CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15268|Reply: 14

[Tempatan] Saya perlu menyelam dengan rasa sakit supaya saya boleh bersedia untuk pertandingan,Saya Telah Banyak Berkorban” Pandelela Rinong Sebak Raih Pingat Gangsa

  [Copy link]
Post time 3-10-2023 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 3-10-2023 11:38 PM

Lima tahun yang lalu, ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong terpaksa menarik diri daripada acara 10 meter (m) platform terjun seirama Sukan Asia 2018 selepas mengalami kecederaan belakang semasa menjalani latihan.




Namun, pada Sukan Asia 2023 kali ini, Pandelela berjaya merangkul pingat gangsa dalam 10m platform wanita mengulangi pencapaian sulungnya bagi acara itu pada temasya Guangzhou 2010.

Pandelela, 30, meraih pungutan mata 280.50 mata selepas lima terjunan, manakala pingat emas dan perak didominasi oleh peserta China di mana juara olimpik Quan Hongchan mendapat 438.20 mata.

Sementara itu, Chen Yuxi meraih perak menerusi 435.65 mata.

Beliau juga berkata telah melakukan pelbagai perkara untuk memastikan dapat menunjukkan prestasi yang terbaik pada temasya kali ini.


Jelasnya, beliau hanya mengharapkan yang terbaik ketika melakukan terjunan bagi acara tersebut.

Pandelela ketika ditemui pemberita tidak dapat menahan tangisannya sambil mengatakan terdapat banyak pengorbanan yang dilakukan olehnya supaya dapat menyumbangkan pingat untuk negara.

“Hanya berharap untuk yang terbaik, kerana saya telah melakukan banyak pengorbanan juga di belakang tabir. Cuma orang tak nampak,” jelasnya.

Apabila ditanya mengenai pengorbanan yang dilalui, Pandelela berkata antaranya adalah beliau perlu menahan kesakitan ketika sesi latihan.

“Saya perlu menyelam dengan rasa sakit supaya saya boleh bersedia untuk pertandingan ini,” katanya kepada pemberita.

Sumber: @zulhelmizainal1/X

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2023 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sapa suh ko berkorban??? Takat yg mampu ler...dh tua nt...sakit2...sapa peduli...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ber tabah lah dik... Heshe mental koyak jarang prominent athletes buat statement begini
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 4-10-2023 07:22 AM
Ber tabah lah dik... Heshe mental koyak jarang prominent athletes buat statement begini

Mcm mana tak mental koyak. Kat medsos, banyak bethol org kecam2 dia. Sama lah mcm NurulHuda Abdullah dulu, masa menang disanjung2, bila kalah, kena kecam habis-habisan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg junior klau rasa hebat nak wakil negara time selection kalahkan la org2 tua mcm pandalela ni..x kesiankan ke udah macam2 sakit kena wakil negara gak...ujung2 netizen salahkan yg tua2 ni x reti bagi chance ke kat junior..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Nurul8001 replied at 3-10-2023 03:25 PM
Mcm mana tak mental koyak. Kat medsos, banyak bethol org kecam2 dia. Sama lah mcm NurulHuda Abdull ...

Ooo begitu...m.. Kalah dalam competition pun athlete sendiri battle dengan mental state... Kena kecam netizen lagi memang sakit lah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2023 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Berlatih duk oversea berbulan2 sana sini...patutlah kena menang ahli sukan...duit kerajaan..bkn htr korang berlatihan duk oversea utk bersedapan ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 4-10-2023 07:22 AM
Ber tabah lah dik... Heshe mental koyak jarang prominent athletes buat statement begini

Yg nanges tepi bucu jendela macam ko, windu winduan anak anak yg berjauhan jenis koyak rabak keww atau macam mana?

Pilihan atau kebetulan...?

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2023 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
me12345 replied at 4-10-2023 07:55 AM
Berlatih duk oversea berbulan2 sana sini...patutlah kena menang ahli sukan...duit kerajaan..bkn htr  ...

Sambil menyelam minum air
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 10:16 AM | Show all posts
walau gangsa sis tetap bangga. Congratz Pandelela
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg pemilihan tu yg patut bagi chance pada yg junior. Sebenarnya dah lama pandalela ni menurun terjunan dia. Dr akhir 2017 lagi. Kejohanan dunia 2019 pun teruk. Yg dia dapat gelaran dunia bila tu..itu pun sebab china xda. Kejohanan dunia 2022, 2023 pun hancur terjunan. Si dabitha tu lagi ok terjunan dari dia tp xkena pilih. Jangan nafikan faktor umur...sb tu yg muda2 metabolisme masih tinggi tu, hantar la kejohanan dunia. Yg menang sea games tu pun kira ok dah hantar. Ni naakkk juga harap yg dah nak pencen maaflah sy tidak salahkan pandalela..cariklah lain. Hasil terjunan 280 tu tarap2 ranking 15-20 dalam competition
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 12:21 PM | Show all posts
dia berkorban tu bukan free pun
siap dpt rumah dr kerajaan sarawak
org biasa mcm kita keje teruk sakit badan tanggung je la sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Occupational Hazzard....kata anak jiran aku yg 3 tahun.....

You have done your national service to the nation....Time to take a long deserved break...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Jauh beza tu 280.50 dengan 438.20. Perak pun 435.65. Beza berapa mata je dgn emas.

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg i kira hebat la dia dpt jugak pingat. Xboleh buat apa no 1&2 mmg auto milik china
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-12-2023 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.082984 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list