ teaspoon Cumin (grounded)
    1 Kyuri Cucumber (diced)
    ½ Lemon Juice
    Salt

Method

    Stir up all the ingredients together.
    Spoon into hot oil.
    Sprinkle additional curry powder over.
    As for the raita, mix all together and season. Serve

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 05:17 PM | Show all posts


Lemongrass Clam Pasta


Ingredients

    500 grams Clams or Mussels
    3 sticks Lemongrass
    4 cloves Garlic
    2 Bird's eye chilli
    2 tablespoons Fish sauce
    1 tablespoon Sugar
    Ground Pepper
    1 tablespoon Cooking oil
    200 grams Spaghetti pasta
    2 Red Bird's eye chilli
    1 stalk Spring onion

Method

    Boil the pasta in a pot of boiling water. Add 1 tablespoon salt. Cook for 6-7 minutes
    Slice up lemongrass, garlic and bird eye chilli. Chop up spring onion
    In a pan, pour in cooking oil on medium high heat. Add in lemongrass, garlic and bird eye Chilli. Stir-fry for 1 minute, until the garlic turns translucent and lemongrass is soft. Add in fish sauce and a splash of water
    Pour in clams and cover with a lid. Cook the clams for 5 minutes, until the clams open up but remove any clams that are shut
    Add in spring onion and stir. Add in cooked pasta and mix it thoroughly
    Serve the pasta on plate and place clams on top Garnish with chopped spring onions

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.762469 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list